Salam & Hello peeps!
Musim orang kahwin kembali! Yeayy.. Walaupun most every week ada je orang kahwin tapi bila time cuti sekolah jadi double-triple jemputan kahwin kan.. Sebenarnya aku suka everything about wedding.. Dari preparation sampailar honeymoon.. walaupun dah dikira pengantin basi, tapi apadehal ye tak?.. Maseh suka jalan-jalan tengok blog orang nak kahwin.. yang baru lepas kahwin. Adik aku nak kahwin, aku pulak yang beria-ria cadangkan itu ini sampai dia pening kepala pasal dapat kakak cam aku hehehe..
Nak tanya kat korang.. selalu pergi wedding, bagi hadiah tak? atau prepared bagi duit dalam envelope duit raya je?.. Macam aku, hadiah memang akan bagi pada yang betul-betul rapat. Yang member so-so aku bagi duit je kat mak dorang..
*save budget hahahaha*
Dan selalunya orang akan bagi hadiah macam pinggan mangkuk, periuk-belanga, lampu tidur, cadar, comforter dan barangan elektrik. Masa aku kahwin, dapat periuk nasi 4 biji! Takkan lar aku nak guna tukar-tukar periuk nasi selang sehari kot. Sudahnya ada aku sedekah je kat adik aku sempena pindah rumah.. sedekah kat office untuk lucky draw annual dinner.. dapat gak pahala free. Selain tu hadiah mereng dari BFF, bagi underwear & baju tidur yang sumpah transparent gilar. dah ah masa tu buka depan family semua. okay, sangat malu masa tu hehehe..
Dalam banyak-banyak, aku paling suka dapat LESUNG BATU dari pakcik saudara.. very klasik kan.. Dia ada sebab tau nape bagi lesung batu.. Kata orang-orang tua, lesung batu jangan suami isteri beli.. seeloknya biar orang lain beri.. sebab nanti rumahtangga asyik berlaga je macam 2 biji batu lesung tu. Aku takde lar percaya tapi nasihat orang-orang tua aku ikut asal tak menyalahi akidah sudah :)
cadangan aku pada yang nak bagi hadiah wedding kat sesapa, kalau boleh elakkan bagi barang elektrik yang terlalu biasa macam toaster, kettle, iron, rice cooker.. Bukan apa nanti bila ramai dah bagi hadiah yang sama.. kemungkinan hadiah tu akan terperuk dalam stor atau diberikan pada orang. Barang elektrik macam microwave, vacuum agak mahal sikit harganya tapi maybe boleh dishare duit dengan beberapa orang.. lain dari hadiah biasa orang bagi..
selain tu boleh bagi kain pasang warna sedondon untuk pengantin, boleh dorang buat persalinan untuk hari raya atau pegi jemputan kahwin.. bagi buku tentang motivasi rumahtangga pun okay jugak.. boleh dorang buat rujukan lepas kahwin..
dan pada sesapa nak bagi cadar.. bagilar saiz queen sebab standard orang pakai katil saiz queen unless memang tahu pengantin pakai katil saiz king. Jangan lar bagi size single pulak. bikin haru je pengantin tu hahahaha ;p
selain tu boleh bagi kain pasang warna sedondon untuk pengantin, boleh dorang buat persalinan untuk hari raya atau pegi jemputan kahwin.. bagi buku tentang motivasi rumahtangga pun okay jugak.. boleh dorang buat rujukan lepas kahwin..
dan pada sesapa nak bagi cadar.. bagilar saiz queen sebab standard orang pakai katil saiz queen unless memang tahu pengantin pakai katil saiz king. Jangan lar bagi size single pulak. bikin haru je pengantin tu hahahaha ;p
12 komen:
akak nanti kite kawen datang eh? bagi lesung batu taw.. ahaha! :)
nice entry!...
i dpt blender smpi 3! agagaagaga
rajin2 menumbuk sambal & bumbu ye.. :-)
naem: nnti sis kawen, akak bagi batu giling lar. Beso sket hahaha ;p
leeyana: see.. tanya kat mne2 exbride pon ckp camtu. dpt benda sama banyak. xpe ah. syukur ada gak org bagi prezen ye tak hihihi
tips: hint tersirat suruh masuk dapur selalu heheh ;)
mmg la Fara, org slalu bg brg elektrik smpi 1 benda dpt 3 4 bijik....kalau bg mcm ayat frame ade ayat2 suci Al-Quran misalnya ok gak kn? leh buat deco item kt umah...pahala pn dpt...ehehe
sebenarnya dah lame tertanya2..ape sbnrnya hadiah yg plg best nk bg kt pengantin..sbb ct sekolah ni saja dh ade 5 wedding invitation kawan2..adoii buntu nk bagi ape..tq fara for the info..leh gak le bg kain pasang kan...buku..wow..bagus2!! biasa reen bagi cadar jek..cadar ramai x org bg kt fara?
sha, great idea. bagi frame ayat al-quran.. 10 markah utk u heheh :)
reen, cadar pon byk jugak. total dr belah fara n husband dpt 7 cadar hehe. tapi xpe, cadar leh buat tukar-tukar kan :)
good idea la u ni!bagus..hehe..i plak dpt blender n toaster tah 3 4 bijik.tp kettle xde lansung while myfren dpt kettle byk and xde toaster plak..haha..harus sistem barter je kan!heheh
diah, aah la kalu guna sistem barter within exbride pun okay heheh, thx diah melawat blog i =)
comel la tajuk kali nie...haha tetibe trgt hadiah2 yg dpt..mcm best je.nak kawen byk2 kali..dpt adiah gini byk.betol2.brg letrik sampai leh bukak kedai kot..kite pon bg kt mak2 adek2.toster samp dpt 7,rice cooker 3.dapor msk2 dpt 4.byk gk bende sme..ayt quran kt dinding ade 4.byk leh bg kt org laen blk.cadar pon sme byk mcm farah..leh la tkr2 utk 3 umah..hehe...
CikPuan Fara.. kite pon ade dpt lesung batu ms kawen dulu.. sgt suke ok.. huhu
Post a Comment