Followers

Showing posts with label tv show. Show all posts
Showing posts with label tv show. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Yvonne yang jahat!

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi Jumaat Everyone!

Sejak kebelakangan nih mana-mana aku pergi semua bercerita pasal drama Nora Elena.. Tak kira lah samada kat office atau pun kat internet. Buka facebook ke blog, ramai yang link video drama nora elena, bercerita pasal ke"gentleman" Seth Tan dan ramai juga yang berangan nak husband macam tu.. bagi bunga penuh satu bonet kereta.. Buat surprise bunga kat office.. Sanggup ambil cuti sebab bini terseliuh kaki.. Cool je Seth Tan nih :)

credit: google
Aku tak nak sentuh ah pasal watak Seth Tan atau Nora Elena tapi pasal watak pembantu Yvonne yang dilakonkan oleh Wan Sharmila. Rasanya semua yang mengikuti drama nih akan membenci Yvonne kan?.. Yelar jahat ya rabbi. Bersusah payah nak rosakkan rumahtangga Seth Tan dan Nora Elena. Tapi aku respek betul lakonan dia. Berjaya wei buat orang benci dia. Rasa nak lempang dia cukup-cukup semalam. Hahahaha.. Emo tak hengat aku nih ;p

Dan watak Yvonne ni sememangnya ada dalam masyarakat kita. Penyakit Hasad Dengki. Sakit hati tengok kebahagiaan orang lain. Apatah lagi orang yang dia minati dalam diam berkahwin dengan orang lain dan hidup bahagia pulak tu. Ni lar akibat kalau tak "let it go".. Lepas tu berdendam kaw-kaw. Aduyai, buat apalah nak buat camtu. Hati sendiri tetap sakit.. Tengok watak Yvonne tu stress sampai tak tidur malam.. 

Aku tak dapat cari novel Kasih  Yang Suci tulisan Meen Zulaikha  *drama Nora Elena adaptasi dari novel ni* Sold out sudah huhu. Tak sabar nak tunggu next week sambungannya. Rasanya cukuplar aku membebel pagi ni. Nanti aku update lagi..

Happy weekend everyone! Cheers! =)

Thursday, May 26, 2011

Review Drama: Nora Elena slot akasia TV3..


Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

credit: google
Korang pernah tengok drama slot akasia kat tv3 tak?.. Dulu mula pukul 630 petang tetapi sekarang dah tukar pukul 7 petang.. Dua hari lepas, sementara tunggu waktu magrib masuk aku saja-saja buka tv.. tengok ada drama "Nora Elena".. 

Mula-mula tak berapa nak faham since tertinggal few episode kot.. tapi jalan cerita dia simple.. mudah nak faham.. sudahnya aku tengok sampai pukul 8 malam. Lepas kelam kabut nak solat magrib *nasib baik penang masuk waktu lambat -.-*

Sipnosis: Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan (Aaron Aziz) yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat. Lepas mereka berkahwin timbul pelbagai konflik.. 

Nak tau apa kesudahan, kenalah tengok.. En suami yang jarang nak tengok drama melayu pun melekat kat depan tv tengok okay hehehe *jiwang jugak en suami saya nih hihihi*

p/s: Watak seth tu sangat comel dan kelakar. Tambahan pulak Aaron Aziz yang lakon.. Sukaaaaa mak nokkk ekekekek ;)

Saturday, April 16, 2011

Kenapa AF9 tak best?


Salam & Hello peeps!

Waaahh aku sekarang dah macam pengkritik hiburan pulak.
Inilar ciri-ciri orang selalu usha blog Beautifulnara hehehe
Sambil-sambil tengok Konsert ke-2, AF9 tadi aku dok fikir..

Napa ek AF9 cam dah TAKDE AURA?

Aku rasa sebab;

** Dah tiap-tiap tahun ada AF. Orang dah muak tengok bakat baru yang takdelar berbakat sangat. Harap gosip-gosip cinta antara pelajar, cerita keluarga kat kampung susah, menangis tak boleh bawak lagu, kena marah dalam kelas cam nak rak tapi outcome hampeh.
Kezutan dah tak terkezut dah.
Orang kata dah tak rasa surprise.
Artis datang masuk kelas, artis tetiba join sekali masa nyanyi atas stage, video nak mengusik pelajar.
 Orang dah boleh agak LOL.

** Napelar dulu Aznil Haji Nawawi stop mengacara AF?.. Sebab AC Mizal, Sarimah n Jimmy takde aura ah nak mengacara rancangan realiti yang dulu famous nih..

** Lambakan ex-pelajar AF1- AF8.. Berapa kerat sangat ah yang ada album sendiri. Ramai je yang bungkus balik kampung halaman adalah..

** AF9 nih pentas sempit.. penyokong yang dekat dengan stage tu menyemak je. Dulu AF ada kamera tersembunyi kat tempat belajar, skang ade cameraman dok mengekor student. Apalagi kelas sekarang buat dalam tempat ala-ala akuarium compare dulu dok banglo bagai.. Kengkonon nak dedahkan dorang dengan public tapi lebih nampak astro nak save budget je kuikuikui

** dalam banyak-banyak AF, aku paling suka AF2. BEST!
*dulu aku vote zahid af2 hehehe*


p/s: aku suka lar suara Fina yang nyanyi lagu Jaclyn Victor tu..
(kalu ada pelajar AF gugur, dia memang calon terbaek ah)