Followers

Monday, October 31, 2011

Pengikut ke 200!

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!


credit: google
Yeah! Blog picisan Fara sudah menjangkau 200 followers!
Mungkin jumlahnya kecil sangat jika nak dibandingkan 
dengan otai-otai blogger
 tapi untuk Fara besar maknanya =)

Ada jugak orang orang sudi men-follow dan baca blog 
yang tak berapa rajin hapdet nih ^~

Follower ke 200 itu adalah Blog Nana Aris . 
Dia salah seorang kawan baru Fara.
Berkenalan kerana sama-sama join dalam "Secret Group" di Facebook.
Sapa sangka dalam mengharungi masalah yang sama kami boleh jadi geng gitu..

Jom ramai-ramai kita terjah blog Nana- http://ainasuraya.blogspot.com/ =)

Friday, October 28, 2011

Doa di Pagi Jumaat..

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Nak share doa yang bagus diamalkan mereka yang TTC macam Fara 
dan juga mereka yang mahu menambah zuriat..



Dear Allah.. I know I am not your perfect slave..
 I know i have sinned Almighty YOU so much..
 Much enough that I am not right to ask for more 
than what Almighty YOU have granted me with.. 
Humbly on my feet, I am begging for Almighty YOU 
to let me have the opportunity to complete my life as a women..
TO BE ABLE TO BE A MOTHER... 
~Amin~

p/s: TTC= Trying to Conceive

Wednesday, October 26, 2011

Segmen: BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum wbt & Selamat bercuti peeps!

Jom sertai Segmen abg Ben Ashaari..

BEN ASHAARI

Blog nih ialah blog personal Fara. Ada entry pasal personal life dan juga pengkongsian tips-tips menarik untuk pembaca. Fara berblog sebab boleh bercerita, berkongsi pandangan/pendapat dan orang lain dan secara tak langsung mendapat ramai kenalan blogger dari pelbagai lapisan umur dan latar belakang ^^

Idola Fara dalam dunia blogging ialah Ben Ashaari dan Hanis Zalikha. Bukan sebab nak mengampu hokeh tapi sebab kagum ben Ashaari dapat menghasilkan entry yang banyak dalam sehari dan memang seronok baca pulak tu. Hanis Zalikha pulak walaupun jarang update tapi bila sekali dia buat entry memang best-best =)

Pada u'olls yang nak join boleh klik BEN ASHAARI untuk detail lebih lanjut.

Cepat-cepat.. segmen tutup pukul 5 petang hari nih..

Monday, October 24, 2011

Tips Hilangkan DOUBLE CHIN


Assalamualaikum wbt & Hello peeps!
credit: google
U'oll ada double chin?.. Fara ada hokeh. Sejak dari zaman anak dara dah ada double chin walaupun masa tu selim melim --' Tapi sekarang dah makin kurang double chin.. Ni hasil usaha senaman dagu dekat dua bulan tau..


Senaman dagu:


1) U'oll hanya perlu donggakkan kepala memandang keatas selama beberapa minit. Mudah kan!! Tapi kena amalkan lah setiap hari. Baru nampak kesannya. 


2) Caranya sama dengan yang atas tapi advance sikit. Sambil dongak tu korang kena jelirkan lidah. Nampak macam jijik kan bila org lain tengok. Macam lucah pun ada. So Fara cadang buat dalam bilik sensorang.  Supaya tak menimbulkan syak wasangka ahahaha. *bagus untuk menarik otot-otot lemak bawah dagu*

3) Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir2 dgn tangan kiri  kanan. Lakukan sebanyak 40 kali. *tips nih fara tak buat. tak sanggup nak sepak diri sendiri ahahaha*

4) Menggunakan otot muka leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.

Sesapa nak mengelakkan double chin, u'oll kena buat ni setiap hari:

1.  Bila korang berjalan, duduk jangan tunduk berlebihan. tegak. biar mendada. bukan sahaja postur tubuh cantik, tapi dagu pon xkan berlapis.

2. Jika anda tidur, bantal jangan tinggi sangat. bantal yang tinggi pun menyumbang kepada double chin nih.

3. Kepada "Pencinta makanan" cam Fara ni, tolong kawal makan.jangan nak berlebih-lebih sangat. elakkan makanan berlemak. *nih memang susah*

4. Kalau ada masa terluang, urutlah dagu atau buat senaman dagu. urut macam mana? ohh dari bawah ke atas. Urutan dapat membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah. bagus kan? buatlah setiap hari. mesti berhasil =)


p/s: kalau buat setakat dua, tiga hari pastu malas memanglah takde hasil. Kena disiplin tau! 

Sumber: http://www.tip.kuruskanbadan.com/

Thursday, October 20, 2011

Jodoh ketentuanNya

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

U'olls sudah berkahwin?.. Sedang bercinta?.. Atau sedang mencari cinta?.. Sama seperti orang lain.. Fara pernah dan sedang melalui ketiga-tiga fasa tersebut. Putus cinta berkali-kali *ala-ala hot la pulak ahahah*, mencari cinta dan akhirnya berkahwin dengan orang yang TAK SANGKA kini menjadi suami =)


Nak bercerita kisah cinta fara dengan en somi.. We'oll tak bercinta lama.. Pertama kali berjumpa pada tahun 2008. Ketika itu sama-sama pekerja ambilan kontrak salah satu jabatan kerajaan di JB. Tidak pernah bertegur sapa.. sekadar mengenali nama sebagai rakan sepejabat sahaja. Apatah lagi waktu tu masing-masing ada bf/gf =)


En somi tak lama bekerja disitu.. Dia mendapat tawaran menjadi guru dan bekerja di Penang. Dan Fara ketika itu masih bekerja ditempat yang sama dan setengah tahun kemudian (2009) Fara mendapat kerja yang lebih baik. Dengar cerita dari rakan sekerja lama ketika itu, en somi sudah single tepi Fara tak ambil "port" kerana ketika itu Fara sudah mula serius dengan ex-bf untuk menjalin hubugan yang lebih serius.. Tetapi hubungan Fara dan ex-bf tak lama.. Ia menjadi hambar dan putus ditengah jalan.. 


Sebulan selepas putus dengan ex-bf, tiba-tiba satu pagi dapat sms dari seseorang.. lebih kurang begini ayatnya.. "wei, ko ape cer?.. sihat? semalam aku mimpi ko ah.. ntah apa kes mimpi ko pulak hahahah". Masa tu ingat org salah sms tapi rupa-rupanya sms dari encik somi *masa tu lom jd somi lagilah ;)* 


Ya, bermula dari situ we'oll berbual, bersms dan ber3G.. 
We'oll tak ambil masa lama..
Bercinta hanya sebulan lebih terus mak mertua/ayah mertua datang merisik (20 Dec 2009)
Sebulan lebih kemudian, bertunang.. (6 Feb 2010)
dan 2bulan setengah kemudian, bernikah.. (23 April 2010)
Total masa dari bercinta hingga tarikh nikah= 6 bulan sahaja.. 


Ni gambar we'oll selepas majlis nikah.. 


Dan Fara percaya apabila tiba pada masa dan orang yang dah ditentukanNya.. jalannya memang mudah.. senang je.. takde dugaan teruk-teruk.. dan bercinta lepas kahwin memang BEST ;) Doakan jodoh kami berpanjangan dan berbahagia hingga ke akhir hayat + dapat baby cepat-cepat ye.. ^^ 

Sunday, October 16, 2011

Cinta di Buku Lima

Assalamualaikum wbt & Hello Sunday Peeps!

Tadi tengok OhBulan 
(nampak sangat suka gosip-gosip nih eke kekeke) 
rasa share ah lagu balas Cinta MukaBuku- Najwa Latiff ..

Putus Cinta di Twitter- Encik Mimpi

Memang lawak ah.. berjaya aku gelak beria-ria dipetang ahad.. 
So u'oll layannnn.....

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday: Jom Jaga Tulang !

maaf kualiti pic kurang memuaskan

Apakah Wordless Wednesday : Setiap hari rabu blogger akan post gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Biarkan gambar yang berkata-kata..

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday: Best Betul Student Life!

click for enlarge ;)
Apakah Wordless Wednesday : Setiap hari rabu blogger akan post gambar di blog tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Biarkan gambar yang berkata-kata..


p/s: Tapi masa Fara dulu zaman Friendster bukan Facebook heheh ^^

Tuesday, October 4, 2011

Segmen: 5 Isu Best Hari Ini

Assalamualaikum & Hello Peeps!

Jom ramai-ramai join Segmen Abg Ben Ashaari.. 

Mula-mula buat satu entry khas dan tempek header blog..

Santai Bersama BEN ASHAARI

Kemudian, sila listka 5 isu entry dari blog lain.. 
beserta link url dan sebab kenapa ia jadi pilihan..
(blog mesti berbeza-beza hokeh) 

Fara list 5 isu best hari nih..

Entri nih menjadi pilihan sebab memang jelas berbeza..
 Oleh itu pada yang masih mencari.. 
carilah orang yang benar-benar mencintai kita bukan sekadar 
"menjadi pasangan sahaja" :)

Entri nih menjadi pilihan sebab sangat menyayat hati bila seorang bayi yang baru dilahirkan dicampak dari tingkat 2.. Nak sangat tengok binatang yang berupa manusia tu ditahan polis 
:(

Entri ini menjadi pilihan sebab Fara pun pernah tertipu masa makan KIMCHI nih. Ingat sedap. Lupa yang tekak nih tekak melayu hahaha ^~

Entri nih menjadi pilihan sebab pengawas peperiksaan kadangkala boleh dikatakan antara menyumbang gangguan orang nak jawap exam heheh ;)

Entri nih menjadi pilihan sebab apa yang diluahkan sama seperti yang Fara lalui..
 menunggu bilalah waktunya..

Lepas tu copy url entry dan paste 
kat bahagian komen entry Segmen-5-isu-best-hari-ini 
di blog abg Ben Ashaari..

Senang je kan?.. Cepat-cepat.. 
Segmen tutup pukul 6 petang (4 Oktober 2011)

Saturday, October 1, 2011

AKU SEPAK CIKGU SEBAB AKU TAK TAHAN!

Assalamualaikum wbt & Hello weekend peeps!

Sambil-sambil melayan cerekarama 
"Surah Al-Fatihah" kat tv3 nih.. 
Fara nak share artikel dari Blog Qasehraihan

Mula-mula..

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku bogel dengan
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk kuat2 dekat
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi lombong dengan
September - Aku lempang dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku sepak


ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Penagih dadah
2 - Komputer aku
3 - Cikgu
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Nicole David
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriend aku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Juliana Evans
21 - Upin dan Ipin
22 - Siti Nurhaliza

23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan


iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:


Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat


Kongsi jawapan yang anda dapat..hehehehehe ^~