Followers

Thursday, January 5, 2012

Syukur alhamdulillah.. Akhirnya Dia makbulkan..

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!



Lama betul tak bercerita disini. Pertama kali, Fara meminta maaf pada semua terutama pada geng TTC'ian kerana merahsiakan berita baik ni.. Bukan apa, Fara kena akur dengan pesanan suami/keluarga yang meminta agar dirahsiakan dulu.. Pantang larang orang tua nak tak nak kena ambil jugak.. untuk kebaikan diri sendiri.. Apatah lagi sepanjang 1st trimester Fara sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga maklumlah 1st time pregnant hihihi.

Berita pregnant ni bukan sahaja berita yang ditunggu-tunggu setelah berkahwin 1 tahun 7 bulan tetapi jugak hadiah birthday ke28 fara bila disahkan pregnant sehari sebelum birthday.. 2 Disember 2011..

Untul pengetahuan semua.. Fara datang bulan memang boleh dikira regular dari zaman anak dara hingga dah jadi isteri orang ;) mesti datang antara 28-30 hari.. Jadi bila hari ke 36 masih tak datang.. tangan pun rasa gatal je nak buat UPT.. Kelakar bila dingat punya tak menyabar nak test.. 1st buat test waktu petang! dalam hati yakin, kalau memang dah ada mesti naik dua line..

Alangkah terkejut tengok dua garis muncul tak sampai 2minit!.. terkedu sekejap. masa tu kat umah mak, suami pulak outstation.. Dua hari kemudian, Fara test lagi sekali.. kali nih test guna 1st urine lepas bangun tidur.. Dua garis yang sama terus muncul.. 

Lepas test, amik wudhuk, solat subuh dan terus sujud syukur.. Perasaan bercampur baur.. Rasa gembira kerana penantian sekian lama berhasil.. Rasa risau kerana 1st time pregnant dan banyak melakukan perjalanan jauh ketika itu dan sudah tentu perasaan SEDIH dan TERHARU kerana mengenangkan diri ini bukanlah hambaNya yang baik dan telah berbuat pelbagai dosa.. tapi Dia tetap memakbulkan doa kami.. Lencun jugakla sejadah menangis masa buat sujud syukur tu.. Rasa besar sekali kuasaNya.. Subhanallah..

dalam next entry, fara akan cerita perjalanan TTC fara dan apa usaha yang Fara lakukan sehingga dianugerahkan anugerah yang paling hebat ni..

Jumpa lagi! ^^


notakaki: TTC= trying to conceive..

13 komen:

PUANSTOBERI said...

Tahniah yunk.. seronok sgt baca org yg da berjaya TTC.

MOga ada rezeki kami pula selepas ini :)

::EIDA:: said...

Tahniah fara.. jgn lupa kami di TTC Corner.. hehe~

Kongsi tips-benda wajib! =)

pnsusu said...

tahniah fara,,,

tak sabar nak baca tip2 dr fara ni

~LeeyanaRadhi~ said...

Semoha Fara n baby sihat & kuat sehingga melahirkan.. =)

Reensyarinie said...

happy for you sis.. :)

ibuhebat said...

Moga Fara dan baby dilindungi Allah sentiasa.. Jaga kesihatan ok! :)

Cikpuan rara said...

TTC to apa?hmmm tahniahhhhh mst hepy sgt kan.

hanidatul shatira said...

fara..............congrats....alhamdulillah....doakan kami semua ye pasni

Girls Like Me said...

Hi Fara,
Congrats!
Tipss pleasee hehe...im trying to conceive to ..

Nani said...

tetiba aku plak yg sebak baca entry ko nih..hehe. ^_^

CutieLiesa said...

tahniah...dah bper bulan nie??? waaaa...tumpang happy jgk untuk fara....xsabar nk dgr cerita usaha fara...

AyzaEiza said...

salam farah..tahniah farah.jaga diri molek2 yer...

afrah.hana said...

seronoknye da berjaya berTTC.. jaga diri elok2. smge semuanya selamat. insyaAllah..