Followers

Saturday, January 7, 2012

Usaha Trying to Conceive..

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!


credit:google
Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum nih.. Fara akan share usaha yang telah Fara lakukan sehingga alhamdulillah dianugerahkan sikecil dalam perut ni hihihi. Sejujurnya Fara memang inginkan anak secepat mungkin selepas berkahwin pada 23 April 2010.. Tetapi ketika itu, Fara pjj dengan suami sehingga Fara mengambil keputusan berpindah kerja ke Penang dan duduk dengan suami. 

Selepas dapat duduk bersama, usaha pertama yang dilakukan ialah makan asid folik.. Tapi Fara tak berdisiplin.. Kejap makan kejap tak. Lupa memanjang hihihi. Selepas tu, dengar pulak orang cakap makan Jus Bidadari DCL bagus untuk nak pregnant.. Makan jugak.. Ada yang kata minum air kacang hijau dan makan taugeh pun bagus. Buat jugak.. Tapi bila takde hasil mulalah give up.. 

Kemudian MIL pergi menunaikan umrah bulan April 2011.. Dia bagi 6 biji buah zuriat dan debunga kurma 2botol.. Kembali bersemangat untuk berusaha.. Mencuba hingga 3bulan.. Tetapi masih takde tanda-tanda nak melekat.. Cik period tetap menjadi tetamu setiap bulan.. Masa tu dah mula terpikir,


"aku nih memang kena jumpa doktor jugak ke, takleh conceive naturally kah? =(" Sedihhh bila ingat balik masa tu huhuhu.

Misi bermula bulan September 2011 selepas raya Aidilfitri.. Mendisiplinkan diri makan asid folik dan air rebusan buah zuriat setiap hari. Siap pasang reminder kat henfon sebab kalau tak memang lupa. Mulakan lifestyle dengan lebih sihat dengan berjogging setiap 2hari.. lari keliling kuarters je. Lepas tu minum susu anlene setiap malam. 


Bulan Oktober 2011, sedang bosan-bosan kat opis, buka forum Ratuhati.. Terbuka hati nak mencuba BBT (Body Based Temparature)*kena amik suhu setiap pagi, daftar kat Fertilityfriends.com dan wajib masukkan suhu setiap hari untuk mendapatkan waktu ovulation..* Sebelum ni tau jugak pasal BBT ni, tapi setakat baca sambil lalu je..

Jadi pada first day period mai bulan October 2011, bersemangat beli termometer dan amik suhu setiap kali bangun tidur. Dan sekali lagi ini juga menuntut disiplin. Jangan skip-skip. Percaya atau tidak..selama ni selalu menyangka Fara ovulation hari ke 14 tetapi sebenarnya hari ke19! Memang tak sangka! Fara teruskan berBBT dengan bantuan kawan-kawan Ratuhati.com.. sehingga Fara disahkan hamil 5 minggu pada 2 Disember 2011..

Usaha berBBT disamping makan asid folik dan air rebusan buah zuriat alhamdulillah membuahkan anugerah yang tak disangka-sangka. Fara juga berpantang makan nanas, air tebu, jambu batu dan tapai. Tapi kepsi/mekdi tak pantang jugak. sebab tak tahan tengok iklan. kecur! heheh. Nescafe pun sama..tiap-tiap hari mesti minum sampailah dah confirm pregnant boleh pulak terus stop minum.. hihihih.

Menjadi TTC'ian memang banyak mengajar Fara macam-macam. Yang pasti ia banyak mendekatkan diri denganNya.. mengajar diri untuk tahan dengan pertanyaan soklan yang sama berulang-ulang *kadang-kadang dari orang yang sama jugak* dan sindiran orang keliling yang tak paham makna Rukun Iman ke6- Percaya Qada' dan Qadar.. dan kerana TTC jugak lah Fara berjumpa dengan ramai kawan-kawan yang sama TTC'ian. Kami saling beri sokongan tak berbelah bagi.. berkongsi air mata yang sama.. dan percaya atau tidak Fara selalu rasa mereka dekat sekali Fara waima tak pernah sekali pun bersua.. sekadar didalam internet sahaja.. 


Kepada kawan-kawan TTC'ian yang tersayang dan sesiapa yang trying to conceive.. Fara doakan kalian akan akan menjadi ibu tak lama lagi.. Cepat atau lambat saja waktunya.. Dia merancang yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya. Yang penting berusaha, doa sentiasa dan tawakal..

Jumpa lagi.. =)


nota kaki: TTC=trying to conceive..

14 komen:

::EIDA:: said...

BBT, ida pernah dengar jugak.. nnti ida dah daftar.. ida kerap tanya fara ek.. Jgn mara.. ida tanya kat TTC Corner nnti.. =)

*awal2 dah bagitahu* hehe

hanidatul shatira said...

Owhh....bru taw...nak try cara fara la...,,,tqqqq

Nana Aris said...

thanks a lot fara for sharing this..harus pergi cari termometer ni..mana tau lepas berBBT ade rezeki kan..tp memang kena disiplin la ni

nana doakan dipermudahkan semuanya untuk fara ye =)

~LeeyanaRadhi~ said...

Kuasa Allah melebihi segalanya..

Eida, nnt share link BBT..hiihih.. *eh kt umh org len,tgur org len* hihi

cikbedahlaser said...

noted... rasa nye...
kesimpulannya senang je kan...
DISPLIN dan KOMITED...
uhuhuuhu adoiii.. tu pasal la x jd ape2.. x displin n sungguh2 saya ni....
smoga fara sihat selalu dgn bb ok....

Girls Like Me said...

kak fara, sedih bila baca post kali ni...its what i feel skang..if u dun mind..nk tau, link for bbt tu, n ape forum TTC tu..nk joinn...

A*nY said...

terima Kasih Fara berkongsi=))

PUANSTOBERI said...

yerp..semenya kena displin dan istiqamah..
adoii..tetiba pening ngan diri sndiri sbb tk penahnya nk istiqamah..

eKa said...

aminnn...smoga masim mlut ibu mengandung ni...leh tak fara bg link utk bbt tu.masa fara makan serbuk debunga kurma tu, piyed delay tak...eka retu try mkan,tp alergik, gatal2, pastu piyed delay...eka terus stop...

Reensyarinie said...

seronok la bc cerita akak hari demi hari..semoga akak selalu sihat yer..xde morning sickness ke kak?

CutieLiesa said...

nie namanya Usaha yang berterusan disamping Doa ....Alhamdullilah....Allah SWT dah makbulkan....tahniah fara

Anonymous said...

salam ukhwah..
minta tolong fara link kan data untuk key in dlm ovulation chart boleh?.
tqvm!

Reen Tart Nenas said...

fara tahniah hoke! reen masih cuba :( ok tetiba bergenang air mata. *hugs! reen pun baru beli ovulation test kit semalam, tp belum cuba lagi. owh, bleh cuba yg web fara ckp. mcm reen pun minum air rebusan tu, tp nan ado... pasal pasal slalu skip2

puanungupunyecerita said...

TAHNIAH sgt...sodoku memg best
tp ila x daya nak wt
time pregy dulu
ahak rugi2...
tp wt math laen..hehe
gd luck farah
try d best 4 gd mother
:D