Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!
Aina Nabihah Binti Mohamed Fazlee day #3 |
Okay entry nih semua cerita pasal pengalaman bersalin Aina. Fara sepatutnya bersalin pada 2 Ogos kalau ikut buku merah KKIA. Tapi sehingga 2 Ogos memang takde tanda-tanda bersalin. Hari due tu pergi KKIA, doc bagi seminggu lagi sampai 8 Ogos. Kalau tak, kena serah dirilah untuk di-induce.
Esoknya 3 Ogos, masa nak bersahur keluar setitik darah dan lendir. Waa dalam hati dah berdebar-debar. Tapi tak rasa sakit langsung masa tu. Since semalam doc pesan untuk mempercepatkan proses bersalin kena jalan banyak-banyak so hari tuh memang plan nak keluar jalan-jalan temankan suami cari baju raya, kuih raya etc. Sepanjang hari tanda darah dan lendir keluar sikit je...
Pagi 4 Ogos. masa nak bersahur jugak tengok darah dan lendir banyak sikit dari semalam. Suami ajak pergi hospital sebab memang dah overdue kan. Lepas subuh terus pergi Bilik saringan, HSAJB. Doc seluk baru 1cm. Check CTG jantung baby semua okay dan doc bagi balik since umah Fara dekat je dengan hospital. Seluk sakit tak? Okay, memang sakit. Nasib baik doc pompuan. Tangan kecik je masuk. Tu pun sakitttt huhuh.
Jadi hari tuh memang tak puasa sebab risau tetiba bersalin takde tenaga. Masa nih masih tak terasa sakit langsung. Masih boleh makan MCD, tidur, tengok DVD sampailah pukul 1 tengahari. Rasa sengal dan senak kat ari-ari. Tapi sekejap je. Sakit berulang pukul 2,3,4 dan 5. Tapi sekejap-kejap sakitnya. Cam sengugut camtu.
Pukul 530 petang sakit kat bahagian pinggang dan ari-ari makin menjadi-jadi. dari sejam sekali ke setengah jam sekali. Terus mandi puas-puas. Sempat lagi tu makan rojak asma, kuih dan air kathira sebelum pergi hospital. Yelah nanti dah pantang takleh makan hihi.
Pergi hospital pukul 630 petang.. sakit makin terasa. dari setengah jam sekali ke 15-20minit sekali. Doc seluk bukaan 4cm. Ketika tu ramai doc/nurse sibuk nak berbuka puasa. Doc berkira-kira hendak hantar Fara ke wad sebab katanya anak sulung lambat lagi nak bersalin. Fara baring dalam bilik saringan tu sampai pukul 8 malam.. doc seluk lagi. Bukaan 5cm. Doc pecahkan air ketuban. Haa lencun kain batik.. Masa tu tak pikir apa dah. Sebab sakit setiap 10minit..
Pukul 9 malam.. Fara masuk dalam Labour Room(LR). Sebelum masuk nurse beritahu suami, nanti lepas doc check suami boleh masuk temankan, selawat, mengaji etc depan isteri. Masuk LR, doc seluk lagi bukaan 7cm. Doc jangka mungkin pukul 1pagi Fara bersalin. Masa tu rasa pinggang cam nak patah. Sampai terpikir "aku nak meninggal ke nih?" Tengok bawah dada dah kosong. Baby makin turun. Bila suami masuk je LR, terus pegang tangan dia.. minta maaf banyak-banyak. Aduhh masa tu rasa banyak sangat dosa huhuhu --' sampai tercakap.. "Ya Allah, ampunkan aku ya Allah :(" Rasanya inilah kifarah atas dosa-dosa yang lepas. Insaf betul. Takmo dah degil-degil dengan mak lagi --'
Pukul 10 malam.. doc seluk lagi bukaan dah 9cm.. Doc suruh beritahu nurse kalau rasa nak buang air besar cepat-cepat beritahu. Nurse tanya suami nak temankan isteri tak? Kalau nak temankan kena isi borang dan boleh temankan isteri bersalin. Pukul 1030 malam sakit bertambah-tambah kuat.. doc dan nurse termasuk suami kat sebelah semua cakap "push,push,pushh" "teran,teran,terannn" dan beberapa kali jugaklah meneran dan alhamdulillah pukul 10.56 malam Fara selamat bersalin. Masa baby keluar tu, terasa ada sesuatu yang besar keluar dari tutt dan diikuti dengan air banyak. Doc gunting sedikit dan jahit lepas selamat bersalin. Sakit kena gunting dan jahit? Tak terasa sebab menahan sakit bersalin berganda-ganda lagi huhuhu.
Perasaan? Tak percaya baby yang diletak atas perut tu anak sendiri. Dengar suara Aina menangis tertanya "mimpi ke nih?" =) Syukur alhamdulillah dipermudahkan bersalin dan semuanya selamat. Sakit selama 4 jam setengah dan 2 jam di Labour Room. Next entry Fara akan share beberapa petua yang Fara amalkan untuk permudahkan bersalin. Maybe ada momtobe yang boleh cuba. Yang lain kita berserah padaNya. Wallahuallam.
16 komen:
aah lah,mmg senang fara bersalin kan.Alhamdulillah selamat sume.nt share eh.hehe
senang nye fara besalin..nnt share ye petua2 tu...leh gune same...:)
Syukur farra... =)
=)..indahnyaaaa=)
Alhamdulillah senang je farah bersalin..kalau yg nama aina ni memang senang keluar kot ;p hehe
nanti share tau..nana ni pon dah enter mode nervous dah ni..
Alhamdulillah.. tahniah. mcm saya bersalin memang kategori senang jugak.. bulan puasa jugak. pukul 7 pagi mcm tu air ketuban pecah tp x sakit.. xde keluar darah apa2.. pukul 7.30 baru nak gerak pegi hosp.. sakit mula masa nak dlm perjalanan gi spital jer.. smpai spital terus masuk labour room then 9.20 pagi mcm tu bby dh siap keluar. tp awal dari due.. cukup2 bulan je.
Alhamdulillah...Tahniah !!!
Comelnya baby... :)))
Alhamdulillah.. Btw tahniah kak farah!
farah part mintk maaf n fazlee tgk touching..nye!!huhu flash back blk time azfar.huhu.
hope 2 nie en somi dpt sambt mcm fazlee rase
syukur mudh farah bersalin..happy for you
enjoy BF aina
thanks for this sharing.nge nge ngeriiii :)
fuh.. syukur tak sempat induce. ciknaa induce sakit gilerrr! hehe.
Alhamdulillah... nak mennagis bace entry ni...
terfikir.. mcm mane lah turn My nanti.. berdebar2! :(
hai sis, Yana baru singgah sini..
Tahniah kak Fara dah Selamat melahirkan ;)
Salam fara..
tq sudi kongsi pengalaman farah..
dekat HSA suami boleh masuk teman masa kite deliver yerk?
dengar kata suami tak boleh masuk?
tengah plan nk bersalin kat HSA or HSI ni...
nak Hubby ada masa deliver nanti..hehehe
Alhamdulilahhh....
Syukur semuanya selamattt ;) comel baby aina :)
mudahnya bersalin :)
tahniah!
Post a Comment