Followers

Friday, June 10, 2011

Yvonne yang jahat!

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi Jumaat Everyone!

Sejak kebelakangan nih mana-mana aku pergi semua bercerita pasal drama Nora Elena.. Tak kira lah samada kat office atau pun kat internet. Buka facebook ke blog, ramai yang link video drama nora elena, bercerita pasal ke"gentleman" Seth Tan dan ramai juga yang berangan nak husband macam tu.. bagi bunga penuh satu bonet kereta.. Buat surprise bunga kat office.. Sanggup ambil cuti sebab bini terseliuh kaki.. Cool je Seth Tan nih :)

credit: google
Aku tak nak sentuh ah pasal watak Seth Tan atau Nora Elena tapi pasal watak pembantu Yvonne yang dilakonkan oleh Wan Sharmila. Rasanya semua yang mengikuti drama nih akan membenci Yvonne kan?.. Yelar jahat ya rabbi. Bersusah payah nak rosakkan rumahtangga Seth Tan dan Nora Elena. Tapi aku respek betul lakonan dia. Berjaya wei buat orang benci dia. Rasa nak lempang dia cukup-cukup semalam. Hahahaha.. Emo tak hengat aku nih ;p

Dan watak Yvonne ni sememangnya ada dalam masyarakat kita. Penyakit Hasad Dengki. Sakit hati tengok kebahagiaan orang lain. Apatah lagi orang yang dia minati dalam diam berkahwin dengan orang lain dan hidup bahagia pulak tu. Ni lar akibat kalau tak "let it go".. Lepas tu berdendam kaw-kaw. Aduyai, buat apalah nak buat camtu. Hati sendiri tetap sakit.. Tengok watak Yvonne tu stress sampai tak tidur malam.. 

Aku tak dapat cari novel Kasih  Yang Suci tulisan Meen Zulaikha  *drama Nora Elena adaptasi dari novel ni* Sold out sudah huhu. Tak sabar nak tunggu next week sambungannya. Rasanya cukuplar aku membebel pagi ni. Nanti aku update lagi..

Happy weekend everyone! Cheers! =)

13 komen:

einz said...

yup love her acting...

CikPuan Fara said...

einz, kannnn. she's a gud actress smp org boleh benci lakonan dia :)

Scha406 said...

hurmm...Sha rs mcm Sha sorg je x follow drama tu...psl ntahla...malas kot...hihi

CikPuan Fara said...

sha, heheh drama nih kalau da tgk sekali msti nak follow.. kalu x, asek rs nak tau je. xboleh nak miss ;)

ashra said...

bagus wan sharmila bawa watak ni..hehe
nampak menjadi kan..

=) salam kenal2.

CikPuan Fara said...

ashra, betul tu. memang menjadi lar. boleh dapat award :)

Raden said...

sy ase sy sorang kot kat malaysia nie yg xtgok nora elena...ppfftt..

anumuchan said...

sangat tak suka jugak watak pompuan ni..jahat dan gediks sangat..huhu

CikPuan Fara said...

raden, lor xtgk eh heheh. ni mesti tgk cerita cinta melody ye ;)

anum, kannn? memang sgt annoying perangai dia. awak kat jepun tgk dari tonton.com yer? :)

tia @ Ini Kisah Tia said...

bhahaaa . entah le kak . Tia tak ikut sangat perkembangan citer ni . tapi memang kegilaan lah si setan ni . eh , seth tan XD

CikPuan Fara said...

tia, hahaha tu lar bila sebut jadi setan kan?.. memang betul dia setan bila dah rogol elena tu..

~LeeyanaRadhi~ said...

hahhha....siap ade entry khsa pasal Yvonne lg..kelasss fara..punye la xsuke kan..

yana tulis dlm fb status...hubby siap ckp,emo giler tgk cite..agak2 klu jmp c Yvonne tu kt luar,mau jeling aje kan...ihihihh

CikPuan Fara said...

yana, hahaha tular punya sakit hati tgk episod kelmarin samapi buat entry hehehe. husband kita pun sama jugak tau. geram dgn watak yvonne tu ekekeke ;)