Followers

Saturday, January 26, 2013

Petua agar dipermudahkan bersalin

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!


credit: google
Tetiba rasa cam poyo pulak buat entry bagi petua senang bersalin. Yelah baru anak sorang kan. Apalah sangat kalau dibandingkan orang lain dah beranak 6,7 kali. Tapi takpelah nak jugak share beberapa petua yang Fara amalkan sebelum deliver arituh..

* minum air hujung rambut. Lepas je basuh rambut.. bilasan terakhir tu minum sambil baca doa Nabi Yunus. Sebelum tu make sure rambut dah bersih betul.. kang ada pulak rasa shampoo hihi.

* minum air akar fatimah.. Fara rendam dan minum 3 hari sebelum bersalin.. memang kembang. jadi sebesar pinggan makan. Minum dan baca doa Nabi Yunus.

* minum minyak kelapa dara sehari satu sudu kecik dan sapu/buat urutan perineum minyak tersebut kat tutt untuk mudahkan bukaan. 

* amalkan doa Nabi Yunus dan ayat 20(Surah al-abasa) sepanjang masa. 

*Minta maaf dengan semua orang terutama suami, mak abah, mak bapa mertua agar dipermudahkan urusan.

*jangan minum air selusuh selagi bukaan belum 7cm. penting nih. kalau tak rasa sakit berpanjangan tapi jalan tak bukak. nih nasihat dari doktor/nurse.

*banyakkan berjalan.. 

* banyakkan solat tahjud, solat taubat dan solat hajat.

Fara percaya walau pelbagai usaha makan atau minum itu ini buat tapi kalau bukan dengan izinNya ia takkan terjadi. Kalau ada yang nak share petua-petua lain pun boleh share..

Okay, Aina dah jerit minta susu. Take care! Bye! =) 


5 komen:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

leez xde petua sbb belum ade xperience. tp, ape yg my sis-in-law amalkn, seminggu b4 deliver dia wat slow jog kat tmn2 rekreasi. kdg2 dia pusing keliling umah je. wat la selang sehari dr seminggu tuh. tp, make sure hubby ade sekali. langkah b'jaga2 katanye..

eKa said...

ilmu berguna walaupun belum sempat nak praktikkan... moga diberi peluang utk melakukan smeua petua di ats :)

ibuhebat said...

akak amalkan surah abasa dan baca yaasin setiap malam n niat moga Allah mudahkan proses bersajavascript:void(0)lin :)

nana said...

As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

Putri Qaseh said...

Salam fara,

Thanks for sharing this..nak tanya fara amalkan minyak kelapa dara minggu ke berapa?apa2 minyak kelapa dara pun boleh ke?