Assalamualaikum wbt & Hello peeps!
Korang pernah lihat situsi begini?.. Ramai sangat dikeliling aku menjadi mangsa "kikisan" si kekasih seperti situasi bawah nih..
Situasi 1: Membenarkan si kekasih memandu kereta korang.. dengan alasan tak perlu susah payah cari kereta dan malas nak driving.. Disebaliknya si kekasih bergaya seolah-olah kereta sendiri dan bawak lelaki/perempuan lain..
Situasi 2: Demand mahu baju yang mahal, henfon terkini dipasaran, makan ditempat mewah.. Bercitarasa tinggi padahal poket kosong. Ouch! Jika tidak, ugut mahu putus hubungan.. Si kekasih pulak tidak berduit sebanyak tu.. kelam-kabut keluarkan duit simpanan.. pinjam sana sini untuk menjaga hati si kekasih tadi..
Situasi 3: Membiarkan kekasih menanggung segala perbelanjaan dating sepanjang masa.. padahal si kekasih bayar pun pakai duit pinjaman belajar. Belum kira lagi dok supply topup henfon untuk si kekasih.. *patutnya sama-sama lah kalau masih belum bekerja*
Hello, jangan HAMBA CINTA. Cinta sepatutnya give and take.. Nak berkorban segalanya pun belum tentu dia jadi kawen dengan korang.. Cinta bukan alasan membiarkan diri dipergunakan. Kepada si pengikis.. Carik duit sendiri.. kalau takde duit toksah nak menempel duit/harta orang hokeh . Sekian ^^
10 komen:
pnh jd mgsa kikisan...owh trasa bodoh betul mase tu...boleh undur masa x??rs nk hempuk2 je die..heee...bdw nice entry
Hoho! Semua point tu betul. Tak suka la orang yg macam tu. Annoying gila!
very setuju uolsssss... betol, anooying la. zaman sekarang ni ramai lelaki suke kikis duit pompuan. mengong betol!
yang peliknya...mudah btol di tipu n dipergunakan eik....mmg setuju sgt kan Give n take to sangat penting k...jgn sebelah pihak jer yg berkorban n terkorban...
yup kak , lain lah kalau dah kahwin ..
SU SETUJU..SU DL BERCINTA DGN HASBEN MASE KAT IPT..MASING SHARE2..YELA MANE DUIT LG MASE TU KAN
agreed. tak suka pompuan yg menghambakan diri kerana kekasih yg dicintai. owh, xperlu membazir duit dgn die and die pun sebenarnyer xperlu nak membazir duit kat kite. kdg2, terlalu sayang pun, susah jugak.
jadi mcm saya..always single..arha~
penah jugak jd situasi kt atas tu...tp dulu la..zaman2 jahiliah dulu...hehh!
reen, hahaha rasa cam bodo ketapang ms tu kan heheh ;)
diana, yerp.. taktau malukan mkn duit org ;p
naem: tu lelaki dayus tau. serius tak tau malu. isk.
liza, itular msti ada give & take. baru hubungan bahagia Insya Allah :)
tia, yerp. tapi dah lepas kawen pun isteri bukan tanggung suami hokeh. kena sama2 ler :)
puan sue, ala2 cerita pasal dolu2 pulak heheh. yg penting sama2 hepi kan? tak pendam rs sakit hati :)
reen, otular bila dah terlalu syg kekdg org jd BUTA sbb cinta..
teenager, hehe enjoy yr single life to the fullest sis. nnti da ada partner, secara automatik resp tu ada :)
sha, alaa fara pun pernah terkena jugak. zaman bercinta tak guna otak huhuhuhu :(
Post a Comment