Followers

Thursday, April 28, 2011

Jemputan kahwin WAJIB ke bagi kad kahwin?


Salam & Hello peeps!

Tadi sedang aku dok mengelamun sensorang
 (husband maseh outstation lagi uhuks)
aku tertengok atas meja..
ada 4 kad jemputan perkahwinan ahad nih (1 May 2011)..
wahh , banyak je jemputan.. dekat-dekat pulak tu tempatnya
*punah harapan diet untuk ke 1000 kalinya hahaha*

Buka facebook.. oh ada lagi 2 jemputan secara cyber..
nampaknya kena adjust "jadual perjalanan" 
lepas tu tengok pulak komen-komen kat wall jemputan..

"wei, mana kad kahwin ko?.. kalau takde, aku tak nak pergi!"

" tak mainlar jemput dalam FB nih, aku nak real kad"

"oit nak save bajet ke jemput dalam FB jek?"

wahaha kemain lagi masing-masing nak "real" kad
teringat masa aku nak kahwin dulu
 aku jemput orang guna pelbagai method..
"real"kad kahwin, facebook, telefon, sms,
 jemput pakai mulut pon ada..

Pada aku, tak semestinya kahwin kena jemput 
HANYA dengan kad..
yes, nampak lebih proper bila jemput guna kad..
Tapi tak salah kalau guna kemudahan 
yang dah sedia ada kan?
Macam facebook.. most of people ada facebook.. 
hari-hari buka facebook
Jadi lebih senang sampai beritanya ye tak?
"Jemputan" tak kan hilang ditengah jalan *pakai pos*
Even dia jemput thru facebook sahaja doesn't mean 
"ajak-ajak ayam" kan
 *intention terpulang pada yang menjemput*

Rasanya tak perlular nak keluarkan perkataan.. 
"Kalau takde real kad, taknak pergi"
The funny part is yang keluarkan perkataan tu orang yang paling rajin melepak kat rumah bride to be.. 
Kenapa kalau takde kad tak nak pergi pulak?.. 
Unless tempat majlis tu haram ko tak pernah jejak 
& confirm sesat..


Dan
orang jarang nak simpan kad kahwin orang lain 
Selalunya setakat untuk tengok "kecantikan" kad,
untuk tengok map ke tempat majlis.
 Lepas tu Insya Allah, ia akan terperuk dalam dashboard kereta 
atau biar berabuk dalam laci bersama-sama kad terdahulu..

Ni sekadar pandangan aku, masing-masing ada pendapat sendiri kan =)

p/s: Sometimes bride to be akan EXTRA sensitif
 esp dekat-dekat nak kahwin.
So please mind your words toward them ;)

6 komen:

D' Cako said...

I agree! Kadang-kadang lost contact, perlu la kan nak mintak alamat rumah plak kt FB tu semata-mata untuk post kad jemputan kawen. For me, kalau utk saudara rapat tu perlu la kad-kad bagai nie.

Scha406 said...

agreed!

CikPuan Fara said...

D'cako, sgt betol kan?.. kita leh collect address from fb. dan usually bg kad pada yg rapat :)

sha, thanks dear!

Melda Mohd said...

Tak wajib kot kad-kad ni.

Tapi kan, kalau ada kad kan, lagi best kot, kan? Ahaha.

Dah la kad kahwin sekarang ni memacam style. Kelasss~

Myra Arshad said...

kadang2 kad tu bole tunjuk kita ni ikhlas ke tak. hehe *itu pendapat org dulu2 :p

CikPuan Fara said...

melda: agreed with u sis!

myra: sgtt betul kalu ikot bahasa org dulu2 =)