Followers

Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Babyblues Vs Meroyan

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Malam tadi tengok tak Primadona?
pasal Meroyan lepas bersalin
Banyak tips bagi untuk elakkan meroyan ni
Tapi sayangnya Fara dah lama abes pantang
Mana tau kot2 dimurahkan rezeki.lagi
Mengandung 2nd baby boleh ah ikut hiks ;)

Nak share cabaran/dugaan masa berpantang retu.
Alhamdulillah berjaya go through it walaupun ada nangis2 jugak hihik

Cabaran Pertama: Breastfeeding
Yes, dulu ingat dah cukup dah ilmu breastfeeding nih
dah cukup wat research
dah cukup baca buku
dah cukup join forum/group ibu menyusu
dah cukup dengan beli breastpump, bottle storage etc

Tapi..
bila nipple crack
Bila pump bukan susu keluar, darah memancut2
Aina kena jaundice
belum pandai menghisap dan menangis, menangis dan menangis
Keliling pressure bg FM
luka epi lambat baik

Masa tu dah mula rasa stress
Lagi stress bila orang keliling kurang support breastfeeding
Susu tak cukupla
Anak lapar
sbb kuat menangis.
Yada2.

Cabaran Kedua: Baby susah nak tido.
Ada orang cakap normallah baby tak tido malam dalam pantang
sebab dalam perut mana tau siang ke malam
Ok fine.
Tapi Aina baik siang atau malam memang susah tido.
Paling lama hanya setengah jam
Dan Fara hanya tido setiap hari 3jam.

Cabaran ketiga: Mulut orang
Ni banyak saiko mental
Serius
Ke kita anak sulung menang over emo eh?

Soh tidokan anak guna buai
Soh bagi puting
Soh bagi air masak
Jangan susukan anak breast kiri sebab tu "air" susukan breast kanan sebab tu "mknan"
Itu ini --'

Jadi pada bakal ibu please gali ilmu sebanyakk boleh pasal bf dan pasal penjagaan baby.
Ready fizikal dan mental.

Baru tau bukan senang menjadi ibu.
Baru tau kenapa syurga dibawah tapak kaki ibu.
Dan sebenarnya cabaran menjadi ibu baru bermula :)

Till then,
happy weekend!

eh sblum tu nak share pix dengan dua cintahati

Monday, January 28, 2013

Meroyan nak kurusss

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

credit: google












Rasa nak gelak pulak baca tajuk entry atas nih kihkihkih
Okay rasanya semua orang nak kurus x kiralah laki ke pompuan

Iye kot ada yang hidup dalam denial

"tak kisah gemuk ke kurus asal sihat"

padahal dalam hati membuak-buak rasa nak kurusss kan? kan? 
ops sorry kot ada terasa.
ni cakap secara general je.
Lumrah manusia rasa kurus tu cantik dan gemuk tu sebaliknya kannn??

Dulu sebelum kawen Fara boleh dikategorikan sebagai kurus. 
Berat menten jew 48kg walaupun sangatlah suka makan. 
Lepas kawen, berat pelan-pelan naik sampai 55kg. 
Tanpa sedar ni. *Sedar gak tapi malass nak pikir sangat ;)*

Semasa pregnant berat naik 1-2kg sebulan sampai 2hari before deliver.. 64kg. 
Kot ada yang cakap xdelah gemuk mana. 
Ye memang tapi tengok pulak tinggi fara yang seberapa nih. 
nampak sungguh "sihattt".. sob sobss :(

30 hari lepas bersalin timbang kat KKIA.. berat 56kg.
Hasil pantang betul-betul, breastfeed, tungku dan 24jam berbengkung. Nampak macam banyak je turun tapi still kalau jumpa sesapa akan cakap "tembamnya ko fara" hukss.

Lepas 5bulan ++ deliver sekarang berat 54kg. Nampak dah susut sikit tapi masih ada muffin top esp bila duduk.. pipi pulak kemain tembam sampai rasa tudung pun ikut mengembang ohoooo mencikk!

Macam-macam pakai losyen dari pati halia ke felinna inchloss.. 
hasilnya loss money adalah --'
Oh jangan ada rekemen pb. Tak mampu. 
Kot ada nak bagi tips atau petua nak selimkan esp bhgian perut sangatlah dialukan..

Jumpa dalam next entry yaaa! take care!

Monday, October 24, 2011

Tips Hilangkan DOUBLE CHIN


Assalamualaikum wbt & Hello peeps!
credit: google
U'oll ada double chin?.. Fara ada hokeh. Sejak dari zaman anak dara dah ada double chin walaupun masa tu selim melim --' Tapi sekarang dah makin kurang double chin.. Ni hasil usaha senaman dagu dekat dua bulan tau..


Senaman dagu:


1) U'oll hanya perlu donggakkan kepala memandang keatas selama beberapa minit. Mudah kan!! Tapi kena amalkan lah setiap hari. Baru nampak kesannya. 


2) Caranya sama dengan yang atas tapi advance sikit. Sambil dongak tu korang kena jelirkan lidah. Nampak macam jijik kan bila org lain tengok. Macam lucah pun ada. So Fara cadang buat dalam bilik sensorang.  Supaya tak menimbulkan syak wasangka ahahaha. *bagus untuk menarik otot-otot lemak bawah dagu*

3) Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir2 dgn tangan kiri  kanan. Lakukan sebanyak 40 kali. *tips nih fara tak buat. tak sanggup nak sepak diri sendiri ahahaha*

4) Menggunakan otot muka leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.

Sesapa nak mengelakkan double chin, u'oll kena buat ni setiap hari:

1.  Bila korang berjalan, duduk jangan tunduk berlebihan. tegak. biar mendada. bukan sahaja postur tubuh cantik, tapi dagu pon xkan berlapis.

2. Jika anda tidur, bantal jangan tinggi sangat. bantal yang tinggi pun menyumbang kepada double chin nih.

3. Kepada "Pencinta makanan" cam Fara ni, tolong kawal makan.jangan nak berlebih-lebih sangat. elakkan makanan berlemak. *nih memang susah*

4. Kalau ada masa terluang, urutlah dagu atau buat senaman dagu. urut macam mana? ohh dari bawah ke atas. Urutan dapat membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah. bagus kan? buatlah setiap hari. mesti berhasil =)


p/s: kalau buat setakat dua, tiga hari pastu malas memanglah takde hasil. Kena disiplin tau! 

Sumber: http://www.tip.kuruskanbadan.com/

Thursday, June 30, 2011

Kelebihan air masak

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Korang minum sehari cukup tak 8 gelas air masak? Air masak disini bermaksud air kosong/air jerang/air putih. Air manis/berkafein/berkarbonat dikira lain..

Sebelum nih aku cukup liat nak minum air masak. Dalam sehari purata dalam 3-4 gelas air masak sahaja. Kesedaran baru datang minggu sudah hokeh. Tupun lepas terikut stail officemate berbangsa cina dok teguk air masak berkoyan-koyan. Aku surf internet dan cari apa kelebihan air masak dan mau share disini dengan korang semua ^^

Antara kelebihan air masak ialah;

* Bagi korang yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran.

* Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.

* Minumlah 3 liter dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.

* Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.

* Minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong.

* Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong.

Info kesihatan diambil dari sumber INI . Tengok.. banyak kan kelebihan? 

Pada yang masih malas-malas nak minum air masak tu sebab malas nak toilet ke atau air masak tak sedap ke.. jom sama-sama berubah untuk kehidupan yang lebih sihat Insya Allah ^^

Tuesday, June 21, 2011

Trend : Colour Blocking!

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Summer is back! Wahhh budget dok negara 4 musim pulak.. padahal dok di Penang yang sungguh panas dan kering kontang nih -.- Aku bukanlah pengikut fesyen yang tegar.. Tapi memang suka lah tengok trend yang tengah IN sekarang nih.. COLOUR BLOCKING!

Konsep dia mudah- Mix 2 or 3 bright colour in your apperance. Tak kiralah baju, kasut, handbag, tudung, headband etc. Tak perlu nak sedondon. Seperti gambar kat bawah nih..  Kita  tengok  eksperimen colour blocking sahaja ye ^^ *yang seksi meksi jangan contohi pulak ;p*

credit: google
credit: google
credit : rini blog
Nih contoh-contoh gambar colour blocking.. Rini is my ex coursemate masa kat UiTM dulu. Aku suka taste dia dalam fesyen :)  Nampak fresh & look younger kan?

Kalau berani bereksperimen colour, cuba lar!