Followers

Monday, October 24, 2011

Tips Hilangkan DOUBLE CHIN


Assalamualaikum wbt & Hello peeps!
credit: google
U'oll ada double chin?.. Fara ada hokeh. Sejak dari zaman anak dara dah ada double chin walaupun masa tu selim melim --' Tapi sekarang dah makin kurang double chin.. Ni hasil usaha senaman dagu dekat dua bulan tau..


Senaman dagu:


1) U'oll hanya perlu donggakkan kepala memandang keatas selama beberapa minit. Mudah kan!! Tapi kena amalkan lah setiap hari. Baru nampak kesannya. 


2) Caranya sama dengan yang atas tapi advance sikit. Sambil dongak tu korang kena jelirkan lidah. Nampak macam jijik kan bila org lain tengok. Macam lucah pun ada. So Fara cadang buat dalam bilik sensorang.  Supaya tak menimbulkan syak wasangka ahahaha. *bagus untuk menarik otot-otot lemak bawah dagu*

3) Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir2 dgn tangan kiri  kanan. Lakukan sebanyak 40 kali. *tips nih fara tak buat. tak sanggup nak sepak diri sendiri ahahaha*

4) Menggunakan otot muka leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.

Sesapa nak mengelakkan double chin, u'oll kena buat ni setiap hari:

1.  Bila korang berjalan, duduk jangan tunduk berlebihan. tegak. biar mendada. bukan sahaja postur tubuh cantik, tapi dagu pon xkan berlapis.

2. Jika anda tidur, bantal jangan tinggi sangat. bantal yang tinggi pun menyumbang kepada double chin nih.

3. Kepada "Pencinta makanan" cam Fara ni, tolong kawal makan.jangan nak berlebih-lebih sangat. elakkan makanan berlemak. *nih memang susah*

4. Kalau ada masa terluang, urutlah dagu atau buat senaman dagu. urut macam mana? ohh dari bawah ke atas. Urutan dapat membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah. bagus kan? buatlah setiap hari. mesti berhasil =)


p/s: kalau buat setakat dua, tiga hari pastu malas memanglah takde hasil. Kena disiplin tau! 

Sumber: http://www.tip.kuruskanbadan.com/

8 komen:

jia creatifelt said...

harus mencube...>_<

CutieLiesa said...

hohohohoh...bole try nie...hihihiihih

mamaNoriz said...

nak buat senam tu tak susah kan tpi bab nak kontrol makan yg paling payah...huhu

akak paling suka bab julur lidah...hihi

mynameismy said...

haha betul la kata kamu psl darjah 5,6 tu.. tekan2 tapak tangan kuar bijik... kununnye kite tau anak bape..

hampeh kan..-.-'

Lieya said...

Hai orang yang berasal dr nong chik, ehehehe... singgah sini jalan2. dagu belum berlapislah... eheheh tp bagus ni simpan utk akan datang. ekekekeke... follow u jugak

Zana Adieyza said...

nak cubalah nnti!! tq dear sbb sudi share!

fathiyyahISMAIL said...

wahhh menarikkk xD

bole cuba ni :D

Solihin Zubir said...

comel hape ada double chin.. heheh..