Followers

Tuesday, April 17, 2012

Antenatal Check Up @ 24weeks!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!


Okay, ni entry basi. Nak masuk 25weeks baru nak cerita pasal last week check-up @ 24weeks! Penyakit M memang makin melampau-lampau hihihiks ;p


Ni hasil check up @ KKIA..


Tekanan Darah: 110/70 (Normal)
Urine Test: Nil (Normal)
HB: 11.8 (naik hb! sebelum ni 11.0)
Berat 61.1 (naik 6.1kg untuk 6 bulan peknen)
Tinggi Rahim: 24cm (Normal)
Denyutan Jantung Baby: 147 (normal)


Lepas tu kena inject suntikan tetanus (elakkan kancing gigi). Ni first time inject. Ada satu lagi suntikan yang sama dalam 8bulan peknen. Sengal takyah cakap ah. Lenguh tangan 3hari huuu~~


Secara keseluruhannya baby dan ibu sihat dan normal. Scan tunjuk uri baby dah naik. Sebelum ni uri kat bawah. Punyalah risau.. hari-hari dok usap perut cakap dengan baby bagi uri naik *psiko sket hihi*

Dan ni scan terbaru anak ibu & ayah..




Nampak tu dia cam bersujud.. Lepas doktor print gambar baby baring balik.. Oh patutlah ibu selalu rasa berombak-ombak dalam perut hihihi.


Doakan khalifah kecil nih membesar dengan sihat dan sempurna yer?


**misi mencari barang baby bermula ^^

10 komen:

ciksuen said...

insyaAllah bb membesar dgn sihat & sempurna. amin :)

::EIDA:: said...

Semoga ibu dan anak sihat... =)

e k i n ♥ y u s r i said...

semoga baby dan mommy sehat...

eira eixora said...

semoga awak dan baby okay sentiasa =)

~LeeyanaRadhi~ said...

seronoknye da nk beli brg baby..hehe..happy soping ibu & ayah..hehe

julie@julianamnoor said...

wah ni pi check kat mana farah?

Hayati A.G said...

wah nak tahu apa rahsia naikkan hb..selalu dapat cukup makan je..huhu...

With Julia said...

best yer mencari misi bayang2 baby bermula...itu satu perasaan yg indah...wau dah 25 weeks ya...dear keep in touch with me always ya...follow me back...see u soon in the next entry..:D

puanungupunyecerita said...

masih rahsia gender...suprise gitu..
epy sopin sakan...pump jgn lupekan..
winkwink!!

PutriesNoora said...

alhamdulillah!!bestnya=D