Followers

Wednesday, August 10, 2011

10 Ramadan sudah..

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Maaf lama tak hapdet blog. Banyak cerita sedih terutama akhir bulan syaaban dan diawal ramadan.. "kekalahan bola sepak Malaysia ditangan Singapura-pura *opss ;p*", "Penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi dan tunangnya Elia  putus tunang" dan berita gembira bila "kerajaan bagi bonus 1/2 bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam". Alhamdulillah diharap jangan pulak lepas pertengahan bulan nih semua barang naik harga -.-

Fara taknak cerita panjang lebar pasal semua cerita-cerita kat atas tu.. Rasanya dah banyak blog ulang-ulang cerita yang sama..

Nak kongsi cerita sedih kerana kelmarin.. 8 Ramadhan Fara kehilangan salah seorang ahli keluarga.. Pakcik saudara (adik kepada mak Fara) meninggal dunia kerana paras darah tinggi yang sangat tinggi hingga putus urat tengkuk.. Arwah yang berumur 49 tahun koma di hospital selama tiga hari. Meninggalkan isteri dan anak-anak kecil lelaki seramai 4 orang yang beusia antara 8- 14 tahun.. . 

Pemergian memang sangat terasa apatah lagi dalam bulan ramadhan dan tahun ini tahun ketiga Fara kehilangan ahli keluarga terdekat berturut-turut setiap tahun. Tahun 2009- opah tersayang meninggal kerana kanser kolon, tahun 2010- sepupu meninggal kemalangan jalan raya (langgar lari) dan tahun ini pakcik saudara pula meninggal dunia. Sedih melihat sepupu yang masih kecil sudah menjadi anak yatim.. melihat mak saudara kini menjadi balu menanggung keempat-empat anak seorang diri. Tak dapat dibayangkan kalau Fara kat tempat dia.. 

p/s: Mood Sedih :(

7 komen:

Farrah Anuar said...

Al-Fatihah untuk arwah...
Rasanya xterlambat lagi nak wish 'Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak Sis'

Noriz sini... said...

iskhhh sedihnya ramadan fara...

semoga mereka diberi ketabahan dan yg dah pergi tenang di sana...

blog-tips-kurus said...

insan terpilih, dipanggil di bulan mulia ini..

CutieLiesa said...

Takziah farra...semoga rohnya bersama org2 yang beriman...Insya"allah

puanungupunyecerita said...

mga tabah farah..
alfatihah
saport mak cik ye
sedey kan..
Allah tentukan setiap hidp seseorg
mga mak cik tabah hadapi bersama anak2

CikPuan Fara said...

semua, terima kasih atas takziah & doa korang semua.. sangat2 fara hargai :)

Nani said...

takziah fara..(sory lmbt nek komuter)