Followers

Showing posts with label Alam perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Alam perkahwinan. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

My brother & Bff is getting married!!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

credit: google
Maaf kerana lama tak update apa-apa cerita disini. Fara akan pulang ke hometown tercinta  <Johor Bahru> esok kerana salah seorang BFF Fara akan berkahwin.. dan juga satu-satunya adik lelaki Fara akan bernikah minggu hadapan *sama tarikh dengan birthday Fara. eh? apa motip bitau kat sini ekekeke*.. 

Yahoo.. bercuti panjang.. Mau habiskan masa sepuas-puasnya bersama keluarga, keluarga mertua dan juga kawan-kawan.. maklumlah bila dah dok jauh dan dah kahwin nih masa sungguh terhad *busy mengalahkan menteri pulak ko ye hikhiks ;p*

Rasa sungguh teruja dengan perkahwinan mereka maklumlah keduanya merupakan orang kuat ketika Fara bertunang dan berkahwin tahun lepas.. Semoga semuanya berjalan lancar.. 

Amin Ya Rabbal Alamin

Monday, June 27, 2011

Duduk serumah dengan mertua?

Assalamualaikum wbt & hello peeps!


Sorry kerana lama tak hapdet blog.. Minggu lepas, aku balik kampung suami di Teluk Intan, Perak. Nenek saudara suami meninggal. Tak punya kesempatan nak buka lappy.. Mekasih pada yang sudi komen entry walaupun entry yang lama-lama. Toche-toche =)

Seringkali kita dengar menantu dan mertua bermasam muka dek kerana duduk serumah. Bukan mudah nak adapt cara kita dengan cara keluarga mertua kita. Berkongsi dapur, berkongsi remote control tv, ampaian baju pun kena share dan macam-macam lagi. Apatah lagi kalau rumah itu juga dihuni bersama ipar-duai. tentu lagi banyak hati perlu dijaga.. 

Korang duduk serumah dengan mertua?..

Aku tidak pernah duduk pernah duduk serumah dengan mertua. Sebab aku dengan en husband duduk jauh perantauan *cehh, perantauan sangatt la penang-jb tu kan kekeke* Apatah lagi family aku sendiri duduk dalam kawasan yang sama dengan kelurga mertua *JB jugak* Jadi selama berkahwin setahun jagung nih.. setakat bermalam hujung minggu.. Tapi tak dinafikan mama dan papa mertua aku sangat-sangat baik. Menerima aku seperti anak sendiri. Bila balik sekali-sekala, mesti bertanyakan masakan apa yang aku teringin makan, mereka penasihat terbaik selepas parents aku, bila pergi shopping bersama, mesti ada sahaja mahu dibelikan untuk aku dan suami.. *wahhh, menantu kesayangan hahaha perasan ;p*

tapi untuk duduk serumah mungkin TIDAK. Bukan apa.. bila dah kawen.. Nak jugak masak masakan untuk suami, hias umah dengan stail sendiri, nak bangun lambat ke hape pun hokeh *Ya Allah buruk perangai hahah* dan have our own privacy kat umah ye tak?.. Kalau sekali-sekala mertua datang, memang amatlah dialu-alukan. Tapi ada yang dok serumah dengan mertua ada alasan tersendiri kenapa mereka dok bersama.. Macamana pulak dengan korang?.. Nak share pengalaman pun boleh.... ^^

Monday, June 13, 2011

Tempoh bertunang yang sesuai?

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

nak jugak tempek gambar cincin tunang sendiri ;)
Korang pernah bertunang? Sedang bertunang? Atau akan bertunang? Berapa lama tempoh korang bertunang? Ada yang bertunang setahun, 6 bulan, 3 bulan malah ada yang hanya beberapa jam sebelum bernikah. 

Masing-masing tentu ada reason kenapa tempoh tunang tu panjang atau pendek.. Mungkin nak masa yang lebih lama untuk prepare BIG day, kumpul duit, nak berkenalan dengan keluarga bakal mertua lebih rapat dan macam-macam lagi reason kan?

Aku dulu bertunang hanya lar 2 bulan setengah. Sebab? Taknak bertunang lama-lama. Makin banyak cabaran bertunang. Baik percepatkan tempoh berkahwin..

Ada yang tanya kalau begitu kenapa tak nikah terus.. Aisey,aku nak jugak lar merasa bernama "tunangan orang" walaupun sekejap je 2 bulan setengah. Dah nikah takkan nak tunang balik. Erk, ada ke? hehehe ;) 

Aku cadangkan pada mereka yang akan bertunang dalam masa terdekat nih.. toksah lah bertunang lama-lama sampai bertahun-tahun. Pertunangan tak menghalalkan kamu berkepit memanjang.. Cepat-cepat kahwin.. Insya Allah pahala pun  berganda ^^

Tuesday, April 26, 2011

Rindu setengah mati..

Salam & Hello peeps!

Aku
Sudah mula rasa rindu..
Sangat rindu..
rindu lagi..
uhuks..

Sebenarnya my husband outstation for 5days!! Kena pergi kursus.. Sangat sedih setiap kali dia kena pergi kursus. Last month 4 days pegi kursus.. and on the 3rd day.. aku demam teruk. Tahap tak boleh bangun.. lembik je rasa badan :( But magically, bila dia balik demam beransur baik pulak.. 
*hahaha sila kata aku gedik* 
Cuba untuk mem"bz"kan diri tapi rasa empty je uhuhuhu..

Tak tau macamana dengan wifey lain.. ada rasa camni jugak tak??

dulu masa mula-mula kawen, we'all PJJ.. selalu nanges dgr suara husband kat phone esp bila sgt stress keja kat ofis, everytime lepas hantar dia kat airport, nanges lagi.. balik umah, tengok tempat dia selalu lepak, nanges lagi.. Org kata biasalar tu baru kawen. But after a year maseh macam ni.. Normal ke tak normal aku nih.. cam obses dengan husband sendiri pulak hahaha.. 

p/s: cepatlar hari jumaat...

*nota kaki: PJJ-perkahwinan jarak jauh*

Saturday, April 23, 2011

Hari ni 1st Anniversary kahwin =)

Salam & Hello peeps!

Last year
23rd April 2010 (friday)
with one lafaz..
Officially im Mrs Fazlee


I made the best decision in my life a year ago..
Every day I thank Allah s.w.t for your existence..
Happy 1st Anniversary to my dear husband!
May our marriage be blessed,always.
Amin.

 

I LOVE YOU ^^

Wednesday, April 20, 2011

Best tak kahwin?

Salam & Hello peeps!

Sejak dari mula-mula kawen sampailar sekarang..
aku selalu ditanya especially member-member yang belom kawen..
BEST tak kahwin?

Jawapannya
.
.
.
.
.
.
.
.
Sangat best! Sila kahwin segera!!
wahahahaha kemain lagi jawapan aku hehehe

paling best sebab;

##Husband menjadi pakej ALL IN ONE..
Dia jadi suami, bestfriend, teman suka duka,
teman gurau-senda,
 teman gaduh, teman tido (oppss! hahaha)

## Jadikan aku Lebih bertanggungjawab..
Yelar, dulu masa bujang dok dengan family..
 bab masak memang tak amik pot..
 kalu tolong pon cuma potong-potong bawang, sayur..
Kain baju pon tak amik pot jugak..
Semua mak handle..
 *ye, aku amat malas dulu*
TAPI
bila dah kawen nih..
dah dok bersama serumah,
alhamdulillah everyday aku masak walaupon kerja 9-5pm..
Kain baju hari-hari basuh..
 Seeee?? Kahwin memang buat aku lebih tau tanggungjawab

##Nak pegi mana-mana pon takde hal dah..
Nak hangout sampai subuh pon takpe..
JAIS pon takleh tangkap basah. 
Ada lesen besar kan heheheh

## Dapat keluarga mertua yang sporting.
Alhamdulillah, family mertua terima aku cam family sendiri.
Sangat supportive dalam apa saya kerja aku buat..
sangat ambil berat
*my MIL rajin call tanya khabar & berborak-borak sakan*
macam mak sendiri :)

## Hidup lebih tersusun & ada tujuan..
 Dulu masa bujang bab membazir duit gaji aku nih No1..
Tapi lepas kawen lebih suka saving..
for our own future..

## dan... berkahwin dapat banyak pahala.
Even tengok husband dengan rasa sayang pon dapat pahala
*tgk bf, dgn rasa sayang dpt dosa okay heheh*
 boleh solat jemaah dengan husband
bila salam tangan husband pagi raya..
syahdu okay. takleh gambarkan ah

aku takde ah pakar bab nikah kawen nih.
baru setahun kawen. But sharing is caring kan heheh ;)

Monday, April 4, 2011

Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Hi! Ni entry terperap.. lama dah nak post entry nih.. tapi ade je idea-idea datang mencurah-curah bile teringat.. sebab tu kasi perap dulu.. Ade tak dikalangan korang yang melalui cinta atau melalui perkahwinan jarak jauh?.. Aku penah ah dulu dengan encek husben.. even before-bedore this dengan ex-ex boypren yang tak best hehehe *gelak jahat*

Dulu aku dengan encek husben bercinta jarak jauh .. JB-Penang.. walaupon we'all bercinta kejap je.. tapi jarak jauh tu bersambung untuk few months lepas kawen.. Cinta jarak jauh nih ade pro and kontra.. Tapi really needs kejujuran yang tinggi..(skema lol cara aku ckp nih hahaha).. yelar yang dekat dimata pon ade yang curangss apetah lagi yang jumpe dlm tepon je (3G)..

seperti contoh: dia nak melepak dengan kengkawan dia.. dan ade jugak few member pompuan join.. mesti ade rasa jeles kan?.. takyah tipu ah.. aku wanita biasa.. paham sangat haha. apatah lagi kalu masa tengah bosan n kesepian sekali lagi bahasa skema aku kuar..

kalu ikut cara aku handle ialah try to spent masa wat menda lain cam fokus on work.. lepak dengan kengkawan (bukan dengan skandal ye).. cari hobi yang best.. walaupon jauh.. kena cari masa gak nak berjumpa.. jangan ah jumpa stahun sekali.. bukan ape hati manusia nih.. "yang dekat akan lebih menang".. peribahasa nih hanya orang yang jarak jauh je tau..

Lepas kawen, aku dgn en husben maseh jarak jauh lagi.. (perkahwinan jarak jauh) untuk 4 bulan sbb aku masih keja kat JB dan dia kerja kat penang.. Okay, ni perasaan yang sumpah tak best lol.. lagi tak best compare dari masa bercinta dan bertunang berjauhan.. maybe dah tukar title isteri kot.. (bukan sebab sexual intercourse ye) tapi lebih pada nak husben selalu ade everyday! sedih bila tgk husben wife lain boleh bertentang mata selalu tapi kite jumpe dlm 3G je.. but my husben take inisiatif untuk balik every week atau 2week sekali.. atau aku g Penang.. can u'oll imagine how much it cost?? kadang naik bus kadang naik airasia.. huhuhu.. nak wat camne kan.. rindu punye pasal :(

But after 4 months lepas kawen, aku dah dok Penang!! sebab dapat keje kat sane.. as usual semua orang tanya nape resign dari keje lama.. tak sayang ke and what so ever.. but do i care.. aku yang melalui everyday routine.. lagipon en husben sgt mengalu-alukan.. so... ade aku kesah what people think about my decision kan. Kita yang tanggung, so we should know more about ourself.

Tapi kat sini aku sangatlar tak menggalakkan cinta/perkahwinan jarak jauh.. Banyak tak bagus dari bagusnya. Kalau jauh sebab belajar or kerja.. try to cari jalan to stay together(for married couple only)..
p/s: aku bosan tahap mencapap kat kerja baru nih, dok rajin mengupdate blog je lar huhu.

Sunday, February 13, 2011

Mertua vs menantu

Happy sunday semua! Maybe ade yg bace blog aku neh dah kawen dan ade yg belom kawen (cam ramai je yg baca hehe). Tapi neh kira a good tips utk org nak kawen/dah kawen.. Dulu sebelum aku kawen, aku takut dengan perkataan "mak mertua". Ni semua kesan pengaruh drama tv dan novel jiwang alaf21.. nanti kena buli, kena lempang pastu kena halau kuar umah.. Lalu aku pon nanges-nanges sambil dukung anak dalam ujan lebat.. haaa.. dasatkan imaginasi aku time tuh hahaha.

Jadi dulu, aku dgn beberapa bespren berazam nak cari bakal suami yg anak yatim piatu!! konon tak yah pening-pening nak handle perangai mak mertua. Dan bila bertemu jodoh dgn husband aku neh.. ternyata anak bongsu.. dan maseh ada mak dan ayah lagi! huwaaaaaa.. dah jodoh aku.. jadi terima dgn lapang dada dan rasa tawaduk uhuks. Tapi bila dah kawen.. alhamdulillah aku dapat mak mertua yang sungguh baik, supportive dan anggap aku cam anak sendiri.. ni bukan bodek ye.. sebab dia pon tak tau aku ade blog heheh..

meh aku cara beberapa tips nak jadi menantu yg berjaya:

1) kena terima kenyataan mak mertua ialah org yg telah mengandung, melahirkan dan membesarkan husband kita.. restu dan doa dia dlm marriage kita sangat penting.. jadi sila hormat dia walaupon dia bukan mak kandung sendiri..

2) tanya husband, camne cara nak pikat hati mak dia.. jgn lupa date-date penting dlm hidup dia spt date besday.. rajin-rajin beramah mesra.. bukan takat dengan mak mertua aje tp dengan semua family baik dari kakak ipar mahupon cucu mereka yang maseh bertatih nak jalan. Tunjuk sket sifat keibuaan korang tuh..

3) Awasi bab berpakaian bila datang umah bakal mertua/mak mertua. walau se"sport"ing mane pon mak mertua korang selagi dia orang islam takde nye dia nak korang datang umah dia pkai baju bertali halus dan bermini skirt.

4) sila beralah untuk menda-menda remeh seperti dia menegor cara korang menyidai baju. iye, dah bertahun-tahun cara menyidai gaya gitu.. elok je.. tetiba mak mertua shout cakap tak kemas ke tak btol ke.. jgn ah sensitip sangat.. anggap tegoran tu nak btolkan diri korang utk jadi lagi baik..

5) jgn masuk campur urusan keluarga mertua/ipar duai/sepupu sepapat mereka. memang ah korang dah jd sebahagian ahli keluarga dorang but still maseh orang luar.. kalu mak mertua cerita apa2 pon just dengar je.. tak yah tokok tambah dan sampaikan kat org lain.. kalu ape2 jadi nanti.. tak pasal-pasal korang dicap "mulut longkang"..

6) korang tak yah jeles/makan hati bila husband lagi suka masakan maknye.. dah dari baby sampai ke besar neh, mak dia  yang masak, jaga makan minum anaknye.. dah tentu ah dia lebih prefer masakan maknye.. so, kat sini masa utk rendahkan ego dan belajar cara memasak ikot stail mak mertua. kebaikan utk pikat hati husband jugak.. silap-silap haribulan mak mertua dok suka turunkan ilmu memasaknye pada menantu cam mak mertua aku neh hehehe.

Satu hari nanti, kita pon akan jadi mak mertua bila anak berkawen.. dan akan melalui menda yang sama. Percaya pada hukum karma.. & buat masa sekarang jadilar menantu yang baik :)