Followers

Tuesday, May 31, 2011

Tempat Cari Pasangan Hidup?

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Korang tau tak sebenarnya dalam life kita seharian nih.. kita terdedah dengan tempat-tempat yang berpotensi untuk mencari pasangan hidup.. Ops! Ni hanya sesuai untuk mereka-mereka yang masih single. Yang dah kawen/berpunya sila jangan pasal heheh. Meh kita check satu persatu..

1) tempat belajar
tak kira samada di sekolah, kolej, universiti malah tempat tuisyen sekali pun, memang senang nak cari pasangan kat situ.. Tujuan utama mencari ilmu dan sambil menyelam air usha keliling mencuci mata tengok lelaki/pompuan kan? Kalau tak percaya, cuba tengok kat tempat-tempat nih.. mesti ada couple yang jumpe pasangan kat situ.. Dan ada yang berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.. Alhamdulillah. Bukan cinta monyet ;)

2) tempat kerja
Memandangkan dalam sehari kita habiskan masa almost 8-9 hours kat pejabat maka tak mustahil untuk bertemu jodoh kat sini.. Lebih-lebih kalau selalu lepak makan reramai, family day.. Memang merapatkan "silaturahim" la.. Mesti ada dikalangan korang yang jumpa pasangan bercouple atau suami isteri satu office kan.. *en suami dulu  my  exofficemate masa mula-mula kenal ;)*

3) kenduri kahwin
Dah pergi kenduri kahwin.. selalunya mesti nak datang berpasangan tak pun bergeng dengan member-member. Jarang kot orang otai datang sensorang.. Kalau yang belum ada couple/kawen tu mesti ada makcik-makcik, akak-akak saudara dok mematch sesapa yang masih single lagi tu kan heheheh.. Lagi satu, selalunya kenduri-kenduri nih memang ramai lar lelaki/pompuan pakai cantik-cantik. Seronok cuci mata. Haip! jangan kata tak ek? Aku pernah bujang dulu ekekeke ;)

4) alam cyber
Yang nih tak yah cerita ah.. Mesti ada dikalangan korang terjebak dengan cinta internet nih?.. My BFF dah bertunang dan akan naik pelamin hujung tahun nih hasil "tangkapan" cinta internet hokeh. Tak silap aku dorang kenal kat "Tagged".. Tapi TAK semua ah cinta internet nih boleh pakai. Ada yang suam-suam kuku je.. ada yang suka-suka je nak spent masa..Yang penting jangan cepat jatuh hati dengan orang yang belum pernah jumpa nih..

Korang rasa ada lagi tak tempat nak cari pasangan? Jom share.. Kot-kot nak share pengalaman sendiri pun takde hal ^-^

Monday, May 30, 2011

Review Buku: Travelog Haji

Assalamualaikum wbt dan Hello peeps!

Awal bulan hari tuh, aku balik bercuti rumah parents aku kat JB.. Bila jarang-jarang balik, memang berborak sakan dengan my mum sampai larut malam lar kan hehe.  Suddenly mak aku bagi aku buku Travelog Haji  Mengubah Sempadan Iman tulisan Prof Dr Muhd Kamil.. Buku nih merupakan National Best Seller.. Dia beli last year sebelum dia naik haji..

credit: google

Mak aku kata bagus buku nih. Banyak pengajaran dan buka mata hati kita tentang haji mabrur sebenar-benarnya. Yelar selalu kita di MOMOK kan dengan cerita jemaah haji mengalami pelbagai perkara pelik dan lebih dikira sebagai balasan akibat kesilapan masa-masa lalu. 

Aku pun ambil buku nih dan bawak balik Penang. Dalam hati bercakap, tak tahu bilalah nak habiskan buku nih.. *banyak beli buku sebelum nih tapi tak abes-abes baca* 

TAPI 

bila aku dah mula baca buku nih seriously TAK BOLEH NAK STOP. Pantang masa terluang mesti nak tahu dan nak tahu lagi apa ending. Bukan senang hokeh seorang motivator nak buat camtu heheh. Walaupun mungkin dalam masa terdekat nih aku belum mampu nak naik haji *kewangan dan masa* tapi Insya Allah, one day definately i'll go there. Aminnnnn..


Secara ringkasnya buku nih menceritakan penulis yang bergelar Profesor UiTM Shah Alam tetapi hidup masih mencari-cari apa itu makna Islam sebenar-benarnya. Bukan sekadar tertulis dalam IC sahaja. Dia terpanggil untuk menyahut seruan haji bersama isteri dan adik beliau. Disana banyak cerita menginsafkan disekeliling membuat beliau menulis buku ini. Dan ternyata AMAT BERBEZA dengan buku-buku pengalaman haji yang biasa kita baca..

p/s: cerita penulis bagaimana dia seorang yang tidak pandai membaca Al-Quran tetapi bila pulang Malaysia menjadi imam surau yang sekian lama terbiar. Subahanallah! Its really a good book to read as a muslim =)

Sunday, May 29, 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER


Assalamualaikum wbt & Happy Sunday Peeps!


Blogger famous amos BEN ASHAARI buat segmen.. Ni kira first time ah join segmen/contest nih.. Syarat utama untuk blogger yang FOLLOWER UNDER 500..

Senang jer nak join..

* Mula-mula kena tempek header BEN ASHAARI macam kat atas nih.

* Lepas tu sila vote BEN ASHAARI kat SINI .. Opps sebelum vote kena login   Facebook dulu hokeh.

* Kemudian, sila copy url entry join segmen nih dan link kan kat bahagian komen entry BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER..

* Sesapa nak join segmen BEN ASHAARI nih sila cucuk SINI ..

 simple kan? ^^

Saturday, May 28, 2011

Kenapa Nak Kahwin Lambat? Rugi wooo..


Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

credit: google
Minggu lepas, sebelum aku pergi kerja tengok MHI(Malaysia Hari Ini) TV3.. tajuk yang agak menarik. pasal kawen lambat.. Isu nih mmg agak sensitif terutama pada mereka yang masih belum berumahtangga diambang umur menjangkau 30an hingga 40an.. 

Teringat zaman lepas tamat belajar. Sorang demi sorang kawan mengikat tali pertunangan, berkahwin dan ada juga telah menjadi ibu. Aku dah mula tertanya-tanya 

"bilalar aku nak camni tu ek?"*padahal baru 24tahun masa tu hehe*


Sebenarnya banyak sebab kenapa ada sesetengah orang berkawen lambat tak kira lelaki atau perempuan seperti..

* nak orang penuhi ciri-ciri lelaki/wanita idaman..
Rasanya semua orang kalu dibandingkan ciri-ciri idaman nih mesti nak dekat-dekat sama. Contoh; rupa yang sedap mata memandang, beriman, kaya bla-bla bla. kalu nak ikut semua yang dilistkan memang susah nak cari. Bertolak ansur ah. Kita pun bukan sempurna mana nak cari yang serba perfect ye tak?..

* duit tak cukup... 
ni antara masalah utama. nak kahwin duit tak cukup padahal calon dah ada. Sebab kadang-kadang keluarga melebih-lebih dari pengantin. nak nampak hebat. tak nak orang mengata. pepatah,kahwin sekali seumur hidup apa salahnya. Padahal, duit simpanan manalah cukup untuk tampung semua kehendak tu. Akibatnya bercintalah atau bertunang bertahun-tahun sampai ada yang 5,6 tahun dek nak cukupkan duit. Utamakan yang wajib sudah..

* tak puas enjoy.. 
kebanyakkan yang guna alasan nih lelaki tapi ada jugak segelintir wanita. belum puas nikmati zaman bujang. nak enjoy duit gaji puas-puas sebelum ready nak share dgn husband/wife. tapi kalau umur dah menjangkau 40an.. Adakah masih tak puas enjoy?

* belum ready untuk komitmen.. 
perkahwinan bukan seperti zaman bercinta sebelum kawen. Bukan sekadar komitmen bersms, bergayut ditelefon dari pagi hingga ke nak tido. lebih dari itu. Apa sahaja yang kita buat akan sikit sebanyak akan kena tempias antara satu sama lain. Perkahwinan juga melibatkan banyak hati dalam dua keluarga. Banyak yang perlu dijaga dan komitmen kekal hingga ke akhir hayat InsyAllah. Sebab tu bukan semua org ready nk beri komitmen perkahwinan apatah lagi sesetengah org lelaki tak ready nak kawen *maaf, inilah kenyataan* beberapa BFF aku terpaksa letak noktah dalam relationship bila lelaki tak tau sampai bila nak beri komitmen untuk berkahwin..

Semua yang aku tulis diatas dari pemerhatian, pembacaan dan orang-orang keliling aku.. Kalau korang ada nak share sebab pun boleh.. hehehe ;)

Thursday, May 26, 2011

Review Drama: Nora Elena slot akasia TV3..


Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

credit: google
Korang pernah tengok drama slot akasia kat tv3 tak?.. Dulu mula pukul 630 petang tetapi sekarang dah tukar pukul 7 petang.. Dua hari lepas, sementara tunggu waktu magrib masuk aku saja-saja buka tv.. tengok ada drama "Nora Elena".. 

Mula-mula tak berapa nak faham since tertinggal few episode kot.. tapi jalan cerita dia simple.. mudah nak faham.. sudahnya aku tengok sampai pukul 8 malam. Lepas kelam kabut nak solat magrib *nasib baik penang masuk waktu lambat -.-*

Sipnosis: Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan (Aaron Aziz) yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat. Lepas mereka berkahwin timbul pelbagai konflik.. 

Nak tau apa kesudahan, kenalah tengok.. En suami yang jarang nak tengok drama melayu pun melekat kat depan tv tengok okay hehehe *jiwang jugak en suami saya nih hihihi*

p/s: Watak seth tu sangat comel dan kelakar. Tambahan pulak Aaron Aziz yang lakon.. Sukaaaaa mak nokkk ekekekek ;)

Wednesday, May 25, 2011

Never stop learning..

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Sepanjang 27 tahun aku hidup kat atas muka bumi nih.. Sama seperti orang lain. dah macam-macam suka-duka dah dilalui. Ada yang manis, amat manis, pahit, amat pahit. 

Dulu aku selalu berpendapat belajar itu adalah membaca, menulis, mengira. Mesti ambil exam pertengahan tahun, hujung tahun, UPSR, PMR dan SPM. Mesti lulus dengan cemerlang. Kalau tak, tak dapat masuk universiti. Bila masuk universiti, make sure mesti grad on time. Tak boleh repeat paper. Mesti score at least 3.00 pointer setiap semester *walaupun selalu terbabas hihihi* Tapi semua tu hanyalah pendidikan formal. Yang termaktub dalam buku. Yang perlu lalui seperti yang dijadualkan.

Tapi yang kita lalui hari-hari lebih pada pendidikan informal. betul tak?

Contoh seperti cara berkawan, cara memandu kereta, cara memasak dan macam-macam lagi. Ya, memang ada ceramah atau kelas ajar cara berkawan dan cara bergaul. Tetapi tak sama seperti berkawan dalam realiti hidup sebenar. Kawan dari sekolah rendah, menengah, matrikulasi, universiti, beberapa tempat kerja dan mana-mana lagi membuat kita boleh spesifikasi ada yang kategori sahabat, kawan biasa, kenalan dan ada juga yang kategori "tikam belakang". Ironinya, ia secara tak langsung buat kita lebih matang dalam memilih kawan yang sebenar-benarnya "kawan"..

Memang benar ada sekolah memandu. Malah kita diwajibkan mengikuti sekian-sekian waktu sehingga kita layak mendapat lesen memandu/menunggang motor. Bandingkan hari pertama korang memandu kereta dengan berpelekat P di cermin kereta dengan hari ini. Mungkin ada yang sudah 2, 3 atau mungkin 10 tahun memandu/menunggang motor. Lebih mahir dan lebih yakin.  Pengalaman dijalan raya hampir setiap hari membuat kita lebih mahir mengendalikan kenderaan bukan?..

Betul, memang banyak cara untuk belajar memasak. Dari ibu sendiri hinggalah mengintai di blog-blog masakan. Tapi tak sama andai dibandingkan jika setiap hari korang memasak. Bandingkan mula-mula belajar memasak sambal tumis. Mungkin kedengaran mudah untuk segelintir orang tapi jika baru pertama kali tentu agak kekok. Akan tetapi jika selalu memasak sambal tumis tentu lebih pakar dalam setiap sukatan cili kering, bawang dan sebagainya..

Mungkin ada yang pernah membuat kerja part-time semasa menunggu  result SPM atau semasa cuti semester. Jangan pandang rendah pada kelebihan kerja part-time hatta kerja mudah dan gaji sedikit. Sementara menunggu result UPU dulu, aku pernah kerja di Pusat Mel Pos Malaysia semasa bulan puasa. Kontrak tiga minggu sahaja. Memang nampak kerja mudah iaitu susun, matikan setem  dengan mesin dan masukkan surat serta kad raya ikut poskod tempat. Tapi percayalah bila semakin meningkat dewasa, ada pengalaman yang aku dapat kat situ.. *tau macamana dengan proses penghantaran surat dari peti surat hingga penerima*

Begitu juga pada korang yang putus cinta.. Jangan takut untuk bercinta semula. Belajar dari kesilapan. Itular kehidupan ada suka dan duka. Bukan cerita donggeng dalm buku kanak-kanak yang semuanya indah-indah belaka. Percayalar one day, u will thank all your ex-bf /gf kerana membuat korang lebih tabah dan kuat :)

Benarlah orang kata,

Experience is a Best Teacher

p/s: entry yang serius sikit. selalu entry dok merapu je hihihi..

Monday, May 23, 2011

Perkara yang men"tension"kan..

Salam & Hello peeps!

Korang mesti pernah mengalami perkara-perkara ni pastu nak marah tak boleh. Tunjuk muka tension je lar kot hehehe..

1) tengah sedap layan movie dalam panggung wayang
*skema ayat aku*.. tetiba ada budak kecik menangis non-stop betul-betul kat belakang seat korang..

2) tengah khusyuk menjawap soklan periksa.. pengawas exam tu kepoh nak baca jawapan kite.. 

3) sedang semangat tengok Man U nak jaring gol kat tv tetiba "no signal". Standard ah astro time nak hujan..

4) pergi kedai makan dengan member-member.. order makan.. pastu semua dah dapat makanan yang di order, korang punya tak dapat-dapat.. 

5) naik bas ekpress balik kampung.. bas baru keluar dari hentian rehat.. tang-tang tu pulak perut meragam nak buang air.. adoi tadi taknak pulak buang air..

6) nak beli barang kat kedai.. tapi amoi kedai tu sibuk ikot bontot kita. wei, aku tak ingin ah nak curi barang kat kedai ko.. aku ada duit *nada eksyen hihi*

7) budak kecik datang rumah dan buat rumah korang cam rumah sendiri. suka-suka hati masuk bilik orang.. pecahkan barang orang.. buat peel tak tentu hala dan parents dia boleh "pura-pura" marah.. dan anggap standard ah budak kecik *bila aku ada anak, nak traning dia adab sopan kat umah orang*

8) tengah puasa tengok iklan kat tv "mengajak" makan sedap-sedap.. bila tak puasa, tak terliur pulak dengan iklan camni..

9) tengok picture poya "budak-budak baru nak naik" kat facebook mintak orang komen dengan puji-pujian.. 

10) tengah drive tetiba ada kereta menyucuk-cucuk kereta pastu bila dah potong kereta korang bawak slow tahap labi-labi.. *ni aku kena pagi tadi. hangin je aku. da ah monday blues diringi hujan renyai huhu*

rasanya ada lagi perkara-perkara men"tension"kan.. nanti kalu aku teringat, aku tmbah lagi eh heheheh~

Saturday, May 21, 2011

Idola aku zaman muda belia..

Salam & Hello peeps!

Korang pernah ada idola tak?..
Dulu time aku sekolah rendah, aku ada idola..
dan idola aku turut menjadi pujaan dikalangan kengkawan sekolah aku
sebab mereka antara ARTIS yang femes time tu 
(around 1993-1995)


kumpulan feminin


lagu paling femes masa tu lagu "Untukmu"..
aku hafal sebijik-bijik lirik lagu tu, bukan takat tu je siap step menari dorang pun aku hafal
dekat time raya, teruk mak aku mencari baju fesyen kumpulan feminin ni 
kalu tak aku merajuk tak nak raya hahahah 
*teruk betul aku masa tu*
yang kelakarnya, bukan aku sorang camtu..
cousin-cousin aku, kawan sekolah semua terjebak menda yang sama


tak lama lepas tu, minat beralih pulak dengan group rappers..


kumpulan KRU


aku memang minat abes ah dorang nih.. lagu semua best, menari mantap dan paling penting hensem (masa tu lar hehe)
aku paling suka Yusry KRU..
paling tak bleh blah bila ingat aku bercita-cita nak  
KAHWIN dengan Yusry KRU hahaha
aduyai.. miang kemain padahal baru darjah 6 masa tu..


bila da naik form 1..
dah tak berapa layan lagu melayu la konon..
terpengaruh kengkawan aku suka group omputih..


BackStreetBoys (BSB)


Spice Girl


Time tu memang layan ah lagu "I never break your heart" BSB
Kalau Spice girl, suka lagu "Wannabe""Stop"..
masa tu kalu sesapa hafal lagu-lagu kira cool abes ah 
masa hari guru, mesti ada group akan perform dance ikut stail BSB/Spice girl 
aku beli majalah Smash Hits sebab ada poster dorang..
padahal tak baca pun majalah tu 
*dah ah harga mahal*


Bila masuk uni, dah tak minat ah artis-artis nih
takat dengar lagu gitu-gitu je
sampailar fenomena filem ADA APA DENGAN CINTA




aku tak paham bahasa indon nih sanggup carik vcd yang ada malay subtitle
dek terjebak dengan cerita nih..
memang best ah cerita ni
dialog-dialog dalam cerita ni pun jadik mainan cakap 
antara kengkawan uni dulu
dan ofcos idola aku


si cantik manis ni
Dian Sastrowardoyo

dia lakon watak utama "Cinta"
punyalar minat kat dia sampai bela rambut sampai pinggang supaya sama cam dia, beli kasut pink, pakai cadar kaler pink sama cam cadar katil dia hehehe..
kaset lagu-lagu dari filem nih aku dok main setiap hari dalam bilik hostel sampai roomate aku pun boleh terjebak suka sama..


tak ketinggalan gak filem Malaysia
Gol & Gincu

comel kan poster filem dia?
sebenarnya aku lagi suka gol & gincu the series kat tayang kat tv nyer
cerita berkisar alam remaja -cinta,breakoff,student life-
memang sesuai sangat ah dengan jiwa muda-mudi masa tu heheh
dan seperti biasa yang paling aku suka
main actress dia


nur fazura

dalam cerita nih, dia sangat ge-girl. gedik tapi comel.
aku suka tengok stail dia dari dulu sampai sekarang.


bila sekarang umur dah makin meningkat..
aku dah tak kuasa dah nak meng"idola" kat mana-mana artis..
lagu-lagu femes pun come n go..
arini femes bulan depan belum tentu femes lagi dah
ye tak? hehehe~

p/s: all pix courtesy to google.

Sunday, May 15, 2011

Tips kurangkan kos belanja kahwin

Salam & Hello peeps!

Aku selalu dengar.. orang cakap..

"nak kawen, banyak pakai duit"
"kalau takde at least rm20k, jangan harap nak kawen sekarang nih"

Aku tak menafikan banyak gak ah duit diperlukan 
untuk menampung kos belanja kawen
Zaman sekarang.. kuih seketul 40sen, 
kalau dapat 30 sen pun mak ai halus benar.. 
dua kali kunyah da settle hehehe.. 
Apatah lagi dengan kos belanja kahwin..

 Jom aku share beberapa tips nak kurangkan belanja kahwin..

**Buat majlis ala kadar..
kalau dah tau poket tak berapa tebal, takyah nak mengada nak buat 7hari 7malam. Lengkap dengan majlis berinai kecil, besar, sederhana *eh, ada ke hehe*, pelamin kecil dalam rumah, pelamin besar luar rumah lepas tu pelamin kat dewan pulak.. Lebih elok dahulukan yang wajib..

**Tak perlu jemput semua orang yang korang kenal..
Habis semua orang dalam frenlist FB dijemput. Padahal bukan semua pun bertegur sapa, ye tak?
*lain ah kalu ajak-ajak ayam -.-* tapi masalah sket bab ni sebab selalunya parents yang akan jemput beria-ria segala bagai orang dorang kenal huhuhu.

**dulang hantaran yang tak perlu banyak-banyak..
makin banyak dulang hantaran makin banyak kos nya.. cukup ah sekadar 5 dibalas 7 dulang ke, 7 dibalas 9 dulang ke,.. ia sekadar adat melayu.. bukan pameran menunjuk-nunjuk kemampuan membeli barang branded.. lepas kawen pun boleh hape belikan prezen untuk husband/wife..

**beli barang-barang perkahwinan semasa SALE..
waktu sale, barang lebih murah dari harga biasa. cam beli perfume set.. walaupun harga maseh mahal tapi it plus dengan gift. kain pasang dari EURO MODA/JAKEL waktu sale lagi murah dari harga biasa.. walaupun cuma save dalam seratus.. sebenarnya duit tu boleh guna untuk top up persiapan lain..

**pilih pakej perkahwinan dari satu bridal..
jangan ngada pegi amik pelamin kat Bridal A, baju pengantin& mekap kat Bridal B.. harga lebih mahal compare amik pakej semuanya dari satu bridal sahaja. Kepala pun tak pening dok pikir banyak bridal.. deal sahaja dengan satu bridal..

**duit hantaran yang berpada-pada.. 
Jangan ah demand rm50k pulak kat bakal husband.. Lain ah kalau dia orang yang BENAR-BENAR kemampuan. Nanti sudahnya sampai anak dah 3, hutang bank tak settle lagi.. Korang pun kena tempiasnya..

**Diy (Do it yourself)..
sapa yang ada kebolehan buat sendiri hantaran, design kad kawen, goodies bag, bunga pahar.. baik buat sendiri.. boleh jimat duit upah orang lain buat. dan lebih rasa puas hati hasil kerja tangan sendiri..

**gabungkan majlis nikah dan majlis kawen dalam sehari..
ni memang save budget ah. contoh buat majlis nikah pagi dan terus ke majlis sanding tengahari.. jimat kos dari segi kenduri makan.. make up sekali.. sanding tinggal touch up2.. kepada rombongan pengantin lelaki yang datang jauh-jauh pun takyah tidur hotel 2,3 hari.. agak penat sedikit tapi settle majlis dalam satu hari jer..

**elak tempah baju nikah/kawen..
ada yang teringin tempah baju sendiri.. nak buat sentimental value.. tapi kain untuk buat baju sanding selalunya dari material yang grand dan ofcos harga pun "grand" jugak.. melainkan lepas kawen, akan pakai baju tu balik atau disewakan pada kawan-kawan tu ok.. tapi kalu rasa akan terperuk dalam almari.. its not worthy..

**postpone honeymoon..
semua orang nak honeymoon lepas kawen.. yelar sebelum nak mula hidup sesama, nak ah jalan-jalan dengan suami kan.. tapi kalau membebankan hidup lepas kawen buat pe.. mungkin boleh dipostpone 2,3 bulan lepas kawen.. masa tu mungkin kewangan dah lebih stabil sikit.. boleh cuti lebih jauh dan tempat lagi esklusif lagi hehe..


p/s: sila jgn ikut orang. ikut poket sendiri ;p

Saturday, May 7, 2011

Hadiah kahwin paling best?

Salam & Hello peeps!

Musim orang kahwin kembali! Yeayy.. Walaupun most every week ada je orang kahwin tapi bila time cuti sekolah jadi double-triple jemputan kahwin kan.. Sebenarnya aku suka everything about wedding.. Dari preparation sampailar honeymoon.. walaupun dah dikira pengantin basi, tapi apadehal ye tak?.. Maseh suka jalan-jalan tengok blog orang nak kahwin.. yang baru lepas kahwin. Adik aku nak kahwin, aku pulak yang beria-ria cadangkan itu ini sampai dia pening kepala pasal dapat kakak cam aku hehehe..

Nak tanya kat korang.. selalu pergi wedding, bagi hadiah tak? atau prepared bagi duit dalam envelope duit raya je?.. Macam aku, hadiah memang akan bagi pada yang betul-betul rapat. Yang member so-so aku bagi duit je kat mak dorang..  
*save budget hahahaha*

Dan selalunya orang akan bagi hadiah macam pinggan mangkuk, periuk-belanga, lampu tidur, cadar, comforter dan barangan elektrik. Masa aku kahwin, dapat periuk nasi 4 biji! Takkan lar aku nak guna tukar-tukar periuk nasi selang sehari kot. Sudahnya ada aku sedekah je kat adik aku sempena pindah rumah.. sedekah kat office untuk lucky draw annual dinner.. dapat gak pahala free. Selain tu hadiah mereng dari BFF, bagi underwear & baju tidur yang sumpah transparent gilar. dah ah masa tu buka depan family semua. okay, sangat malu masa tu hehehe..

Dalam banyak-banyak, aku paling suka dapat LESUNG BATU dari pakcik saudara.. very klasik kan.. Dia ada sebab tau nape bagi lesung batu.. Kata orang-orang tua, lesung batu jangan suami isteri beli.. seeloknya biar orang lain beri.. sebab nanti rumahtangga asyik berlaga je macam 2 biji batu lesung tu. Aku takde lar percaya tapi nasihat orang-orang tua aku ikut asal tak menyalahi akidah sudah :)

cadangan aku pada yang nak bagi hadiah wedding kat sesapa, kalau boleh elakkan bagi barang elektrik yang terlalu biasa macam toaster, kettle, iron, rice cooker.. Bukan apa nanti bila ramai dah bagi hadiah yang sama.. kemungkinan hadiah tu akan terperuk dalam stor atau diberikan pada orang. Barang elektrik macam microwave, vacuum agak mahal sikit harganya tapi maybe boleh dishare duit dengan beberapa orang.. lain dari hadiah biasa  orang bagi..


selain tu boleh bagi kain pasang warna sedondon untuk pengantin, boleh dorang buat persalinan untuk hari raya atau pegi jemputan kahwin.. bagi buku tentang motivasi rumahtangga pun okay jugak.. boleh dorang buat rujukan lepas kahwin.. 


dan pada sesapa nak bagi cadar.. bagilar saiz queen sebab standard orang pakai katil saiz queen unless memang tahu pengantin pakai katil saiz king. Jangan lar bagi size single pulak. bikin haru je pengantin tu hahahaha ;p

Friday, May 6, 2011

A new me!

Salam Jumaat & Hello peeps!

Sudah seminggu tak update apa-apa dalam blog. Lepas my husband balik outstation last week, terus balik hometown JB (me & husband same hometown). Although balik JB pun usung laptop, tapi memang tak sempat nak update story-mory terbaru. Spent a quality time with family & in law, meets BFF, pegi majlis kahwin ,melantak masakan mak sepuas-puasnya, kain baju raya hunting, helping my brother for his wedding preparation.. Ohhh sungguh penat tapi sangat berbaloi-baloi bila dikelilingi dengan semua tersayang. feel blessed =)

entry ni nak announce sesuatu..
Jeng, jeng, jeng
.
.
.
.
.
.

camwhore heheh

dengan husband tersayang :)
a new me! with hijab..
 Sebenarnya aku dah mula pakai tudung sejak bulan puasa tahun lepas.. 
Tapi still on off.
 Sekarang aku dah betul-betul nekad dah nak pakai tudung dan tutup aurat. 
Bukan sekadar pakai tudung pergi office tapi kat luar free hair *sorry kalau ada yang terasa tapi tu aku before this :)*

Ada beberapa member aku tanya macam mana nak bulatkan nekad pakai tudung.. (yang maseh free hair).
Cadangan aku..

** buat kerana Allah s.w.t. Bukan sebab husband suruh, bukan sebab mak suruh. Tapi sebab nak jadi better muslimah dari hari ke sehari.. Insya Allah.

** although dah pakai tudung dan tutup aurat, maseh boleh bergaya. sekarang bukan macam dulu, pilihan terhad. tudung bawal je banyak. sekarang dah pelbagai fesyen tudung. asalkan tahu pilih yang sesuai kan.

** sejak pakai tudung dan tutup aurat ni rasa lebih selamat dan dihormati. Dah takde dah mata-mata lelaki gatal dok tengok badan kita. Dah takde dah lelaki bersiul miang bila kita lalu depan mereka. Secara tak langsung rasa lebih selamat.

** dan paling aku rasa.. sejak pakai tudung dan tutup aurat rasa dekat dengan Allah s.w.t. Rasa banyak nak perbetulkan apa yang kurang dalam solat wajib, solat sunat dan bacaan Al-Quran. 

p/s: Entry ni bukan nak tunjuk baik ke hape tapi nak share it with readers. walaupun aku pakai dah pakai tudung dan tutup aurat, perangai sengal dengan mereng maseh sama. 
Tak boleh hilang hehehe ;)

Sunday, May 1, 2011

Dugaan bertunang

Salam & Hello peeps!

Rasanya ramai pernah dengar tentang dugaan bertunang..
Dulu before tunang dengan husband, rasa pelik kenapa orang selalu highlightkan tentang dugaan bertunang la, 
darah manis la
serius tak faham defination "darah manis"
tapi lepas aku tunang baru tau sebabnya orang cakap begitu..

mungkin sebab..
 boyfriend/girlfriend ala-ala dah jadi "separuh hakmilik".. 
belum nikah tapi dah terikat dengan janji perkahwinan 
dengan bothside keluarga
perasaan nak monopoli future husband/wife
 dah mula rasa terasa 
Yelar, tak lama lagi dah nak kahwin.. will share everything..
jadi secara tak langsung dah "masuk" dalam life si tunang..


atau mungkin sebab..
syaitan memang tak suka pada pernikahan yang sah..
 Jadi kalau hati tak kuat memang cepat terpengaruh dengan hasutan syaitan
seperti melayan orang ketiga atau berubah hati.. 
*please correct me if i wrong*

Dulu masa aku nak bertunang dengan husband, ramai yang cakap..

"Darah tengah manis nih, baik-baik.. Jangan ikut perasaan.. 
Dugaan masa tunang nih banyak"

Tapi aku rasa syukur alhamdulillah sepanjang bertunang,
 kitaorang tak pernahlah bergaduh..
both family pun tak pernah bagi pressure yang bukan-bukan
Mungkin jugak sebab aku cuma bertunang untuk 2 bulan lebih je
*tak sabar nak kahwin masa tu hahaha*
Cuma few weeks before nikah, aku accident kereta
Alhamdulillah aku tak cedera tapi dugaan duit kopak nak betulkan kereta lar huhuhu -,-

Aku cadangkan pada blogger yang belum bertunang/kahwin.. 
janganlah bertunang lama-lama.
 Elok dipercepatkanlah bila rasa nak kahwin sangat tu hehehe ;)

p/s: sorry pada blogger yang drop by blog ni.. 
aku belum kesempatan nak berlawat blog korang.
 BUT definately i'll visit your blog when i free & leave comment ;)