Followers

Friday, June 17, 2011

Kerja Kerajaan vs Kerja swasta

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi Jumaat peeps!

Rasanya ramai readers kat sini yang sudah bekerja.. Mungkin ada jugak yang masih belajar kat IPT dan of course lar akan bekerja nanti ye tak?

Mana satu pilihan korang?.. Bekerja dengan kerajaan atau bekerja dengan syarikat swasta?.. 

Dulu habis sahaja belajar kat Universiti, boleh dikatakan semua kengkawan aku apply SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dan badan berkanun yang buka jawatan kosong. Tapi yang boleh aku katakan bukan mudah nak masuk. Bergantung pada rezeki masing-masing. Ada yang apply sekali pergi exam, temuduga terus dapat masuk gomen *panggilan untuk government*. Ada jugak yang bertahun-tahun apply pun tak dapat-dapat jugak. Laluan bukan mudah maklumlah ramai yang ada master sekarang. Degree apatah lagi.. Berlambak. 

Alasan untuk masuk gomen?.. Jawapan standard nak kerja terjamin.. Gaji dan elaun diberi mengikut tahap kelulusan, tempoh berkhidmat etc.. Dapat pencen.. dapat gelaran orang panggil.. "Tuan""Puan".. *maaf, kalau ada yang terasa heheh*, dapat cuti bersalin 90hari dan macam-macam lagi kelebihan..

Ada dikalangan kengkawan aku yang lebih berminat bekerja swasta sebaik sahaja habis belajar. Alasan untuk kerja swasta?.. Gaji yang lebih cepat naik compare gomen (tengok company gak), kerja yang kompetitif, bonus tiap-tiap tahun dapat dan macam-macam lagi inisiatif.. Ada jugak yang mulut lancang berkata.. "kalau nak cepat kaya kerja swasta lar.. Bukan kerja kerja gomen". Hmm tu pendapat masing-masing.

Dan aku pernah bekerja dikedua-dua sektor.. Dan kedua-dua sektor ada pro dan kontranya.. Yang PENTING, kita cari rezeki yang halal tak kira kerja dalam sektor apa sekalipun. Apa pendapat korang?.. Nak share pengalaman pun boleh.. ^^

p/s: Terima kasih pada new followers dan blogwalker yang drop komen kat shoutbox. Sila tinggalkan link korang untuk aku jejak balik ye. Toche-toche =)

11 komen:

PUANSTOBERI said...

tehhee...
kakreen keja govt tp bdn berkanun. kat sini kami 'mesra' amat. takde puan puan.. kalo yg tua tu biasa la. akak je. huhu
smpai pengarah pun panggil akak je. Tp yg pompuan je la. Lelaki kita panggil encik la.

Tp kalo govt full (kementerian) mebi ada la kut puan seme tu.

Cuma akak bes keja govt ni "sain" laku. Hihihih :D

Edura Hanum said...

sama ada gov ke private msg2 ada pro dan kontra.
tapi keja gov nie xsemestinya keja ikut qualification.camtue siap sedia dgn gaji yang berbeza ngn private
nak dibandingkan private tawarkan gaji lg tinggi.tapi lagi jaminan gov

CutieLiesa said...

bak kata orang...nak kaya xleh keje gomen....hihihihiih....yang kata ni pun atas2 punya pangkat...but mmg btol pun....biasalah kan ...mesti ada pro n con..kan..

CikPuan Fara said...

pn stoberi: panggilan tu bergantung pada jabatan kot sbb kat cni.. kerajaan negeri panggil puan, cik etc :) yerp, sign memang laku utk sahkan sijil2 bagai heheh :)

edura: betul tu.. setuju sgt :)

liza: hahaha itular. tapi tak kisahla keje mana pun asalkan halal ye tak heheh :)

Far8 budak baik said...

kalau ak..nk keje kerajaan dulu..
pasdah kumpul duit..
dah agak2 cukup kawen..kawen dulu..pastu dah cukup duit lagi.baru buat kerja sendiri bhd..cewahh..
hahaha

tia @ Ini Kisah Tia said...

ye kak ! tak kisahlah kerja manapun . asalkan halal :)

CikPuan Fara said...

far8, wow cara jugak tu.. heheh. mekasih bg komen ye :)

tia: yes sis, yang penting kita cari duit halal =)

ibnubaba_04 said...

xyah kerja, duit masuk..lagi best..hoho

CikPuan Fara said...

ibnubaba, hahaha tu paling best. dok je umah tapi duit masuk kan? hehe. btw, mekasih jadi follower saya :)

naem glizzy said...

which one is better eh sis? kita dah nak grad degree ni.. tapi blur lagi hahahah!

CikPuan Fara said...

naem, dua-dua ada pro & kontra. tapi kalu nak sis advise.. pilihla government. walaupun gaji takler sebesar swasta tapi Insya Allah terjamin :)