Followers

Showing posts with label Our Life. Show all posts
Showing posts with label Our Life. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Meroyan nak kurusss

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

credit: google












Rasa nak gelak pulak baca tajuk entry atas nih kihkihkih
Okay rasanya semua orang nak kurus x kiralah laki ke pompuan

Iye kot ada yang hidup dalam denial

"tak kisah gemuk ke kurus asal sihat"

padahal dalam hati membuak-buak rasa nak kurusss kan? kan? 
ops sorry kot ada terasa.
ni cakap secara general je.
Lumrah manusia rasa kurus tu cantik dan gemuk tu sebaliknya kannn??

Dulu sebelum kawen Fara boleh dikategorikan sebagai kurus. 
Berat menten jew 48kg walaupun sangatlah suka makan. 
Lepas kawen, berat pelan-pelan naik sampai 55kg. 
Tanpa sedar ni. *Sedar gak tapi malass nak pikir sangat ;)*

Semasa pregnant berat naik 1-2kg sebulan sampai 2hari before deliver.. 64kg. 
Kot ada yang cakap xdelah gemuk mana. 
Ye memang tapi tengok pulak tinggi fara yang seberapa nih. 
nampak sungguh "sihattt".. sob sobss :(

30 hari lepas bersalin timbang kat KKIA.. berat 56kg.
Hasil pantang betul-betul, breastfeed, tungku dan 24jam berbengkung. Nampak macam banyak je turun tapi still kalau jumpa sesapa akan cakap "tembamnya ko fara" hukss.

Lepas 5bulan ++ deliver sekarang berat 54kg. Nampak dah susut sikit tapi masih ada muffin top esp bila duduk.. pipi pulak kemain tembam sampai rasa tudung pun ikut mengembang ohoooo mencikk!

Macam-macam pakai losyen dari pati halia ke felinna inchloss.. 
hasilnya loss money adalah --'
Oh jangan ada rekemen pb. Tak mampu. 
Kot ada nak bagi tips atau petua nak selimkan esp bhgian perut sangatlah dialukan..

Jumpa dalam next entry yaaa! take care!

Monday, September 26, 2011

Char Koay Teow Sg Dua..

Assalamualaikum wbt & Hello Monday Peeps!

Sabtu lepas.. 
we'oll pergi jalan-jalan kat Sungai Dua, Penang..
 Pada u'olls yang tak tau,
kat sini char koay teow yang memang famous..
 Orang sanggup datang jauh-jauh untuk makan..
 Jadi, we'oll pun teringin jugak nak rasa sedap ke tak.. 
selalu makan char koay teow kat Sg. Burung, Balik Pulau je..

Ni gerai pertama dari PLUS highway arah utara..
Exit Bagan Ajam/Sungai Dua lepas tu belok kanan..
gerai pertama betul-betul kat tepi jalan..


char koay teow (telur ayam dibasuh)


udang ada 6 ekor. tersembunyi belakang telur ye..

Nama gerai Char Koay Teow (Telur Ayam Dibasuh)
 sebab semua telur dibasuh sebelum dipecahkan..

Kat sini memang berderet gerai tepi jalan 
jual char koay teow dan mee udang..
Maybe lain kali datang untuk makan mee udang pulak.
Overall rasa char koay teow sini memang sedap.. 
tapi we'oll lebih prefer kat Sg. Burung, Balik Pulau 
sebab kuah dia lebih pekat 
dan lebih umpphhh hehe. 
Tapi yelar tekak masing-masing berbeza ye tak? ;)

Ada sesapa pernah datang makan kat sini?

Friday, June 17, 2011

Kerja Kerajaan vs Kerja swasta

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi Jumaat peeps!

Rasanya ramai readers kat sini yang sudah bekerja.. Mungkin ada jugak yang masih belajar kat IPT dan of course lar akan bekerja nanti ye tak?

Mana satu pilihan korang?.. Bekerja dengan kerajaan atau bekerja dengan syarikat swasta?.. 

Dulu habis sahaja belajar kat Universiti, boleh dikatakan semua kengkawan aku apply SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan badan berkanun yang buka jawatan kosong. Tapi yang boleh aku katakan bukan mudah nak masuk. Bergantung pada rezeki masing-masing. Ada yang apply sekali pergi exam, temuduga terus dapat masuk gomen *panggilan untuk government*. Ada jugak yang bertahun-tahun apply pun tak dapat-dapat jugak. Laluan bukan mudah maklumlah ramai yang ada master sekarang. Degree apatah lagi.. Berlambak. 

Alasan untuk masuk gomen?.. Jawapan standard nak kerja terjamin.. Gaji dan elaun diberi mengikut tahap kelulusan, tempoh berkhidmat etc.. Dapat pencen.. dapat gelaran orang panggil.. "Tuan""Puan".. *maaf, kalau ada yang terasa heheh*, dapat cuti bersalin 90hari dan macam-macam lagi kelebihan..

Ada dikalangan kengkawan aku yang lebih berminat bekerja swasta sebaik sahaja habis belajar. Alasan untuk kerja swasta?.. Gaji yang lebih cepat naik compare gomen (tengok company gak), kerja yang kompetitif, bonus tiap-tiap tahun dapat dan macam-macam lagi inisiatif.. Ada jugak yang mulut lancang berkata.. "kalau nak cepat kaya kerja swasta lar.. Bukan kerja kerja gomen". Hmm tu pendapat masing-masing.

Dan aku pernah bekerja dikedua-dua sektor.. Dan kedua-dua sektor ada pro dan kontranya.. Yang PENTING, kita cari rezeki yang halal tak kira kerja dalam sektor apa sekalipun. Apa pendapat korang?.. Nak share pengalaman pun boleh.. ^^

p/s: Terima kasih pada new followers dan blogwalker yang drop komen kat shoutbox. Sila tinggalkan link korang untuk aku jejak balik ye. Toche-toche =)

Saturday, June 11, 2011

Ikut sedap mulut je cakap..

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi Sabtu peeps!

Kadang-kadang aku pelik dengan segelintir mulut orang nih.. Bercakap tak pandang keliling.. Tak tahular samada tahu atau saja-saja buat tak tahu dengan intention nak sakitkan hati orang seperti ;

Scene 1
Cik Kurus: Ya Allah! Aku dah gemuk!!! you'all tau tak berat aku dah 42kg hokeh?.. Sebelum nih paling gemuk pun 40kg! Nak kurussss.. gemuk tak cantik!!!!
*masa dia cakap tu keliling semua orang yang berbadan besar. paling kurus pun berat 50kg keatas*

Scene 2
Cik Putih: Omaigodddd! kulit aku dah hitam kena panas matahari! Dah tak nampak flawless muka aku nih dah! Jom teman beli produk putih kulit cepattt.. taknak lah kulit hitam sebab tak nampak berseriii!
*bercakap dengan cik berkulit hitam manis yang terkebil-kebil dengar ayat Cik Putih*

Scene 3
Cik Subur: Ala, i "melekat" lagi lah.. macamanalah boleh "accident".. agaknya i nih subur sangat kot tak macam u..
*bercakap dengan perempuan yang bertahun kawen tapi belum ada rezeki nak dapat baby**tak faham bila orang cakap pregnant tu "accident"?.. zuriat anugerah Allah dikatakan "accident"?.. alangkah sedihnya dengar mulut orang yang kufur nikmat nih*

Scene 4
Cik Breastfeeding: Aku tak faham betul lar ibu yang sanggup bagi anak fm (formula milk) ni! Malas lar tu nak melayan anak lepas tu cakap susu kurang lah.. anak taknak menyusu badan lah.. macam-macam alasan!
*bukan semua wanita dikurniakan keupayaan menyusu anak sampai anak berusia 2tahun. tak perlu nak banding kan kelebihan yang ada pada diri kamu dengan orang lain. semua ibu tentu nak bagi yang terbaik pada anak masing-masing kannnn)*

Ya, masing-masing berhak untuk bersuara. Tetapi tu semua bukan alasan untuk mengguris perasaan orang lain. Kalau memang nak berbangga dengan  kelebihan diri sendiri, tengok keliling sebelum bercakap.. jangan sampai dilabel manusia kurang budi bahasa. Setiap orang ada kelebihan masing-masing walaupun mungkin dia nampak "kurang" dimata kamu. 

Ini sekadar luahan aku.. Maaf kalu ada yang terasa =)

Wednesday, March 9, 2011

Cita-cita atau angan-angan?

mekasih en google

Hai!

Lama tak hapdet blog.. padahal sebenarnye banyak nak cite.. tapi tak tau nak start dari mane hehehe. Hmmmm lately aku banyak ikot my husben travel ms weekeend.. temankan dia g kursus, taklimat. selain tu dapat gak aku makan angin free kan hehehe----------sukaaa!!---------

banyak sgt pix amik tapi nak upload pix pon malas. tetiba nak salahkan broadband c*elcom yang amatlar slow uhuks.

Okayy.. straight forward the main topik.. korang dulu masa kecik-kecik ade cita-cita tak? Ingat tak masa darjah 1, cekgu soh tulis kat kertas " nanti dah besar nak jadi ape?".. ade yang jawap nak jadi doktor, cekgu, polis.. cam aku ms kecik-kecik memang spesis blur-blur je. jadi bila budak sebelah aku kata dia nak jadi askar.. aku pon tulis ah nak jadi askar gak! *dalam pala otak masa tu cam best je leh tembak orang jahat hehe*

bila da besor sket dalam darjah 4 gitu, "pilihan" cita-cita pon dah makin banyak.. aku pon da pilih cita-cita nak jadi pramugari.. giler berangan da besar jadi cantik.. ni semua sebab naik flight g KL akak pramugari tu cun-cun, pakai baju kebaya keta-ketat, dapat g cuti free hehehe.

bila da sekolah menengah, kengkonon da besar.. aku dan geng aku nak jadi arkitek.. tak ingat ah sebab ape nak sangat jadi arkitek padahal markah math memanjang je cukup makan, lukisan ala-ala dak tadika hehehe. *agaknye sebab glamer kot sebut arkitek heheh*

bila da dapat result spm.. mula kene isi borang masuk universiti, aku yang memang dari kecik blur-blur nih men bantai je course.. aku tengok syarat kelayakan ok, aku pon apply ah.. yelar masa spm, belajar nak bagi lulus cemerlang supaya masuk U.. course ape tak kisah asal masuk U..*gle naif*

ble da belajar kat U.. dah grad tapi bila kuar je dari U.. aku apply keje yang aku rasa ok dan sesuai dengan jiwa aku.. padahal sket pon tak relate dgn course ms kat U dulu..

kekadang aku rasa sejak dari kecik sampai ke besar bini orang ni.. kite selalu di momokkan dengan cita-cita yang gah-gah cam doktor, jurutera, arkitek, peguam padahal sebenarnye dalam realiti dunia pekerjaan tak begitu.. maksud aku tak semua yang bunyi best tu sesuai dengan jiwa kite.. kite tersepit dengan cita-cita sendiri, cita-cita mak bapak, kata-kata orang..

jadi aku ingatla.. patutnye kementerian pelajaran bagi pendedahan tenteng cita-cita/kerjaya ni dari sekolah rendah lagi.. bukannye da time nak isi borang masuk universiti... kan kan?