Followers

Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Review: KL Gangstar

Assalamualaikum wbt & Hello Sunday peeps!

credit: google
Sebenarnya aku dah tengok movie ni minggu lepas.. Tapi baru hari nih nak buat review ;) Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek (Aaron Aziz) dan seorang lagi Jai (Adi Putra). Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark (Shamsul Yusof)*pelik, kenapa nama dia jerung* anak tiri kepada King (Redzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. 


King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster. Kalau nak tahu apa penghujungnya.. kenalah tengok sendiri hokeh.
Sebagai penonton, aku bagi 4/5 bintang. Terus terang cerita ni jauh lagi bagus dari filem Kongsi yang ditayangkan bulan lepas. Ada jalan cerita yang kemas, teratur dan ada ending yang boleh dikira puas puas hati.. Takde langsung elemen cinta-cinta. Lari dari tipikal cerita melayu biasa. Watak Zizan (Abang Long Fadil) paling kelakar. Memang dia dilahirkan sebagai pelawak ah. Dan of course lar watak Malik (Aaron Aziz) paling sukaaa. Adoi tengok dia kerut kening pun comel. Cair makk nokkk ;p 


Cuma satu je yang aku pelik watak King (Redzuan Hashim). Dia mati macam "senang" je ditangan Shark (Shamsul Yusof).. Padahal sebagai ketua kongsi gelap paling berpengaruh kat KL.. Hmm tu pendapat aku je lar..


Dengar kata cerita mendapat kutipan yang sangat baik. Mungkin jugak barisan pelakon yang mantap, lakonan yang power atau mungkin jugak penangan penonton Nora Elena yang nak tengok Aaron Aziz lakon Oppss!! Heheh ;p

Friday, March 25, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

thanks to mr google
Salam semua.

Adoi. Lama betul aku tak update blog.. sangat busy travelling east to north, north to south. Lepas itu stay few days kat KL dan sekarang finally sudah kat rumah... such a relief sebab dah kat rumah but yet soooo tired :(

Ok, back to the main topik. Nak cerita pasal filem Hikayat Merong Mahawangsa. Aku tengok cerita ni on the first day tau- 10 mac 2011 (sama date dengan birthday my husband hahaha tetiba nak inform kat sini). tapi dek kerana busy.. review ni dok terperap dalam kepala je. Huhuhuhu.

Secara jujurnya, aku memang suka movie ni. Serius. Bukan sebab Yusry KRU (idola aku masa kecil-kecil) tapi sebab jalan cerita yang lain dari apa yang selalu cerita melayu tayang kat panggung.. there so much cerita hantu either yang kelakar atau seram (yang tak berapa seram) tak pun tipikal cerita cinta huhuhu.

Well, kita tak boleh compare dengan cerita epik dari luar. mereka ada bajet yang besar dan ada kepakaran yang banyak. Its good, bila KRU berjaya menarik ramai penonton muda untuk tengok cerita epik ni. Yelar, kalau nak baca buku pasal Hikayat Merong Mahawangsa of course amatlar bosan kan? (for me). So, aku bagi 5 dari 5 bintang! plus aku sangat suka lagu Anuar Zain dalam movie nih :)

p/s: aku dengan my husband will start our own business very soon ! nanti da prepare semuanya, aku akan inform kat sini tentang our business :)

Sunday, January 23, 2011

Review filem Khurafat

Sempena Hari Pecah Kelapa aka Thaipusam aka cuti beberapa hari lepas, aku dgn en somi pegi Queenbays Mall, Penang..
Jalan-jalan, makan-makan pastu tengok movie cite Khurafat..


Publisiti untuk cite ni memang bagus ah walaupon tak leh lawan publisiti cite 2 Alam.. ahaks. Tengok melodi, ramai penonton kata terbaik, paling seram compare dengan cite hantu lain. Wat orang keterujaan nak tengok.

Aku ngaku yang aku amat penakut. Stok kalu tengok cite hantu leh terbayang-bayang ah kat umah. Bila en somi ajak tengok cite ni.. aku pon ready nak tutup mata, tutup telinga. Pastu siap ugut en somi, kalu seram sangat aku nak kuar je dari dalam movie tu!

tapi bila aku BERJAYA tengok cite ni sampai abes TANPA tutup mata n tutup telinga.. kira tak lar takot mana cite ni. kira hantu dia responsible ah rupenye hahaha!

ade beberape scene yang pada aku tak logik/membantu:

- masa anna dan kawan dia datang umah johan untuk merayu-rayu bagai tuh..camne eh kereta kawan dia boleh masuk sampai depan pintu umah johan?.. takkan ah kawan anna tu ade kunci pagar umah johan kan? isk. tak logik.

- pastu timing hantu kuar dah leh agak. bila malam, suasana sunyi jap lagi kuar ah hantu nyer. ala-ala masuk umah hantu funfair gitu hahaha!

- most hantu nye merangkak-rangkak stail hantu korea. maybe hantunye sakit lumpuh separuh badan kot.

tapi aku puji ah ending cite ni. sebab bagi pengajaran cite akibat khurafat dengan bagusnye. aku bagi 3/5 ah cite nih. boleh diperbaiki dimasa-masa akan datang.. wahahaha, dah macam abg nara pulak aku nih ;p