Monday, July 22, 2013
CLEARANCE SALE!
Sunday, April 21, 2013
Jubah Lycra Manik Eksklusif
Saturday, April 20, 2013
VIETNAM SILK UNTUK HARI RAYA!!
Dah tengok entry-entry Fara sebelum nih?
Tak berkenan kain banyak manik?
Suka yang simple tapi masih nampak menarik??
Kali nih Fara tunjukkan kain pasang Vietnam Silk
4 Meter. Bidang 45.
Kain sangat BEST, LEMBUT & TAK PANAS
RM 110 SAHAJA TERMASUK POS + FREE SOUVENIR FROM VIETNAM (selagi stok masih ada)
PRE-ORDER/RESERVATION DIBENARKAN!!
Instagram: cantikcantikboutique
KAIN CHIFFON MANIK UNTUK RAYA!!!
Dah hantar kain pada tukang jahit untuk hari raya??
Takde masa nak shopping kain?
Malas nak bersesak-sesak kat kedai kain?
Haaa.. ni Fara bagi option untuk u'olls shopping kat sini jer..
Kali nih Fara tunjukkan kain chiffon manik super gorgeous dari Vietnam
Manik dah siap jahit untuk bahagian leher, bawah baju & pergelangan tangan
So u'olls tak payah pening2 nak pikir kos jahit manik :)
Kain 4 meter. 2m baju. 2kain
GOOD NEWS! BOLEH RESERVED MANA U'OLLS NAK!
HARGA: RM150 SAHAJA termasuk POS dan FREE SOUVENIR DARI VIETNAM! (selagi stok masih ada)
Sebarang pertanyaan dan order whatsapp/line/sms: 012-2675567
atau email: cantikcantikboutique@gmail.com
Instagram: cantikcantikboutique
TELEKUNG SULAM BENANG EMAS & PERAK VIETNAM
Berbulan tak pos apa-apa tetiba post entry jual telekung?? hiks
Okay, Fara br blk dr Vietnam.
Memang intention pergi sana nk cari barang yg boleh dijual disini.
Harga? Memang berpatutan dengan kualiti.
Next entry Fara akan upload baju kurung manik & kain pasang manik super gorgeous hihiks
**Telekung sulam benang emas & perak nih didtgkan dengan beg sulam depan dan belakang beg.
** 20 kuntum bunga timbul
**kain berat,labuh,sejuk & tak jarang
Harga RM160 SAHAJA termasuk pos dan FREE souvenir dari Vietnam (selagi stok masih ada)
Tinggal SEPASANG sahaja!
Berminat boleh whatsapp/line/sms: 012-2675567
atau email: cantikcantikboutique@gmail.com
Instagram: cantikcantikboutique
Thursday, February 7, 2013
Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain
Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!
Bila anak kita semakin hari semakin besar..
Akan mula ada pertanyaan..
"anak dah pandai apa sekarang?"
dan bila siibu menjawab..
"belum pandai sekian2 itu lagi.. Baru pandai sekian2 ini.."
dan normal jugak
Bila dibalas..
"ehhh belum lagi yer?? anak sipolan2 umur camni dah pandai sekian2.."
korang nampak tak sikecik yang belum kenal dunia tu
Sudah di"judge" dengan "baik" oleh orang keliling?
Dan lumrah siibu dan sibapa mula risau kenapa sianak "lambat"
Tak macam anak orang lain
Adakah bila sianak lambat meniarap
Lambat berjalan
Lambat bercakap
Dia dah dikira sebagai slow learner atau apa2 jelah yang sama level dengan tu
Lagi kalau sianak tu kurus
Tak tembam
Tiap2 bulan timbang
Naik sikit je
Adakah dia dah dikira tak sihat?
Iye, kita sebagai parents mmg nak terbaik
Beri yang terbaik untuk anak
Dan mengharap yang terbaik dari dia kan
Perkembangan setiap baby berbeza
Hatta kuar dari perut yang sama pun berbeza
Stop comparing anak kita dengan orang lain
*peringatan untuk diri sendiri jugak*
Aina masuk 6bulan 3hari lepas. Sudah mula mengesot dengan meniarap tapi kebelakang (gostan) :)
berat 6.5kg.
Tak tembam. Tak debab
Tapi alhamdulillah sihat, aktif dan kuat menyusu.
Ibu dan ayah sayang Aina tanpa syarat
Jumpa lagi next entry!
take care!
Friday, February 1, 2013
Babyblues Vs Meroyan
Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!
Malam tadi tengok tak Primadona?
pasal Meroyan lepas bersalin
Banyak tips bagi untuk elakkan meroyan ni
Tapi sayangnya Fara dah lama abes pantang
Mana tau kot2 dimurahkan rezeki.lagi
Mengandung 2nd baby boleh ah ikut hiks ;)
Nak share cabaran/dugaan masa berpantang retu.
Alhamdulillah berjaya go through it walaupun ada nangis2 jugak hihik
Cabaran Pertama: Breastfeeding
Yes, dulu ingat dah cukup dah ilmu breastfeeding nih
dah cukup wat research
dah cukup baca buku
dah cukup join forum/group ibu menyusu
dah cukup dengan beli breastpump, bottle storage etc
Tapi..
bila nipple crack
Bila pump bukan susu keluar, darah memancut2
Aina kena jaundice
belum pandai menghisap dan menangis, menangis dan menangis
Keliling pressure bg FM
luka epi lambat baik
Masa tu dah mula rasa stress
Lagi stress bila orang keliling kurang support breastfeeding
Susu tak cukupla
Anak lapar
sbb kuat menangis.
Yada2.
Cabaran Kedua: Baby susah nak tido.
Ada orang cakap normallah baby tak tido malam dalam pantang
sebab dalam perut mana tau siang ke malam
Ok fine.
Tapi Aina baik siang atau malam memang susah tido.
Paling lama hanya setengah jam
Dan Fara hanya tido setiap hari 3jam.
Cabaran ketiga: Mulut orang
Ni banyak saiko mental
Serius
Ke kita anak sulung menang over emo eh?
Soh tidokan anak guna buai
Soh bagi puting
Soh bagi air masak
Jangan susukan anak breast kiri sebab tu "air" susukan breast kanan sebab tu "mknan"
Itu ini --'
Jadi pada bakal ibu please gali ilmu sebanyakk boleh pasal bf dan pasal penjagaan baby.
Ready fizikal dan mental.
Baru tau bukan senang menjadi ibu.
Baru tau kenapa syurga dibawah tapak kaki ibu.
Dan sebenarnya cabaran menjadi ibu baru bermula :)
Till then,
happy weekend!
eh sblum tu nak share pix dengan dua cintahati
Wednesday, January 30, 2013
Bila ramai anak...
Fara memang suka tengok orang.
Maksud kat sini tengok peel orang.
Bukan apa, yang bagus kita ikut. yang tak bagus jadi pengajaran.
waaa ayat buku hahaha
situasi 1:
Anak 4 orang.
6tahun, 4tahun. 2tahun dan baru lahir.
Anak sulung dimasukkan tadika ketika berumur 4tahun.
Sekarang dah masuk tahun ke3 bertadika
yang 4tahun patutnya masuk tadika tahun nih kalu ikut abangnya.
tak dimasukkan.
sebab?
mak dia kata tak perlu.
umur 4tahun tadika memain je.
tunggu tahun depan.
nampak pilih kasih.
atau mungkin dah mula rasa banyak nak bayar.
pengajaran:
start plan pembelajaran anak-anak dari mula.
jangan anak pertama je beria.
kesian anak-anak lain tak merasa begitu.
situasi 2:
Ibu yang tak brestfeed. Sepenuhnya FM dari lahir.
Anak 3 orang.
Anak sulung minum susu mamil gold sampai umur 4tahun
**mamilgold susu FM kategori mahal**
Anak no2 minum susu snow sampai umur 2tahun
**snow susu FM kategori sederhana**
Anak no3 minum lactogen sedari lahir.
**dumex lactogen FM kategori murah**
Alasan bila anak no3 minum susu dumex?
Alaa susu semua sama je.
Errr.
Kalau macam tu. Untungnya jadi anak sulung.
Anak-anak tak bersalah.
Mereka tak minta dilahirkan sebagai anak ke2,3,4.
Sama-sama kita pikirkan.
Monday, January 28, 2013
Meroyan nak kurusss
| credit: google |
Rasa nak gelak pulak baca tajuk entry atas nih kihkihkih
Okay rasanya semua orang nak kurus x kiralah laki ke pompuan
Iye kot ada yang hidup dalam denial
"tak kisah gemuk ke kurus asal sihat"
padahal dalam hati membuak-buak rasa nak kurusss kan? kan?
ops sorry kot ada terasa.
ni cakap secara general je.
Lumrah manusia rasa kurus tu cantik dan gemuk tu sebaliknya kannn??
Dulu sebelum kawen Fara boleh dikategorikan sebagai kurus.
Berat menten jew 48kg walaupun sangatlah suka makan.
Lepas kawen, berat pelan-pelan naik sampai 55kg.
Tanpa sedar ni. *Sedar gak tapi malass nak pikir sangat ;)*
Semasa pregnant berat naik 1-2kg sebulan sampai 2hari before deliver.. 64kg.
Kot ada yang cakap xdelah gemuk mana.
Ye memang tapi tengok pulak tinggi fara yang seberapa nih.
nampak sungguh "sihattt".. sob sobss :(
30 hari lepas bersalin timbang kat KKIA.. berat 56kg.
Hasil pantang betul-betul, breastfeed, tungku dan 24jam berbengkung. Nampak macam banyak je turun tapi still kalau jumpa sesapa akan cakap "tembamnya ko fara" hukss.
Lepas 5bulan ++ deliver sekarang berat 54kg. Nampak dah susut sikit tapi masih ada muffin top esp bila duduk.. pipi pulak kemain tembam sampai rasa tudung pun ikut mengembang ohoooo mencikk!
Macam-macam pakai losyen dari pati halia ke felinna inchloss..
hasilnya loss money adalah --'
Oh jangan ada rekemen pb. Tak mampu.
Kot ada nak bagi tips atau petua nak selimkan esp bhgian perut sangatlah dialukan..
Jumpa dalam next entry yaaa! take care!
Saturday, January 26, 2013
Petua agar dipermudahkan bersalin
| credit: google |
Wednesday, January 23, 2013
Setelah sekian lama menyepi...
Ohooo dah berbulan tak berblogging.
Last post entry masa dalam pantang dan sekarang little Aina nak masuk 6 bulan!
apakah malasss sekali engkau wahai fara oiiii hahaha
Alasan tak post entry?
Bukan sebab Aina yaa.
Tapi sebab ibunya yang tak pandai organize masa.
Banyak sangat cerita tertunggak nih..
-tips mudah bersalin
-cerita pasal nak kurus lepas bersalin
-cerita pasal majlis aqiqah & cukur jambul Aina.
serius cerita basi sebab rambut Aina pun tumbuh dengan lebatnya haha.
-cerita pasal sukaduka breastfeeding journey
-cerita pasal nak introduce solid food kat Aina bulan depan
- cerita pasal makcik-makcik kepoh yang menyakitkan hati.
eh. cerita macam nih haruslah ada kan hihik ;p
rasanya nak kena rajin buat autodraftla huuu.
nih latest picture puteri kesayangan kami
![]() |
| Aina Nabihah- 5 months ++ |
Jumpa lagi next entry!
Pada yang amik cuti jumaat nih, selamat bercuti panjang!
Take care!
Thursday, August 30, 2012
Pengalaman Bersalin Aina Nabihah
![]() |
| Aina Nabihah Binti Mohamed Fazlee day #3 |
Wednesday, August 29, 2012
Alhamdulillah sudah selamat bersalin :)
![]() |
| day #1 |
![]() |
| Day #9 |
![]() |
| day #24 |







































