Assalamualaikum wbt & Hello peeps!
Sepanjang 27 tahun aku hidup kat atas muka bumi nih.. Sama seperti orang lain. dah macam-macam suka-duka dah dilalui. Ada yang manis, amat manis, pahit, amat pahit.
Dulu aku selalu berpendapat belajar itu adalah membaca, menulis, mengira. Mesti ambil exam pertengahan tahun, hujung tahun, UPSR, PMR dan SPM. Mesti lulus dengan cemerlang. Kalau tak, tak dapat masuk universiti. Bila masuk universiti, make sure mesti grad on time. Tak boleh repeat paper. Mesti score at least 3.00 pointer setiap semester *walaupun selalu terbabas hihihi* Tapi semua tu hanyalah pendidikan formal. Yang termaktub dalam buku. Yang perlu lalui seperti yang dijadualkan.
Tapi yang kita lalui hari-hari lebih pada pendidikan informal. betul tak?
Contoh seperti cara berkawan, cara memandu kereta, cara memasak dan macam-macam lagi. Ya, memang ada ceramah atau kelas ajar cara berkawan dan cara bergaul. Tetapi tak sama seperti berkawan dalam realiti hidup sebenar. Kawan dari sekolah rendah, menengah, matrikulasi, universiti, beberapa tempat kerja dan mana-mana lagi membuat kita boleh spesifikasi ada yang kategori sahabat, kawan biasa, kenalan dan ada juga yang kategori "tikam belakang". Ironinya, ia secara tak langsung buat kita lebih matang dalam memilih kawan yang sebenar-benarnya "kawan"..
Memang benar ada sekolah memandu. Malah kita diwajibkan mengikuti sekian-sekian waktu sehingga kita layak mendapat lesen memandu/menunggang motor. Bandingkan hari pertama korang memandu kereta dengan berpelekat P di cermin kereta dengan hari ini. Mungkin ada yang sudah 2, 3 atau mungkin 10 tahun memandu/menunggang motor. Lebih mahir dan lebih yakin. Pengalaman dijalan raya hampir setiap hari membuat kita lebih mahir mengendalikan kenderaan bukan?..
Betul, memang banyak cara untuk belajar memasak. Dari ibu sendiri hinggalah mengintai di blog-blog masakan. Tapi tak sama andai dibandingkan jika setiap hari korang memasak. Bandingkan mula-mula belajar memasak sambal tumis. Mungkin kedengaran mudah untuk segelintir orang tapi jika baru pertama kali tentu agak kekok. Akan tetapi jika selalu memasak sambal tumis tentu lebih pakar dalam setiap sukatan cili kering, bawang dan sebagainya..
Mungkin ada yang pernah membuat kerja part-time semasa menunggu result SPM atau semasa cuti semester. Jangan pandang rendah pada kelebihan kerja part-time hatta kerja mudah dan gaji sedikit. Sementara menunggu result UPU dulu, aku pernah kerja di Pusat Mel Pos Malaysia semasa bulan puasa. Kontrak tiga minggu sahaja. Memang nampak kerja mudah iaitu susun, matikan setem dengan mesin dan masukkan surat serta kad raya ikut poskod tempat. Tapi percayalah bila semakin meningkat dewasa, ada pengalaman yang aku dapat kat situ.. *tau macamana dengan proses penghantaran surat dari peti surat hingga penerima*
Begitu juga pada korang yang putus cinta.. Jangan takut untuk bercinta semula. Belajar dari kesilapan. Itular kehidupan ada suka dan duka. Bukan cerita donggeng dalm buku kanak-kanak yang semuanya indah-indah belaka. Percayalar one day, u will thank all your ex-bf /gf kerana membuat korang lebih tabah dan kuat :)
Benarlah orang kata,
Experience is a Best Teacher
p/s: entry yang serius sikit. selalu entry dok merapu je hihihi..
4 komen:
betul...experience is the best teacher...tanpa pgalaman diri sendiri xkan jadi matang spt skrg..owh bdw sgt tkejut fara umur 27???nape npk muda...awek muda larr..btul ke 27 tu??kak fara la ni.hehe
reen, yerp, kita mmg byk belajar dari experience dulu2 kan :) akak mmg dah 27 tahun.. heheh tq for d compliment. lepas ni panggil kak fara okay ;)
oho..penh keje kt posto gak ek farah..best gk kan.sme ar kite,time cuti U..betol2.experience is a best teacher dear..bab msk mkn jge somi dan anak pon gitu.bace2 byk kekonon ready la bile kejadian.huhu. x apply bile real.hah sile la nak atur kan sndri ikot gerak hati..
ila, eh samalar ekekeke. itular tak sama tips dlm buku dlm nak hadapi in real life kan :)
Post a Comment