Followers

Thursday, April 19, 2012

Pemakanan & Supplement Untuk Naikkan HB

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Sebenarnya banyak sangat cite pasal peknen nak share tapi dek penyakit M semua entry terperuk kat draft jek ;p sampailah dalam entry TERBARU.. ada yang bertanyakan apa tips untuk naikkan HB (kepekatan darah). Sebelum nih Fara pun ada masalah HB makin menurun compare masa mula-mula buat buku merah.

Kronologi HB Fara..

10 weeks: 13.1
14 weeks: 11.8
18 weeks: 11.5
20 weeks: 11.0
24 weeks: 11.8


Masa 20weeks peknen check up kat private, doktor beri Obimin Pluz. Ia adalah kombinasi Obimin dan Fish Oil. Obimin Pluz nih ada semua supplement yang diperlukan oleh ibu ngandung. Bagus untuk ibu dan pertumbuhan serta perkembangan baby. Harga RM 62.00. Mungkin ada yang kat farmasi luar boleh dapat lagi murah. Obimin Pluz ni pun bagus untuk yang plan to conceive jugak. Dan alhamdulillah lepas makan Obimin Pluz ni, HB Fara naik balik.. 

credit: google
Ni Fara share menu makanan yang bagus untuk naikkan HB.. Sebelum ni tukar-tukar menu ni lah. Tapi HB tak naik-naik jugak huhuhu --'

credit: google
Ada lagi tak apa-apa tips untuk naikkan HB? 
Boleh share kat jugak yer.. ^^

*mood nak sambut 2nd anniversary minggu depan ;)

10 komen:

e k i n ♥ y u s r i said...

sblum nie HB ekin ok je
pastu hr tue tetibe turun plak
mybe penat kot

::EIDA:: said...

Ida tahu yang spirulina boleh menaikkan HB.. =)


*bestnya sambut 2nd Anni dengan perut memboyot!!*

puansazusarin said...

xde pun mkn suplemnt2 ni..tetb rse mcm dri ni xsyg bby dlm kandungan ;(

Nana Aris said...

sama la dengan nana, first time check up 13.4, pastu 11.8 je maintain..tak tau la lepas ni berapa plak kan..nana memang suka makan hati and kerang tu tp tak tau la bila dah pregnant ni elok ke tak makan byk sgt 2 benda ni..takut penyakit lain pulak datang kan..

hikari said...

bayam.. atau kerang..
setiap kali sblm check up, hari sblmnya saya ratah semua tu... HB saya sentiasa 12 ke atas.. :)

Zana Adieyza said...

zana pernah try makan obimin.. tp susah nak telan.. sebab besar sgt.. hahaha.. kelakar ok!

seronoknya nak smbut second anniversary!!

mynameismy said...

eh HB tu ape? heee~ hrtu ade tnye akak sorang ni. skrg da lupe dah maklumla lum gi check up hehe...

my skrg mkn asid folic je. nk mkn vitamin lain tak reti nk mkn vitamin ape hehe

dialicious said...

diah dulu HB turun doc bagi iron pills.sbb baby dh besar sgt dia x kasi mkn obimin

Pengedar Jus As-Sunnah said...

salam..bleh minum jus kurma madu habbatussauda untuk menaikkan HB :)

Anonymous said...

tumpang tanyer..kat maner nak beli Obimin Pluz ni dengan harga RM62.00...saya nak belikan untuk isteri saya..sekarang mengandung 3 bulan anak yang kedua.. dengar kaum ibu cerita obimin pluz ni baik untuk ibu mengandung dan anak dalam kandungan... email sayer...
iszaidi.lphs@gmail.com