Followers

Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Saturday, March 10, 2012

Happy Birthday Sayang!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

sorry pix kabur, aii pakai kamera murah je hihi

Happy 30th Birthday my dear Husband!
Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa menjadi somi yang penyayang dan bakal ayah yang terbaik. Amin Ya Rabbal Alamin.

I Love You!

p/s: malam tadi dah makan kek sikeret resepi. arini tunggu en somi nak makan apa pulak.  tengah pikir lagi katanya hihi. layankanlah birthday setahun sekali hikhiks ;)

Tuesday, March 6, 2012

Lagu Promo Walimatulurus Lisa Surihani & Yusry

Assalamualaikum wbt & hello peeps!

Gara-gara tengok promo kisah cinta & nikah 
Lisa Surihani & Yusry KRU kat Astro Ria
terus jatuh hati dengan lagu nih ;)

Naif - Kerana Kamu Cuma Satu

Alahai sweet muwit.. 
Teringat en somi bila dengar lagu nih hikhiks 
*gediknya aii*

Wednesday, June 22, 2011

Pergunakan kekasih?

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Korang pernah lihat situsi begini?.. Ramai sangat dikeliling aku menjadi mangsa "kikisan" si kekasih seperti situasi bawah nih..

Situasi 1: Membenarkan si kekasih memandu kereta korang.. dengan alasan tak perlu susah payah cari kereta dan malas nak driving.. Disebaliknya si kekasih bergaya seolah-olah kereta sendiri dan bawak lelaki/perempuan lain..

Situasi 2: Demand mahu baju yang mahal, henfon terkini dipasaran, makan ditempat mewah.. Bercitarasa tinggi padahal poket kosong. Ouch! Jika tidak, ugut mahu putus hubungan.. Si kekasih pulak tidak berduit sebanyak tu.. kelam-kabut keluarkan duit simpanan.. pinjam sana sini untuk menjaga hati si kekasih tadi..

Situasi 3: Membiarkan kekasih menanggung segala perbelanjaan dating sepanjang masa.. padahal si kekasih bayar pun pakai duit pinjaman belajar. Belum kira lagi dok supply topup henfon untuk si kekasih.. *patutnya sama-sama lah kalau masih belum bekerja*

Hello, jangan HAMBA CINTA. Cinta sepatutnya give and take.. Nak berkorban segalanya pun belum tentu dia jadi kawen dengan korang.. Cinta bukan alasan membiarkan diri dipergunakan. Kepada si pengikis.. Carik duit sendiri.. kalau takde duit toksah nak menempel duit/harta orang hokeh . Sekian ^^

Sunday, June 12, 2011

.....


My sunday is EMPTY without u sayang! Cepatla balik outstation! 

Tuesday, May 31, 2011

Tempat Cari Pasangan Hidup?

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Korang tau tak sebenarnya dalam life kita seharian nih.. kita terdedah dengan tempat-tempat yang berpotensi untuk mencari pasangan hidup.. Ops! Ni hanya sesuai untuk mereka-mereka yang masih single. Yang dah kawen/berpunya sila jangan pasal heheh. Meh kita check satu persatu..

1) tempat belajar
tak kira samada di sekolah, kolej, universiti malah tempat tuisyen sekali pun, memang senang nak cari pasangan kat situ.. Tujuan utama mencari ilmu dan sambil menyelam air usha keliling mencuci mata tengok lelaki/pompuan kan? Kalau tak percaya, cuba tengok kat tempat-tempat nih.. mesti ada couple yang jumpe pasangan kat situ.. Dan ada yang berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.. Alhamdulillah. Bukan cinta monyet ;)

2) tempat kerja
Memandangkan dalam sehari kita habiskan masa almost 8-9 hours kat pejabat maka tak mustahil untuk bertemu jodoh kat sini.. Lebih-lebih kalau selalu lepak makan reramai, family day.. Memang merapatkan "silaturahim" la.. Mesti ada dikalangan korang yang jumpa pasangan bercouple atau suami isteri satu office kan.. *en suami dulu  my  exofficemate masa mula-mula kenal ;)*

3) kenduri kahwin
Dah pergi kenduri kahwin.. selalunya mesti nak datang berpasangan tak pun bergeng dengan member-member. Jarang kot orang otai datang sensorang.. Kalau yang belum ada couple/kawen tu mesti ada makcik-makcik, akak-akak saudara dok mematch sesapa yang masih single lagi tu kan heheheh.. Lagi satu, selalunya kenduri-kenduri nih memang ramai lar lelaki/pompuan pakai cantik-cantik. Seronok cuci mata. Haip! jangan kata tak ek? Aku pernah bujang dulu ekekeke ;)

4) alam cyber
Yang nih tak yah cerita ah.. Mesti ada dikalangan korang terjebak dengan cinta internet nih?.. My BFF dah bertunang dan akan naik pelamin hujung tahun nih hasil "tangkapan" cinta internet hokeh. Tak silap aku dorang kenal kat "Tagged".. Tapi TAK semua ah cinta internet nih boleh pakai. Ada yang suam-suam kuku je.. ada yang suka-suka je nak spent masa..Yang penting jangan cepat jatuh hati dengan orang yang belum pernah jumpa nih..

Korang rasa ada lagi tak tempat nak cari pasangan? Jom share.. Kot-kot nak share pengalaman sendiri pun takde hal ^-^

Saturday, April 23, 2011

Tanda-tanda lelaki tu LOSER..


Salam & Hello peeps!
Kita kembali dengan segmen cinta ye hahahaha.
Aku listkan beberapa tanda-tanda lelaki tu seorang LOSER..
Seperti;

## lelaki yang gunakan korang untuk kesenangan sendiri
pergunakan korang dengan selamba.. melantak duit korang tanpa segan silu, balik-balik korang je kena call, kena belanja makan lar, tengok movie ah, pastu buat keta korang cam harta mak bapak dia je. Ade yang lagi teruk pau gf rokok dgn top up henfon.
 
## lelaki yang selalu melengahkan masa utk kawen dgn korang
Lain ah kalu maseh study lagi ke baru keja ke.. tapi kalau dah bertahun-tahun together.. tapi tanpa sebarang inisiatif untuk kukuhkan hubungan.. Alasan takot dikecewakan atau tak sedia lagi takleh pakai dah.. Kalau betul-betul sayang, takde maknanye nak lengah-lengah..

## lelaki yang tak mahu kenalkan korang dekat kawan-kawan/family dia
selalunya kalau seseorang nak serius dalam relationship mesti dia akan kenalkan gf kat kawan-kawan/family. Melainkan nak wat stok "kekasih gelapku" atau skandal je..

## lelaki yang ayatnya terlalu manes dan pandai putar belit ayat
dia selalu saketkan hati korang.. macam-macam dah dia buat tapi bila dia pujuk balik.. end up korang sambung balik relationship dengan dia. dengan harapan DIA AKAN BERUBAH..

## lelaki yang utamakan kengkawan secara berlebihan
pada dia, kawan penting dari segala-galanya. Main futsal, lepak, main game.. Tapi gf penting gak LOL. Esok kengkawan semua dah kawen, ko nak kawen dengan sape?..

## lelaki yang terlalu mengongkong
kepercayaan tu sangat penting ah. Kalau asek mengongkong, asek was-was baik takpayah couple..

## lelaki yang suka bermain perkataan “break off”
sangat tak matang.. lepas tu tak sampai beberapa lama, menangis merayu-rayu macam nak mati minta rujuk. Tolong ah. Bila tengah hangin, nak break off la take off la. Bila dia nak cold, baru nak mintak maaf. Helo, ingat gf ni barangkah? Takde perasaan?

## lelaki yang selalu sangat cerita pasal ex-gf dia
nampak sangat tak leh lupa ex-gf lagi. Spesis ni kalau ex-gf pujuk balik confirm cakap bai-bai kat korang..

## lelaki yang tak menghormati kaum perempuan
kalau dorang jenis dengan mak sendiri pon melawan, maki hamun.. sila tinggalkan ah lelaki camni. Dengan mak sendiri pon tak reti hormat.. takde maknanyer dia akan hormat isteri bila kawen nanti..

p/s: TAK SEMUA lelaki seperti digambarkan diatas ye.
Ni dari pemerhatian aku je :)


credit: Blog Kupu-kupu =)

Thursday, April 21, 2011

Perkara yang pompuan TAK SUKA bila bercinta..


Salam & Hello peeps!

Sejak dua-tiga menjak nih, aku da jadi cam kaunselor peribadi dengan few BFF.. dengar masalah cinta dengan boyfren memasing tentang beberapa perkara yang
TAK SUKA bila bercinta nih..
seperti;

## si dia mulakan semuanya.. ngorat-mengorat, amik inisiatif pelbagai usaha untuk menackle pujaan hati. sanggup susah payah bagai... ayat manis berbungkus-bungkus tahap kalu semut makan pon bleh mati kena diabetes
TAPI
bila dah beberapa ketika bercinta dah start tunjuk true color.. berubah sikap, ambil lewa dan end up pompuan yang akan berusaha untuk jaga relationship..

## bila dengan girlfren.. bukan main lagi mengada-ngada, manja mengalahkan budak kecik,
liuk lentuk cam sotong terkeluar tulang 
TAPI
 bila depan kengkawan control macho, control hensem.
 Amat jarang ye nak panggil sayang-sayang.
Cakap pon nak control memanjang..
Tak nak nampak "lembik" kot??

## masa mula-mula bercinta, bukan main lagi hantar sms.. memanjang je nak 3G, call sampai berjam-jam.. dalam facebook pon bukan main asek bagi komen berjela-jela
TAPI
setelah beberapa ketika bercinta ayat-ayat sms dah makin kurang.. seperti;

mula-mula bercinta     : okays sayang.. i love you..
1 bulan bercinta    : ok syg.. luv u..
6 bulan bercinta     : k syg..
setahun bercinta     : k..

lama-lama dah tak reply teros sms.
bila tanya busy la. tak sempat tengok henfon.
 Padahal kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih LOL.
otw g toilet bleh sms hape?..

## dalam diam-diam cuba ubah girlfren jadi org lain..
jadi orang yg dia suka.
kan lebih baik carik je pompuan seperti tu..

  cth 1: paksa pakai skirt labuh padahal si girlfren ni punyalar tak suka. Kan lebih baik cari aje org yg pakai skirt labuh dari ubah jadi org lain ye tak?

cth 2: suka girlfren lepak dengan dia je. Takleh dah nak hangout dengan geng-geng.
Helo. Blom kawen lagi kot dah control bagai.. ape cer?

## rasa girlfren dah jadi "hakmilik" jadi suka-suki dia je. Kalau tak ikot, mulalar kata..
"Awak nih tak memahami saya langsung!.."
Pandai putar belit ayat sungguh
supaya si girlfren rasa bersalah..


## kata sayang TAPI kenapa dia paling selalu buat girlfren menangis? Errrr..


p/s: TAK SEMUA lelaki seperti yang digambarkan diatas yer.. Ni sebahagian dari kompilasi cerita aku kumpul dari BFF.. maybe ada yang pernah terkena kannnn ;)

Thursday, April 14, 2011

Bila Ex-boyfriend kahwin..

Salam & Hello peeps

Hangat tak hangat ah tajuk kat atas ni kan..
Cerita nye gini, semalam bestfren aku tetiba msg aku..

BFF: wei, ex-bf aku kawen ah sabtu lepas..
            Aku : exbf ko yang mane? ko kan banyak ex bf hahaha
BFF: ala yang last.. MR R lar.
Aku: omaigod!!!! dia kawen???

The reason aku terkejut cam nak rak tu sebab..

1) aku orang yang paling rapat dgn bff aku nih. yelar kata bff kan. jadi semua perjalanan cinta dorang dari tackle-menackle sampai break off semua aku tau.

2) Ex-bf dia ni memang kemaruk cinta abes dengan bff aku nih sepanjang mereka bercinta. Sanggup amik mc walaupon baru 2 hari keje semata-mata nak antar bff aku kat puduraya nak balik kg.. sanggup duduk kat mamak main game farmville dgn cafe world dari pagi sampai petang semata-mata tunggu bff aku g interview.. dan macam-macam lagi ah kesanggupannya tu..

3) Mereka putus atas alasan yang tak munasabah. Hanya sebab bff aku tegur dia sebab sikap endah tak endahnye. *ade sesetengah lelaki ni kurang sifat sensitiviti* lepas tu terus ex-bf dia diam seribu bahasa. takmau dah cal. takmau dah reply sms. even nampak online YM pon bila bff aku tegur, dia buat bodoh je. Bila cal ex-bf minta time off. kengkonon belom ready nak komitmen. Apakah???? *aku plak yg emo*

4) After a month, ex bf dia dok senyap je.. bff aku pon cal lar tanya apa status dorang sekarang.. Couple lagi ke? da break ke?.. nape gantung tak bertali nih?.. Boleh tak exbf dia cakap..

"Kita break je lar. saya bukan untuk awak. Kita tak sesuai, kita jadi kawan biasa lar. Lagipon saya taknak ade komitmen sekarang"

Huh.. sesedap mulut je cakap. Kalu dekat maunya aku bagi flying kick satu. *sekali lagi aku emo terlebih hahaha*

5) Lepas dari tu, ex bf dia ni langsung tak dengar cerita.. Setelah beberapa bulan.. tup tup dengar dia kawen!!!!!

Secara kesimpulannya untuk cure rasa saket hati tahap gaban tu,

*** Please STOP STALKING exbf punya facebook, blog, twitter atau apa-apa sahaja seangkatan dengannya. Selagi dok stalk ex punya laman sosial tu, secara tak langsung hati sendiri yang saketkan. Apalagi tengok pic kawen dia yang pelbagai posing tu.

*** Kena MAAFKAN exbf. Yes, memang susah sebab kengkadang cakap kat mulut tak sama dengan hati. Kena let it go. Dalam life ni, tak semua orang akan stay dengan kita the whole life. People come and go. Dari situ we learn menilai hati orang.

*** Mengadu dengan Allah s.w.t. This is the best medicine! Tak ade ubat lagi baek dari mengadu dengan Allah s.w.t. Jangan ah bila dah cam nih baru carik sejadah. Selalu doa mohon tabahkan hati, minta petunjuk yang baik. Insya Allah, hati kan selalu tenang.

*** Dah namanya exbf, yang pernah masuk dalam hati. Sket sebanyak pon mesti ade sket rasa tersentuh kan? Tapi dia dah kawen maknanya ternyata bukan jodoh korang. NOKTAH.
*** Ada lagi tips-tips heart broken aku pernah bagi kat entry ni.. sila tekan SINI 
Jom dgr lagu bawah ni.
Aku suka lagu nih esp tengah down.
paling suka lirik yang last sekali
"Menyerahlah untuk menang"
-very meaningful-
Dewa Hadapi Dengan Senyuman

Hidup terlalu singkat untuk menangisi orang yang tak mungkin akan membahagiakan kita. Chill babe! =)

Tuesday, April 12, 2011

Lagu Super Comellll !

Salam & hello peeps!
Ak nak share lagu yang pada aku SUPER COMEL
*lagu pon ade rupa hahaha*
sukaaa sangat
sesuai untuk lagu tema di hari kahwin..
aku dedicate lagu nih untuk encek husben tersayang ^^



Auburn - Perfect two

Saturday, April 9, 2011

Terjebak cinta internet?


thx mr google


Salam & hello peeps.

Ada tak dikalangan korang pernah terjebak dengan cinta internet?..
Tak kira lar samada cinta geli-geli (skandal),
cinta serius tak pon cinta putus di tengah jalan..
Aku rasa ramai kot.
Lagi ah zaman orang pakai komputer ni kan?..

Dulu masa time sekolah dan mula-mula masuk universiti, tak macam sekarang.. Mana ada Facebook, Twitter, Ym..
Friendster pon belum wujud lagi..
Yang ada masa tu MIRC..
Haaa korang pernah dengar tak?..
Aku rasa budak-budak batch aku
yang lahir awal 80an- pertengahan 80an mesti tau..

Channel Kampung.. Mamak.. dan beberapa lagi..
aku pon tak berapa ingat dah..

Yang femes masa tu stail im, A/S/L = Age, Sex, Location.
Aku pon pernah terjebak gak dengan MIRC nih.
Tapi kemudahan terhad sangat.
Masa tu umah takde internet, cc pon bukan banyak cam sekarang..
Internet masa tu dikira maseh mahal ah kalu nak guna.

Bila lama-lama, dah makin canggih.. Friendster.. Myspace.. Tagged..
Sekarang budaya Facebook dengan Twitter takyah cakap ah.
Rasanye sape yang xde memang ketinggalan zaman..

Aku pernah terjebak dengan cinta internet okay,
tapi tak lar sampai tahap kahwin.
Tahap bercinta hangat-hangat tahi ayam je hahahaha.
Ada jugak kengkawan aku yang jumpa jodoh dalam internet. 
Yang penting, jangan percaya sangat cinta internet ni.
Kena check betol-betol. Kang ada yang jadi "Tipah Tertipu" ;)



Wednesday, February 16, 2011

Putus Cinta


Salam Maulidur Rasul! Baru-baru nih aku terjumpa member lama aku.. dia meluahkan rasa kecewa sangat.. rupa-rupanya baru putus cinta.. Sedih, kesian gak aku dengar luahan rasa dia.. Dan aku percaya ada dikalangan kita yg penah putus cinta dengan bf/gf kan.. Rasa sedih meraung, kecewa amat, marah sakan dan mcm-mcm lagi ah. Tapi dalam byk-byk rasa tu,  selalu rasa sedih akan "kongker" hati sebenarnya. Memandangkan aku penah melalui saat-saat tu.. meh aku share beberapa tips untuk mengurangkan rasa tak best tuh;

1) jangan dengar lagu cinta yang mendayu-dayu.. meratap-ratap minta kaseh dari ex korang tuh.. Tukar lagu-lagu yg ade unsur sedih dalam modulater keta, dlm lappy, mp3 atau kat mane-mane ah yg korang selalu dgr lagu.. tukar pada lagu-lagu yg beri semangat..

cam lagu:  I'll survive- Cake
                  Hadapi dengan Senyuman-Dewa19
                  Hey Ladies-Rossa dan byk lagi..

SEBAB lagi banyak dengar lagu sedih akan wat korang terkenang-kenang ex korang yg tak berhati perut tuh.

2) sila buang semua sms/mms/email ex! walaupon hanya tulis"good morning sayang".. sebab nanti jari korang akan gatal-gatal nak tgk sms dlm inbox fon tuh.. sila buang semua barang yg ada kena mengena dgn ex korang.. kalu maseh sayang lagi barang-barang cth cam teddy bear ke sila sedekah je kat adik sedara korang. at least dpt gak pahala hehehe.

3) ni lar masanye utk korang luaskan "pandangan".. aku bukan suruh korang kapel dengan segera tapi masanye untuk berkawan seramai boleh.. maybe dulu masa kapel korang takleh berkawan sesuka hati mak bapak korang.. but sekarang dah single.. apa lagi.. Enjoy ah! hehehe. korang leh spent lagi byk masa dengan kengkawan n family.. do something yg best cam window shopping ke men futsal ke men paintball.. kan best tu dari dok meleleh airmata huhuhu..

4) tolong jgn nampak terlalu kecewa dengan ex korang tuh.. seperti beritau org (bukan seseorang yg dipercayai) pasal ke"frust"an korang.. kalu orang tanya..

bagi je jawapan ala artis, "saya no komen. mungkin dah takde jodoh" hehehe.

ada jugak yang tulis rasa kecewa sebab putus cinta kat status fesbuk/twitter. ya, aku tau tu hak korang.. tapi bila ex tgk status cmni dorang akan rasa bagus.. rs korang tak dpt idup tanpa dorang.. seriusly, nmpak korang sgt lemah tanpa cinta..

5) ada jugak bila putus cinta.. trus gunting rambut pendek.. konon dulu rambut yang panjang berjurai-jurai tu pujaan ex korang.. okay, its good utk korang nak start a "new brand".. tp jgn wat terlalu drastik.. cth dulu rambut panjang sampai pinggang tapi bila break off je trus gunting sampai pendek cam lelaki.. tak perlu.. patut korang wat fesyen terkini.. digital perm ke.. pesyen tudung terkini ke haa.. br ternganga ex korang tu tgk ke"cun"an korang heheh.

6) the best solution ialah dekatkan diri denganNya.. mohon agar diberi petunjuk yg terbaik.. sebab kekadang kita ni akan lebih ingat Dia bila time susah (pesanan untuk mengingat diri sendiri gak).. bunyi cam klise tapi memang ada hikmah disebalik putus cinta ni.. cuma lambat atau cepat je..

putus cinta memang perit.. tapi sebenarnya tu ialah satu permulaan utk korang mendapat orang yang lebih baik.. lagi satu, jangan sebab putus cinta.. korang da tak nak bercinta lagi dah.. alangkah rugi nye hidup disia-siakan dengan airmata untuk menda yang tak pasti.. kalu korang ade other tips utk cure rasa putus cinta nih.. bleh share kat sini gak :)

Friday, February 11, 2011

Perangai pelik masa bercinta


Helo ! Rasanya kita semua dikelilingi dengan orang bercinta. Samada diri sendiri, kengkawan, adik-beradik dan ramai lagi kan. Kalau korang perhatikan perangai-perangai orang bercinta nih memang kelakar, pelik dan kadang-kadang nmpk memalukan. Ada yang nampak begitu kemaruk, obses, cool dan macam-macam lagi ah. Antaranya:

1) Ble gaduh dgn bf, mula ah sent sms "I Hate You!"atau "I x kire, nak break jugak!!"atau "Saya nak putus dengan awak!!!" tapi lepas sent sms, hp disilentkan.. mata dok nengok je hp. kot-kot si bf cal/sms balik memujuk rayu  lepas tu kalu si bf wat bodo, antar lagi sms-sms ugutan. tak cukup lagi tu.. cal member, abg, kakak sibf/gf. kalu xde respon gak, off tepon. lepas sejam on hp balik tgk kot2 si bf hantar sms ke ade notification miscal ke hahahahahahaha nampak cam b*ngang je. tapi dah selalu dah aku nengok kes begini hehe.

2) Usually ble bercinta nih, semua berjanji susah senang together. Nk setia abes. Tp aku xckp semua, ade gak segelintir yg suka ber"flirt"ing. Yg terlalu ikot hati pon x bagus jugak. Blom tentu jd laki/bini. Ada yang jadi tersangatla pemurah. Bile dapat je duit loan mula ah bershopping sakan. Kalu untuk diri sendiri satu hal jugak. ni tak dok membelanja si bf/gf dgn hadiah-hadiah dan belanja makan mahal-mahal. yg paling sadis sekali ada yang 'menanggung" bf/gf sepanjang semester sebab kekaseh hati xdpt duit loan..

Aku rs xsalah nak membelanja org lain tp pikir-pikirkanlah engko tu maseh study.. jd berpada-pada. Mak abah sendiri pon belom merasa duit korang.. korang dah melabur kat si bf/gf.. Ade jugak yg kereta mak abah belikan tp bg si bf/gf yg guna. Ble dia nak g kelas atau jalan-jalan, br cal bf/gf "tolong" amik.. Konon malas nak drive n susah parking. Padahal si bf/gf sedap je melanyak keta tu.. ntah2 angkut "skandal" baru huahuahua..

3) bila dah kapel, ade gak yg mula lupe kawan. Dulu masa single-mingle bespren ah teman suka duka.. tp bila da kapel dgn bf/gf mula ah berkepit dgn bf/gf sampai lupe kengkawan. Siang mlm dok bertentang mata. Bayangkan ah masa lepak dengan kengkawan pon bwk bf/gf.. Dah xleh berenggang langsung.. Aduyai. Nasib ah xleh dok satu umah sekali, kalu x memang "melekat" tros kot huhuhu.

4) ada jugak yg jenis mengongkong.. tau ah dah sayang bebenar kat partner tu tp tolong ah bg napas sket kat dorang. Dlu ex-roomate aku kne wat "report duty" kat public fon kat kolej kediaman. dan mesti guna "public fon yg same dan waktu yang same setiap hari.. hahahaha obses kan?..

5) Ada jugak yg nak satu dunia tau mereka bercinta.. dalam satu hari berderet -deret ayat-ayat cinta kat wall fesbuk either si bf/gf. Apa korang dah xde hp ke nak tunjuk kasih sayang, cinta bagai kat situ? contoh macam "I love u sayang.. xsabar nak jumpe u lg 5 minit.." atau " U're my everything to me, honey" tapi bila bergaduh pon dasat gak. kalah orang dah kawen. segala maki hamun kat status, wall fesbuk si bf/gf. Pastu tros tukar "relationship status" ke single. nak orang komen ah tu.. "eh? nape break? korang kan loving kapel.." atau "jgn ah break.. korang sgt sweet.."

perghhh. sampai dah bleh agak dowh pada komen orang hahahaha. Beberapa jam lepas tu, status bertukar "in a relationship with....". Wahhh! da berbaek semula! Penat je meleleh air mata.. Sungguh tipikal drama melayu hehehe..

6) ckp pasal fesbuk ni gak.. tak ketinggalan gak gambar-gambar pipi bertemu pipi, berpeluk-peluk dan caption nye.. "bee sayang ney.. Ney sayang bee tak?" atau" I miss u little munckin"..  padahal si bf/gf punyalar "little" kan.. wahahaha. kalu tak kawen jugak, aku xtau la nak kata ape huhuhu..
Well, semuanya terpulang kat diri masing-masing. Nak bercinta memang tak salah. Tapi guna ah akal pemberian Tuhan. jangan dok ikot feeling je ;)

Wednesday, February 2, 2011

cinta monyet

Lame x hapdet blog.. dah mula nmpak bersawang sana sini heheh. topik hari ni memang menarik ye kengkawan. rsnye semua org penah bercinta. opps! jgn kata ade x penah. Cinta pada Allah swt, Rasullullah saw, mak, abah, kengkawan pon cinta gak kan..

tapi aku nak cite cinta berlainan jantina. cinta monyet. aku xtau nape dipanggil cinta monyet. maybe sebab dolu org bercinta gayut kat public fon cam monyet kah? hahaha aku pon xsure. aku tau ade dikalangan korang penah bercinta zaman sekolah. maybe ade bercinta sesama kwn sekelas, kwn sekolah, kwn satu bas sekolah, satu tempat tuisyen. especially ble dah sekolah menengah. semangat "kegatalan" mula terserlah. ade yg da start usha mamat2 atau minah2 kat keliling. start berangan bile dgr lagu cinta. berangan hidup bahagia dgn sidia smpai akhir hayat.. padahal ms tuh beli spender pon mak bapak sponser.. aduyai.

aku pon penah melalui zaman "kegatalan zaman baligh" nih. aku dlu keding(kurus), rambut kembang (sila rujuk cerita aku sebelum nih), kulit gelap dek malas nak sapu kerim hazeline snow mak aku beli. walaupon begitu aku tetap berangan2 nak ade bf. dgr kengkawan cte pasal bf masing2, cm best je. kira havoc ah kalu ade bf ms sekolah. ala-ala dah "laku" huhuhu.

aku dlu sekolah semua pompuan, jd xmerasa lar nak usha mamat2 dlm kelas. so masa g tuisyen lar tempat aku menluaskan pandangan heheh.well, dlm buruk2 aku ms tu *bajet skang dah cun hahaha*, ade seorang mamat ni satu kelas tuisyen dgn aku rajin baling pemadam kat aku. pemadam dipotong kecik2, pastu baling kat aku.. siap baling note "saya suka kat awk". wahhh! tang2 tu hatiku bagai penuh dgn rama-rama dan kupu-kupu. hahaha.

xpadan nak spm tahun tuh.. aku "bercinta" sakan dgn mamat nih. hari sabtu ramai2 kuar g kotaraya pastu g cs(masa tu cs paling happening kat jb lagi).. makan mekdi. bf belanja. rasa hangat bercinta dah ms tu huhuh.

naseb baik lar walaupon bercinta time2 nak spm tu, alhamdullilah, result spm aku boleh tahanlar.. dapat masuk matrikulasi. bf aku masa tu result x berape ok.. jd die masuk kolej swasta kat jb.. ble dah masing2 dok jauh, dah masuk kat U, br aku sedar yg sebenarnye pilihan untuk dijadikan bf lebih byk *ok, gatal hahaha*

time aku masuk matrik dlu, penggunaan hp agak kurang lagi. sms pon br org start guna. kalu nak bergayut tu memang xmampular nak top up prepaid selalu. aku dgn bf aku ms tu pon dah jrang contact. *alasan ye kengkawan hehehe* masa cuti semestar, aku balik jb ktorang pon break.. yelar rs tak kemana hubungan cinta monyet nih.. pelik, aku xnangis langsung. maybe masih keanak-anakan masa tu hehe.

ktorang keep in touch for a few years lepas break.. skang masing2 pon dah ade partner. aku pon dah kawen.. dgr cite die pon nak mendirikan masjid gak. alhamdullilah.

flash back ms bercinta monyet umur 17tahun, aku nak lelaki hensem, terer sukan, kengkonon hot, ala2 happening. tp skang umur dah 27tahun, aku nak lelaki yg terima aku seadanya, penyayang, amik berat etc *opkos en somi*. berbeza persepsi aku tentang lelaki dlu dan sekarang. ternyata umur memang mematangkan kita kan? kan? :)