Followers

Showing posts with label Wedding Preparation. Show all posts
Showing posts with label Wedding Preparation. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Salam Kaut?

Assalamualaikum wbt & Hello Thursday peeps!

credit: google
Korang pernah dengar salam kaut tak? Ala.. kalau pergi kenduri kawen, bila nak balik mesti salam mak bapak pengantin sambil bagi duit tu.. Aku tak tau lar sejak bila dimulakan atau siapa yang memulakan tradisi nih.. 

Sebenarnya, bagus SEDEKAH duit nih TAPI kalau ada yang tak dapat datang sebab duit salam kaut tak bestlah..  Kawan aku berbangsa India mula-mula taknak datang wedding aku sebab dia kata wedding orang melayu kalau pergi mesti bagi duit *masa tu dia maseh menggangur* Aisey, tu pandangan seorang bangsa India terhadap wedding kita haihh :( 

Yelar mesti rasa segan kalau semua orang bagi, tetiba tak bagi. Apatah lagi bila bagi duit salam kaut nih baru dapat goodies bag.. Kalau tak bagi, mak ayah pengantin tu buat dek je. Ni bukan cerita rekaan hokeh. Depan mata aku sendiri.

Masa kenduri kawen aku dulu, ada yang bagi envelope kosong.. Dan ada juga yang letak tiket bas yang dah expired tarikh dalam envelope. Tak tau ah apa motif buat macam tu. Mungkin jugak sebab takut orang mengata tak bagi sampul duit. Padahal mak bapak aku serius tak kesah. Tu semua terpulang pada tetamu. Orang datang majlis aku, family aku sangat berterima kasih. Dapat duit salam kaut tu kira bonus. Bukan paksaan.

Biar ah pemberian duit salam kaut tu IKHLAS. Kita buat majlis bukan nak hadap minta duit orang tapi nak orang datang sama-sama memeriahkan majlis kawen kita. Korang setuju tak dengan pendapat aku nih? ^^

Saturday, May 28, 2011

Kenapa Nak Kahwin Lambat? Rugi wooo..


Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

credit: google
Minggu lepas, sebelum aku pergi kerja tengok MHI(Malaysia Hari Ini) TV3.. tajuk yang agak menarik. pasal kawen lambat.. Isu nih mmg agak sensitif terutama pada mereka yang masih belum berumahtangga diambang umur menjangkau 30an hingga 40an.. 

Teringat zaman lepas tamat belajar. Sorang demi sorang kawan mengikat tali pertunangan, berkahwin dan ada juga telah menjadi ibu. Aku dah mula tertanya-tanya 

"bilalar aku nak camni tu ek?"*padahal baru 24tahun masa tu hehe*


Sebenarnya banyak sebab kenapa ada sesetengah orang berkawen lambat tak kira lelaki atau perempuan seperti..

* nak orang penuhi ciri-ciri lelaki/wanita idaman..
Rasanya semua orang kalu dibandingkan ciri-ciri idaman nih mesti nak dekat-dekat sama. Contoh; rupa yang sedap mata memandang, beriman, kaya bla-bla bla. kalu nak ikut semua yang dilistkan memang susah nak cari. Bertolak ansur ah. Kita pun bukan sempurna mana nak cari yang serba perfect ye tak?..

* duit tak cukup... 
ni antara masalah utama. nak kahwin duit tak cukup padahal calon dah ada. Sebab kadang-kadang keluarga melebih-lebih dari pengantin. nak nampak hebat. tak nak orang mengata. pepatah,kahwin sekali seumur hidup apa salahnya. Padahal, duit simpanan manalah cukup untuk tampung semua kehendak tu. Akibatnya bercintalah atau bertunang bertahun-tahun sampai ada yang 5,6 tahun dek nak cukupkan duit. Utamakan yang wajib sudah..

* tak puas enjoy.. 
kebanyakkan yang guna alasan nih lelaki tapi ada jugak segelintir wanita. belum puas nikmati zaman bujang. nak enjoy duit gaji puas-puas sebelum ready nak share dgn husband/wife. tapi kalau umur dah menjangkau 40an.. Adakah masih tak puas enjoy?

* belum ready untuk komitmen.. 
perkahwinan bukan seperti zaman bercinta sebelum kawen. Bukan sekadar komitmen bersms, bergayut ditelefon dari pagi hingga ke nak tido. lebih dari itu. Apa sahaja yang kita buat akan sikit sebanyak akan kena tempias antara satu sama lain. Perkahwinan juga melibatkan banyak hati dalam dua keluarga. Banyak yang perlu dijaga dan komitmen kekal hingga ke akhir hayat InsyAllah. Sebab tu bukan semua org ready nk beri komitmen perkahwinan apatah lagi sesetengah org lelaki tak ready nak kawen *maaf, inilah kenyataan* beberapa BFF aku terpaksa letak noktah dalam relationship bila lelaki tak tau sampai bila nak beri komitmen untuk berkahwin..

Semua yang aku tulis diatas dari pemerhatian, pembacaan dan orang-orang keliling aku.. Kalau korang ada nak share sebab pun boleh.. hehehe ;)

Sunday, May 15, 2011

Tips kurangkan kos belanja kahwin

Salam & Hello peeps!

Aku selalu dengar.. orang cakap..

"nak kawen, banyak pakai duit"
"kalau takde at least rm20k, jangan harap nak kawen sekarang nih"

Aku tak menafikan banyak gak ah duit diperlukan 
untuk menampung kos belanja kawen
Zaman sekarang.. kuih seketul 40sen, 
kalau dapat 30 sen pun mak ai halus benar.. 
dua kali kunyah da settle hehehe.. 
Apatah lagi dengan kos belanja kahwin..

 Jom aku share beberapa tips nak kurangkan belanja kahwin..

**Buat majlis ala kadar..
kalau dah tau poket tak berapa tebal, takyah nak mengada nak buat 7hari 7malam. Lengkap dengan majlis berinai kecil, besar, sederhana *eh, ada ke hehe*, pelamin kecil dalam rumah, pelamin besar luar rumah lepas tu pelamin kat dewan pulak.. Lebih elok dahulukan yang wajib..

**Tak perlu jemput semua orang yang korang kenal..
Habis semua orang dalam frenlist FB dijemput. Padahal bukan semua pun bertegur sapa, ye tak?
*lain ah kalu ajak-ajak ayam -.-* tapi masalah sket bab ni sebab selalunya parents yang akan jemput beria-ria segala bagai orang dorang kenal huhuhu.

**dulang hantaran yang tak perlu banyak-banyak..
makin banyak dulang hantaran makin banyak kos nya.. cukup ah sekadar 5 dibalas 7 dulang ke, 7 dibalas 9 dulang ke,.. ia sekadar adat melayu.. bukan pameran menunjuk-nunjuk kemampuan membeli barang branded.. lepas kawen pun boleh hape belikan prezen untuk husband/wife..

**beli barang-barang perkahwinan semasa SALE..
waktu sale, barang lebih murah dari harga biasa. cam beli perfume set.. walaupun harga maseh mahal tapi it plus dengan gift. kain pasang dari EURO MODA/JAKEL waktu sale lagi murah dari harga biasa.. walaupun cuma save dalam seratus.. sebenarnya duit tu boleh guna untuk top up persiapan lain..

**pilih pakej perkahwinan dari satu bridal..
jangan ngada pegi amik pelamin kat Bridal A, baju pengantin& mekap kat Bridal B.. harga lebih mahal compare amik pakej semuanya dari satu bridal sahaja. Kepala pun tak pening dok pikir banyak bridal.. deal sahaja dengan satu bridal..

**duit hantaran yang berpada-pada.. 
Jangan ah demand rm50k pulak kat bakal husband.. Lain ah kalau dia orang yang BENAR-BENAR kemampuan. Nanti sudahnya sampai anak dah 3, hutang bank tak settle lagi.. Korang pun kena tempiasnya..

**Diy (Do it yourself)..
sapa yang ada kebolehan buat sendiri hantaran, design kad kawen, goodies bag, bunga pahar.. baik buat sendiri.. boleh jimat duit upah orang lain buat. dan lebih rasa puas hati hasil kerja tangan sendiri..

**gabungkan majlis nikah dan majlis kawen dalam sehari..
ni memang save budget ah. contoh buat majlis nikah pagi dan terus ke majlis sanding tengahari.. jimat kos dari segi kenduri makan.. make up sekali.. sanding tinggal touch up2.. kepada rombongan pengantin lelaki yang datang jauh-jauh pun takyah tidur hotel 2,3 hari.. agak penat sedikit tapi settle majlis dalam satu hari jer..

**elak tempah baju nikah/kawen..
ada yang teringin tempah baju sendiri.. nak buat sentimental value.. tapi kain untuk buat baju sanding selalunya dari material yang grand dan ofcos harga pun "grand" jugak.. melainkan lepas kawen, akan pakai baju tu balik atau disewakan pada kawan-kawan tu ok.. tapi kalu rasa akan terperuk dalam almari.. its not worthy..

**postpone honeymoon..
semua orang nak honeymoon lepas kawen.. yelar sebelum nak mula hidup sesama, nak ah jalan-jalan dengan suami kan.. tapi kalau membebankan hidup lepas kawen buat pe.. mungkin boleh dipostpone 2,3 bulan lepas kawen.. masa tu mungkin kewangan dah lebih stabil sikit.. boleh cuti lebih jauh dan tempat lagi esklusif lagi hehe..


p/s: sila jgn ikut orang. ikut poket sendiri ;p

Saturday, May 7, 2011

Hadiah kahwin paling best?

Salam & Hello peeps!

Musim orang kahwin kembali! Yeayy.. Walaupun most every week ada je orang kahwin tapi bila time cuti sekolah jadi double-triple jemputan kahwin kan.. Sebenarnya aku suka everything about wedding.. Dari preparation sampailar honeymoon.. walaupun dah dikira pengantin basi, tapi apadehal ye tak?.. Maseh suka jalan-jalan tengok blog orang nak kahwin.. yang baru lepas kahwin. Adik aku nak kahwin, aku pulak yang beria-ria cadangkan itu ini sampai dia pening kepala pasal dapat kakak cam aku hehehe..

Nak tanya kat korang.. selalu pergi wedding, bagi hadiah tak? atau prepared bagi duit dalam envelope duit raya je?.. Macam aku, hadiah memang akan bagi pada yang betul-betul rapat. Yang member so-so aku bagi duit je kat mak dorang..  
*save budget hahahaha*

Dan selalunya orang akan bagi hadiah macam pinggan mangkuk, periuk-belanga, lampu tidur, cadar, comforter dan barangan elektrik. Masa aku kahwin, dapat periuk nasi 4 biji! Takkan lar aku nak guna tukar-tukar periuk nasi selang sehari kot. Sudahnya ada aku sedekah je kat adik aku sempena pindah rumah.. sedekah kat office untuk lucky draw annual dinner.. dapat gak pahala free. Selain tu hadiah mereng dari BFF, bagi underwear & baju tidur yang sumpah transparent gilar. dah ah masa tu buka depan family semua. okay, sangat malu masa tu hehehe..

Dalam banyak-banyak, aku paling suka dapat LESUNG BATU dari pakcik saudara.. very klasik kan.. Dia ada sebab tau nape bagi lesung batu.. Kata orang-orang tua, lesung batu jangan suami isteri beli.. seeloknya biar orang lain beri.. sebab nanti rumahtangga asyik berlaga je macam 2 biji batu lesung tu. Aku takde lar percaya tapi nasihat orang-orang tua aku ikut asal tak menyalahi akidah sudah :)

cadangan aku pada yang nak bagi hadiah wedding kat sesapa, kalau boleh elakkan bagi barang elektrik yang terlalu biasa macam toaster, kettle, iron, rice cooker.. Bukan apa nanti bila ramai dah bagi hadiah yang sama.. kemungkinan hadiah tu akan terperuk dalam stor atau diberikan pada orang. Barang elektrik macam microwave, vacuum agak mahal sikit harganya tapi maybe boleh dishare duit dengan beberapa orang.. lain dari hadiah biasa  orang bagi..


selain tu boleh bagi kain pasang warna sedondon untuk pengantin, boleh dorang buat persalinan untuk hari raya atau pegi jemputan kahwin.. bagi buku tentang motivasi rumahtangga pun okay jugak.. boleh dorang buat rujukan lepas kahwin.. 


dan pada sesapa nak bagi cadar.. bagilar saiz queen sebab standard orang pakai katil saiz queen unless memang tahu pengantin pakai katil saiz king. Jangan lar bagi size single pulak. bikin haru je pengantin tu hahahaha ;p

Sunday, May 1, 2011

Dugaan bertunang

Salam & Hello peeps!

Rasanya ramai pernah dengar tentang dugaan bertunang..
Dulu before tunang dengan husband, rasa pelik kenapa orang selalu highlightkan tentang dugaan bertunang la, 
darah manis la
serius tak faham defination "darah manis"
tapi lepas aku tunang baru tau sebabnya orang cakap begitu..

mungkin sebab..
 boyfriend/girlfriend ala-ala dah jadi "separuh hakmilik".. 
belum nikah tapi dah terikat dengan janji perkahwinan 
dengan bothside keluarga
perasaan nak monopoli future husband/wife
 dah mula rasa terasa 
Yelar, tak lama lagi dah nak kahwin.. will share everything..
jadi secara tak langsung dah "masuk" dalam life si tunang..


atau mungkin sebab..
syaitan memang tak suka pada pernikahan yang sah..
 Jadi kalau hati tak kuat memang cepat terpengaruh dengan hasutan syaitan
seperti melayan orang ketiga atau berubah hati.. 
*please correct me if i wrong*

Dulu masa aku nak bertunang dengan husband, ramai yang cakap..

"Darah tengah manis nih, baik-baik.. Jangan ikut perasaan.. 
Dugaan masa tunang nih banyak"

Tapi aku rasa syukur alhamdulillah sepanjang bertunang,
 kitaorang tak pernahlah bergaduh..
both family pun tak pernah bagi pressure yang bukan-bukan
Mungkin jugak sebab aku cuma bertunang untuk 2 bulan lebih je
*tak sabar nak kahwin masa tu hahaha*
Cuma few weeks before nikah, aku accident kereta
Alhamdulillah aku tak cedera tapi dugaan duit kopak nak betulkan kereta lar huhuhu -,-

Aku cadangkan pada blogger yang belum bertunang/kahwin.. 
janganlah bertunang lama-lama.
 Elok dipercepatkanlah bila rasa nak kahwin sangat tu hehehe ;)

p/s: sorry pada blogger yang drop by blog ni.. 
aku belum kesempatan nak berlawat blog korang.
 BUT definately i'll visit your blog when i free & leave comment ;)

Thursday, April 28, 2011

Jemputan kahwin WAJIB ke bagi kad kahwin?


Salam & Hello peeps!

Tadi sedang aku dok mengelamun sensorang
 (husband maseh outstation lagi uhuks)
aku tertengok atas meja..
ada 4 kad jemputan perkahwinan ahad nih (1 May 2011)..
wahh , banyak je jemputan.. dekat-dekat pulak tu tempatnya
*punah harapan diet untuk ke 1000 kalinya hahaha*

Buka facebook.. oh ada lagi 2 jemputan secara cyber..
nampaknya kena adjust "jadual perjalanan" 
lepas tu tengok pulak komen-komen kat wall jemputan..

"wei, mana kad kahwin ko?.. kalau takde, aku tak nak pergi!"

" tak mainlar jemput dalam FB nih, aku nak real kad"

"oit nak save bajet ke jemput dalam FB jek?"

wahaha kemain lagi masing-masing nak "real" kad
teringat masa aku nak kahwin dulu
 aku jemput orang guna pelbagai method..
"real"kad kahwin, facebook, telefon, sms,
 jemput pakai mulut pon ada..

Pada aku, tak semestinya kahwin kena jemput 
HANYA dengan kad..
yes, nampak lebih proper bila jemput guna kad..
Tapi tak salah kalau guna kemudahan 
yang dah sedia ada kan?
Macam facebook.. most of people ada facebook.. 
hari-hari buka facebook
Jadi lebih senang sampai beritanya ye tak?
"Jemputan" tak kan hilang ditengah jalan *pakai pos*
Even dia jemput thru facebook sahaja doesn't mean 
"ajak-ajak ayam" kan
 *intention terpulang pada yang menjemput*

Rasanya tak perlular nak keluarkan perkataan.. 
"Kalau takde real kad, taknak pergi"
The funny part is yang keluarkan perkataan tu orang yang paling rajin melepak kat rumah bride to be.. 
Kenapa kalau takde kad tak nak pergi pulak?.. 
Unless tempat majlis tu haram ko tak pernah jejak 
& confirm sesat..


Dan
orang jarang nak simpan kad kahwin orang lain 
Selalunya setakat untuk tengok "kecantikan" kad,
untuk tengok map ke tempat majlis.
 Lepas tu Insya Allah, ia akan terperuk dalam dashboard kereta 
atau biar berabuk dalam laci bersama-sama kad terdahulu..

Ni sekadar pandangan aku, masing-masing ada pendapat sendiri kan =)

p/s: Sometimes bride to be akan EXTRA sensitif
 esp dekat-dekat nak kahwin.
So please mind your words toward them ;)

Tuesday, April 5, 2011

Tips for bride to be II

Salam & hello semua!

Aku nak share perasaan yang suka meng-usha blog yang review pasal kahwin. Eventhough nak dekat setahun kahwin, tapi aku sangat suka. Tak tau ah ex-bride to be lain.. kot2 ada tak penyakit sama cam aku nih hehe. Hasil review tersebut, meh aku share lagi few tips for bride to be. Kira ini sambungan tips for bride to be yang first dulu. Pada yang belum pernah baca, sila tekan SINI .

Aku bukanlar expert sangat bab-bab nikah kahwin ni tapi memandangkan aku dah kahwin.. nak gak ah share beberapa tips..

1) Kursus pra-perkahwinan ni memang WAJIB kena amek for those yang nak kawen (muslim). tapi ada je yang belum terpikir nak kawen pon pegi kursus nih.. kengkonon sebab ada geng meramaikan majlis heheh. But pada pendapat aku kursus kahwin sangat patut pergi masa betul-betul nak kahwin. Bukan apa, memang banyak info tentang rumahtangga sepanjang kursus 2 hari tu.. Camne kalau korang pegi kursus kahwin masa umur korang baru 19 tahun tapi umur 29 tahun baru kawen.. Korang ingat ke apa yang dicakapkan ustaz masa kursus kawen tu?.. Btul tak?

2) Ujian HIV pon mesti diambil oleh bakal pengantin. Ujian HIV ni laku untuk 6 month aje dari tarikh korang wat ujian tu. Kalau HIV positif tak leh kahwin tau. Kalu sesapa yang test positif tak silap aku kena kaunseling kat situ. Kejap je ujian HIV nih, tak sampai beberapa minit dah siap surat untuk bawak ke pejabat agama. Usually nurse akan seal envelope tu, kata SULIT. tapi aku dengan tunang (skang husben) gatal tangan nak tengok hahaha..

3) Prosedur kat pejabat agama kena settle ikut negeri lar. Isi semua borang lepas tu prepare serba sikit beberapa soalan seperti;

- mengucap kalimah syahadah
- betulkan bacaan doa qunut
-  rukun iman& islam
- tanggungjawab suami isteri
- dan beberapa soalan yang basic.

4) Selain tu, untuk bride yang free hair sila jangan basuh rambut pada pagi wedding.. sebab rambut akan lembut dan susah nak disettingkan.. Kalu malam sebelum tu, takpe..

5) Kalu pegi wedding fair, sila amik seberapa banyak pamplet tentang bridal. Jangan terus booking. Balik rumah, compare first.. tengok budget then baru pergi sana balik dan booking. Selalunya masa wedding fair akan ada banyak offer yang murah sikit dalam rm100-200. Memang tak banyak but you can save alot there.
6) For bride XXL plus size, please make your own wedding dress. No discrimination here tapi kalu pegi mana-mana bridal jarang atau takde wedding dress yang cantik for XXL plus size. Yang ada usually a typical baju songket bunga tabur. Daripada pakai je baju yang ada tapi hati dok memberontak tak best jugak kan?.. kata big day suppose your happiesttt day.

7) Berkenaan dengan barang kemas untuk batal air sembahyang.. Ada yang bagi cincin, gelang tangan, rantai. Cam aku dulu, husben bagi gelang tangan & rantai sebab da dapat dua cincin (cincin risik dan cincin tunang). Ada yang suka emas putih & emas kuning.. Aku lebih prefer emas putih. Ramai orang especially makcik-makcik cakap kenapa?.. Kan bagus emas kuning, sesak2 boleh gadai.. Pada aku, barang kemas tu tkan hadiah from husben masa tunang/wedding.. kenapa mesti digadai walau sesak duit camne pon. Betul tak? Sentimental value. Tak ternilai harganya :)

8) Last sekali berkaitan photographer/videographer, advise aku cari yang betul2 suka dari segi portfolionya. Kasi cadangan posing mana yang korang suka, posisi mana yang nampak korang cun/hensem. Sebab majlis wedding tu akan habis, hantaran akan habis dipakai, baju akan dipulang ke bridal, semuanya akan back to normal but gambar/video yang ada akan jadi kenangan sampai bila-bila. The memories tak kan dapat lagi. Jadi silalar cari photographer yang betul2 best okie? :)


Wednesday, February 9, 2011

tips for bride-to-be


Helo! since aku penah jadi bride.. meh aku share beberape important tips for bride-to-be :)

1) sila pastikan date n tempat korang nak wat majlis dah confirm. its very important okeh sebab dr situ leh tentukan budjet dan preparation semua. aku dulu nak sgt nikah kat masjid.. tapi kat masjid2 kat jb tak bagi bawak hantaran masa nikah kat masjid.. boleh bawak duit mas kawen dan duit hantaran saje. jadi orang advice bawak hantaran yg lain2 tu masa sanding.. family tak bagi sebab yelar masa sanding kan ramai orang.. takot ade pulak barang hantaran kena rembat (pengalaman sedara-mara sebelum nih).  pasal date pulak, depends kat korang ah. ade pilih date sebab nak same dengan date kapel ke date besday ke tapi dulu aku pilih date tak sama dengan cuti sekolah atau public holiday. sebab time tu ah ramai bebenor nak kawen sampai tak dapat datang lar sebab sedara kawenla, jauh sgtla, kucing nak beranakla. aku pon penah bg alasan sama sebab tu xmo kawen time cuti sekolah n cuti umum ;p

lagi satu tempat sanding.. skang ni trend ramai nak kawen kat dewan.. senang katanye.. leceh wat kat umah.. ni depends pada budget, jemputan dan keluasan umah. kalu budget besar leh wat kat dewan besar, ade aircond. dan sila pastikan dewan tu bersesuaian dgn jemputan. Aku penah dtg wedding kat dewan.. Masya Allah, ramai sgt sampai xde tempat org nak duduk makan. Sudahnye aku mkn cepat2 sebab kesian tgk makcik pakcik yg dok mendiri menatang nasi nk cr seat. sadis sungguh..

2) then its time korang tgk kewangan. ya, aku tau kawen tu sekali seumur hidup tapi xyah ah membazir xtentu hala. memang ah kita ni kekadang berangan2 ( mmg selalu pon hahaha) nak wedding ala-ala rancangan nona a k a orang kaya atau ala-ala artis. tp kena ukur ketebalan poket gak kan? majlis sehari je.. tp hutang bertahun2 btol x?..

3) kalu poket tebal sila hired wedding planner (WP) tp kalu poket ala kadar sila amik kertas dan pen dan mula tulis every single thing pasal wedding korang spt hantaran, bridal mana nak amek, photographer, khemah dan bla-bla. tak cukup lagi, sila tulis sape handle perkara tu.

cth: hantaran- dihandle mak sedara A
       kek pengantin- dihandle adik sepupu B

so, nnti tak de ah gelabah mane nak cari sape if x dpt settle perkara tu kan?

4) citer pasal hantaran. mostly orang guna duit hantaran for belanja kenduri. so, dari duit hantaran korang dapat tu, dah boleh budjet for kenduri. biasanye tak cukup jd kena tambah duit sendiri n parent la kan hehehe. hantaran yg lain tu macam kasut, perfume, handbag etc korang leh start beli ms YES atau masa sale. ada orang nak demand lebih bab2 hantaran ni as if lepas kawen dah tak dapat dah kasut mahal, perfume mahal dari husband. konon terpengaruh dengan orang yg unhappy with their marriage. tolong ah jgn sempit pemikiran. aku ni ha da kawen dekat sethun kot.. alhamdulillah rezeki murah lepas kawen walaupon kami xde ah senang sgt.

cth: dah korang mintak beg LV tiap2 bulan memang ah xdpt.. apa, mak bapak korang belikan handbag LV tiap2 bulankah untuk korang sebelum nih? pikir-pikirkanlar.

5) its very important untuk test make up seblum kawen.. yelar air tangan mak andam nih berbeza dari yang lain. tak rugi melabur rm50-70(standard kat jb) untuk korang rs konfident masa hari wedding. ada yg suka mak andam pompuan, ada yg suka golongan "lembut". tp aku prefer mak andam pompuan.. esp masa nikah.. dah amik air sembahyang kan.. taknak ah "mak andam" yg batalkan air sembahyang pulak dan bukan bakal suami masa kiss dahi hehehe.

6) doorgift ialah salah satu important thing masa wedding.. ada yang bagi telor pindang (for johorean esp), gula-gula for kids, coklat, cupcake, potpuri etc. kalu korang rajin pegi wedding, mesti dah banyak collection kipas, sapu tangan kan? kan? terpulang ah kat korang nak yang mana tapi kalu byk sgt bagi kipas dan sapu tangan pon.. setakat nak penuhkan goody bag n lepas tu orang simpan terperuk berabuk dalam laci pon x guna gak. cam masa aku dulu bagi telor pindang, bahulu n gula2 je. org makan kenyang heheh.

7) sila ignore mulut-mulut longkang yg kata pilihan warna tak sesuai ah, takde seri ah tak uptodate ah. dah nama pengantin kan, seri nye mesti ade. walaupon ko pakai baju kaler kelabu ke coklat ke. sila anggap je orang cam tu jeles. hahaha. dah majlis kita suka hati lar nak pakai baju kaler pon, pesen camne pon kan.

8)  soal jemputan.. usually perkahwinan melayu memang ramai dijemput. kadang-kadang sampai terlepas pandang fews name. sebab tu ade yg tag kat fb. tp terpulang gak kat korang. ade yg suka guna teknologi saje, guna kad saje, ada last minit masa 2,3 hari nak kawen g kedai jumpe org.. tak kan xjemput kan.. tapi jemput mulut je sbb kad dah abes huhuhu.  aku tak berapa paham konsep mulut longkang "kenapa tak bagi kad kat si A, si B?". err. sape yang nak kawen nih? aku ke engko? hmmm dah majlis kita kan.. terpulang ah kat kita nak jemput sape kan. ada orang yang aku nak ada opkos aku jemput.  kadang-kadang aku tengok ble time-time nak kawen nih org yg paling bagi dugaan ialah orang yg rapat dgn pengantin. seriously !

9) sila fokus gak pasal kad kawen. Seriously aku cakap sila jgn membazir.. trend skang ade yg guna cam kertas keras, riben-riben bagai, tulisan emas. Ya, kalu mampu ape salahnye tp orang yg dapat kad tu hanya memuji keindahan kad tu masa bukak dr envolope je.. tak pon sampai hari wedding korang.. lepas tu kad korang dah selamat duduk dalam tong sampah ataupon dalam dashboard keta (sebab nak tgk map utk dtg wedding). yg aku percaya masih simpan kad tu hanyalah pengantin huhuhu (sentimental value beb).

10) selain tu fenomena bride shower. well, aku xde masalah dgn orang nak wat bride shower nih. terpulang kan. kira agenda tak wajib. lagi pon tu just nak happy-happy before kawen. tapi masalah nye bila tak wat bride shower ade jugak mulut-mulut yg longkang ckp "erk? too bad xde bride shower.." apakah? ko hingat bride shower tu wajib kah? xde bride shower, x kawen kah?.. well, mungkin dah perasan sgt nk jd mat salleh kot smp xde bride shower pon nak mengutuk. dunia.. dunia..

11) the other thing is spa, manicure & pedicure.. kalu korang nak wat facial, sila wat awal.. paling lambat pon 2 minggu sebelum kawen. bukan ape, selalu lepas facial, muka akan skit sembab. takot kang tiba-tiba jerawat naik kang.. kan haru namanye. dan sila avoid manicure & pedicure 2 weeks before kawen.. sebab inai susah nak lekat kat kuku. unless kalu korang xnak pakai inai.. pakai cat kuku hehehe.

12) sila hired bridal house yg ade pengalaman. Majlis korang bukan satu experimen utk mereka test-test market okeh. Tengok testimonial bridal house tu. X pon google nama bridal house tuh. Cr yg btol2 dah ade pengalaman dr pelamin, meja pengantin, make up dan bla-bla. One more thing sila test baju pengantin dalam few days nak kawen. Test dgn pakai korset dan girldle okeh. Test duduk, diri dan jalan-jalan sket. Biar penat sket tapi yg penting masa wedding kita enjoy pakai baju bridal tu..bukan sesak nafas dok pikir bile nak tukar baju hahaha.
majlis kawen ni sekejap je.. tapi life lepas kawen Insya Allah selama-lamanya.. better fokus life lepas kawen.. korang ada ape-ape tips nak tambah? ;)