Salam & Hello peeps
Hangat tak hangat ah tajuk kat atas ni kan..
Cerita nye gini, semalam bestfren aku tetiba msg aku..
BFF: wei, ex-bf aku kawen ah sabtu lepas..
Aku : exbf ko yang mane? ko kan banyak ex bf hahaha
BFF: ala yang last.. MR R lar.
Aku: omaigod!!!! dia kawen???
The reason aku terkejut cam nak rak tu sebab..
1) aku orang yang paling rapat dgn bff aku nih. yelar kata bff kan. jadi semua perjalanan cinta dorang dari tackle-menackle sampai break off semua aku tau.
2) Ex-bf dia ni memang kemaruk cinta abes dengan bff aku nih sepanjang mereka bercinta. Sanggup amik mc walaupon baru 2 hari keje semata-mata nak antar bff aku kat puduraya nak balik kg.. sanggup duduk kat mamak main game farmville dgn cafe world dari pagi sampai petang semata-mata tunggu bff aku g interview.. dan macam-macam lagi ah kesanggupannya tu..
3) Mereka putus atas alasan yang tak munasabah. Hanya sebab bff aku tegur dia sebab sikap endah tak endahnye. *ade sesetengah lelaki ni kurang sifat sensitiviti* lepas tu terus ex-bf dia diam seribu bahasa. takmau dah cal. takmau dah reply sms. even nampak online YM pon bila bff aku tegur, dia buat bodoh je. Bila cal ex-bf minta time off. kengkonon belom ready nak komitmen. Apakah???? *aku plak yg emo*
4) After a month, ex bf dia dok senyap je.. bff aku pon cal lar tanya apa status dorang sekarang.. Couple lagi ke? da break ke?.. nape gantung tak bertali nih?.. Boleh tak exbf dia cakap..
"Kita break je lar. saya bukan untuk awak. Kita tak sesuai, kita jadi kawan biasa lar. Lagipon saya taknak ade komitmen sekarang"
Huh.. sesedap mulut je cakap. Kalu dekat maunya aku bagi flying kick satu. *sekali lagi aku emo terlebih hahaha*
5) Lepas dari tu, ex bf dia ni langsung tak dengar cerita.. Setelah beberapa bulan.. tup tup dengar dia kawen!!!!!
Secara kesimpulannya untuk cure rasa saket hati tahap gaban tu,
*** Please STOP STALKING exbf punya facebook, blog, twitter atau apa-apa sahaja seangkatan dengannya. Selagi dok stalk ex punya laman sosial tu, secara tak langsung hati sendiri yang saketkan. Apalagi tengok pic kawen dia yang pelbagai posing tu.
*** Kena MAAFKAN exbf. Yes, memang susah sebab kengkadang cakap kat mulut tak sama dengan hati. Kena let it go. Dalam life ni, tak semua orang akan stay dengan kita the whole life. People come and go. Dari situ we learn menilai hati orang.
*** Mengadu dengan Allah s.w.t. This is the best medicine! Tak ade ubat lagi baek dari mengadu dengan Allah s.w.t. Jangan ah bila dah cam nih baru carik sejadah. Selalu doa mohon tabahkan hati, minta petunjuk yang baik. Insya Allah, hati kan selalu tenang.
*** Dah namanya exbf, yang pernah masuk dalam hati. Sket sebanyak pon mesti ade sket rasa tersentuh kan? Tapi dia dah kawen maknanya ternyata bukan jodoh korang. NOKTAH.
*** Dah namanya exbf, yang pernah masuk dalam hati. Sket sebanyak pon mesti ade sket rasa tersentuh kan? Tapi dia dah kawen maknanya ternyata bukan jodoh korang. NOKTAH.
*** Ada lagi tips-tips heart broken aku pernah bagi kat entry ni.. sila tekan SINI
Jom dgr lagu bawah ni.
Aku suka lagu nih esp tengah down.
paling suka lirik yang last sekali
"Menyerahlah untuk menang"
-very meaningful-
Aku suka lagu nih esp tengah down.
paling suka lirik yang last sekali
"Menyerahlah untuk menang"
-very meaningful-
Dewa Hadapi Dengan Senyuman
Hidup terlalu singkat untuk menangisi orang yang tak mungkin akan membahagiakan kita. Chill babe! =)
Hidup terlalu singkat untuk menangisi orang yang tak mungkin akan membahagiakan kita. Chill babe! =)
0 komen:
Post a Comment