Followers

Friday, November 11, 2011

Our Mini Vacay: Cameron Highlands Part II

Assalamualaikum wbt & hello peeps!

Seperti yang diberitahu dalam entry lepas Fara sambung pasal percutian kat Cameron Highlands.. Waktu malam kami habiskan dengan berjalan-jalan kat Night Market, Brinchang. Petangnya hujan jadi waktu malam memang sejuk..


En Suami busy shopping ;)


belakang tu, kedai souvenir..


haaa berlambak fridge magnet..


ni pulak sarang lebah yang dipotong-potong untuk dijual..
Penuh orang kat gerai nih.. dok jakun tengok dia potong sarang lebah termasukla tuan blog hikhiks


sepotong, rm2.00.. madu dia sedappp tapi kulit putih tu liat cam chewing gum. 


ramai orang kat night market..


10 bungkus sayur= rm10.00! masa nih dorang dah nak kemas balik, baru terhegeh-hegeh nak amik gambar hehehe

Kedai makan kat sekitar Brinchang, rata-rata kedai makan Cina dan Mamak. Ada KFC, Food Court yang menjual makanan melayu dan sebuah kedai tomyam kat belakang Masjid Brichang.. Memang kaw-kaw makan tomyam time sejuk-sejuk nyum3. 

Cuma kat sini makanan agak mahal sikit maklumlah tempat percutian. Fara beli mee goreng n ayam goreng, nasi lemak n ayam goreng= rm14.00 kat night market. Fuhh memang terasa mahallah sebab beli kat night market bukan kat restoran. Tapi tak kisahlah nak isi perut punya pasal.. sejuk-sejuk memang asek lapar je hikhiks.

Keesokkan hari, we'oll breakfast kat kedai mamak Tanah Rata sebelum sambung aktiviti jalan-jalan.. 


Tanah rata pukul 9.00 pagi. Berkabus..



Lepas breakfast, we'oll terus ke ladang teh barrat. ladang teh nih memang penuh dengan orang. Maklumlah kedudukannya strategik kat tepi jalan. Sini ada kedai souvenir dan jugak kedai minum teh.


Ladang Teh Barrat


Bersama ranting-ranting pokok teh hikhiks


En Suami pun nak posing jugak

Kalau nak turun sampai ke tengah ladang teh pun boleh cuma larat tak larat je lah nak panjat bukit balik keatas hehehe.

Nanti Fara sambung jalan-jalan ke Ladang Teh Boh Habu, Kilang Teh, Bee Farm dalam next entry..

14 komen:

puanstoberi said...

retu akak tak pegi nite market sbb dtg bkn ari minggu. tp eh, Fara gi ari apa ni??

CikPuan Fara said...

ni nite market ahad malam.. nite market ada weekend n public holiday.. hari isnin kan public holiday kekda hihihi.

Zana Adieyza said...

syok!!!!!! terasa mcm zana ni kat CH bila baca entry fara.. suka!!!!

makanan kat sana mmg agak mahal.. zana makan kat food court brinchang, situ murah cikit..

Diana @ BKKC said...

farah...D pon teringin nak g cameron..tp tak gi lg sbb cik abg cam tak suke cameron.. tp next year..harap2 dpt g...kawan kawin dpt pasangan org cameron.... Tak kira..nak ajak dia g jugak nt

Noli said...

giler murah sayo..hihi

Unknown said...

aduhhh...

jelesnya!

akak dah lebih 8 tahun tak gi... huwaaaa

makin best sana ek...

ni kira 2nd honeymoon ke?
minta2 lah turun gunung tu bawak 'hasil' kan...hehehe...insyaAllah..

misskirokuza said...

best nye.....
nk p jalan2 cameron gak ar hihihih

Lissa Supplement Shaklee said...

nak pegi jgk lahaaaaa.....

Farrah_Anuar said...

wahh ramai nya g cameron.. nt nak g juga la..unexpectation nyer vacation.hehe. ramai x time sis pegi tuh?

suria lekatlekit said...

jalan2.. best. tak tau bila boleh cuti2 m'sia ni. dok hitung umur cik lala je hari2. mcm nak pusing jarum jam.. je nk bg masa cpt berlalu

So Shy Lady (SSL) said...

salam ziarah


woho murahnye sayur2
ldg teh tu mnghijau sdap mata mmndang kan ;)

محمد رازيق said...

nice vocay.. best2

K said...

bestlah dapat bercuti. dah lama tak bercuti, sobs

Solihin Zubir said...

tgok madu tu, tringat plak...

dulu kitorang merasa madu tu.. byk kali ulang alik merasa.. tp tak beli pun.. hehe..