Followers

Monday, June 6, 2011

Quick Update!

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Sudah 5 hari tak update blog.. Sibuk dengan kerja.. plus penyakit malas mula menyerang heheh.. Terima kasih pada follower yang baru.. Terkejut mak nokkk bukak blog.. Wah!! dah ada 118 follower!! Hoyeah!! *walaupun kecil bebenor kalau dicomparekan dengan blog-blog otai kan?* Tapi tak kisahlar pasal jumlah follower tu.. ada jugak orang nak follow blog aku yang sederhana ni. Terharu~ 

Terima kasih banyak-banyak. Dan terima kasih jugak pada yang sudi tinggalkan shout out kat sebelah kanan ni.. Aku akan melawat blog korang yer..

Aku akan update a new entry later .. Take care everyone! ^^

Thursday, June 2, 2011

Salam Kaut?

Assalamualaikum wbt & Hello Thursday peeps!

credit: google
Korang pernah dengar salam kaut tak? Ala.. kalau pergi kenduri kawen, bila nak balik mesti salam mak bapak pengantin sambil bagi duit tu.. Aku tak tau lar sejak bila dimulakan atau siapa yang memulakan tradisi nih.. 

Sebenarnya, bagus SEDEKAH duit nih TAPI kalau ada yang tak dapat datang sebab duit salam kaut tak bestlah..  Kawan aku berbangsa India mula-mula taknak datang wedding aku sebab dia kata wedding orang melayu kalau pergi mesti bagi duit *masa tu dia maseh menggangur* Aisey, tu pandangan seorang bangsa India terhadap wedding kita haihh :( 

Yelar mesti rasa segan kalau semua orang bagi, tetiba tak bagi. Apatah lagi bila bagi duit salam kaut nih baru dapat goodies bag.. Kalau tak bagi, mak ayah pengantin tu buat dek je. Ni bukan cerita rekaan hokeh. Depan mata aku sendiri.

Masa kenduri kawen aku dulu, ada yang bagi envelope kosong.. Dan ada juga yang letak tiket bas yang dah expired tarikh dalam envelope. Tak tau ah apa motif buat macam tu. Mungkin jugak sebab takut orang mengata tak bagi sampul duit. Padahal mak bapak aku serius tak kesah. Tu semua terpulang pada tetamu. Orang datang majlis aku, family aku sangat berterima kasih. Dapat duit salam kaut tu kira bonus. Bukan paksaan.

Biar ah pemberian duit salam kaut tu IKHLAS. Kita buat majlis bukan nak hadap minta duit orang tapi nak orang datang sama-sama memeriahkan majlis kawen kita. Korang setuju tak dengan pendapat aku nih? ^^

Wednesday, June 1, 2011

Segmen: Dari Blogger Untuk Bloggers- Untuk Blog Kurang Dari 300 Followers

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Sekali lagi aku join segmen.. Tapi kali bukan Bro Ben Ashaari tapi dari blog famous BANGKU KOSONG . Secara tak langsung boleh promote blog aku yang kurang dari 300 followers nih..

Senang je mula-mula tempek ini;


Kenapa aku perlukan follower dalam blog aku nih? Sebabnya aku nak menambah kenalan. Lagipun follower nih penting.. yelar dah penat perah otak *penat ke heheh* buat entry.. nah ah orang komen. Tak kira membina atau tidak komen tu. secara tak langsung boleh memperbaiki skill membuat entry yang lebih bemutu.. Selain tu boleh tukar-tukar pendapat.. maklumlah blogger bukan datang dari satu peringkat umur je.. Sharing is caring ye tak? =)

Pada sesapa nak join segmen nih masih tak terlewat lagi.. Sila klik SINI untuk maklumat lanjut. Ada 1/2jam lagi untuk join sebelum tempoh tamat 11:59pm 1 Jun 2011. Jom lah join segmen nih ^^