Followers

Wednesday, January 30, 2013

Bila ramai anak...

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Fara memang suka tengok orang. 
Maksud kat sini tengok peel orang. 
Bukan apa, yang bagus kita ikut. yang tak bagus jadi pengajaran.

waaa ayat buku hahaha

situasi 1:

Anak 4 orang. 
6tahun, 4tahun. 2tahun dan baru lahir.
Anak sulung dimasukkan tadika ketika berumur 4tahun.
Sekarang dah masuk tahun ke3 bertadika

yang 4tahun patutnya masuk tadika tahun nih kalu ikut abangnya.
tak dimasukkan.
sebab?
mak dia kata tak perlu. 
umur 4tahun tadika memain je.
tunggu tahun depan.

nampak pilih kasih.
atau mungkin dah mula rasa banyak nak bayar.

pengajaran: 

start plan pembelajaran anak-anak dari mula.
jangan anak pertama je beria.
kesian anak-anak lain tak merasa begitu.

situasi 2:

Ibu yang tak brestfeed. Sepenuhnya FM dari lahir.
Anak 3 orang.
Anak sulung minum susu mamil gold sampai umur 4tahun
**mamilgold susu FM kategori mahal**
Anak no2 minum susu snow sampai umur 2tahun
**snow susu FM kategori sederhana**
Anak no3 minum lactogen sedari lahir.
**dumex lactogen FM kategori murah**

Alasan bila anak no3 minum susu dumex?
Alaa susu semua sama je.
Errr.

Kalau macam tu. Untungnya jadi anak sulung.

Anak-anak tak bersalah.
Mereka tak minta dilahirkan sebagai anak ke2,3,4.

Sama-sama kita pikirkan.



4 komen:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

bila anak dah ramai, kena kurangkan perbelanjaan. biasa nya begitu. tu pun nasib dapat dumex, kalau nespray je? huhuu..

Aty_Fared said...

Betul...aty pon biasa jumpe mcm ni...haaiihh...

ibuhebat said...

tapi kadangkala kita belajar dari pengalaman. ;)

wawa_syazwani said...

setiap keperluan anak tak sama..terutamanya tang susu..huhuhu