Followers

Wednesday, May 23, 2012

Tempoh mengandung 40 minggu ke 9bulan 10hari?

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

credit: google
Comel sangat kaki kat tengah tu ^^

Lama betul tak buka blog..
 Ntahla kenapa.. takde mood memanjang 
*tetiba salahkan hormon mengandung ehehe*
Alhamdullilah hari nih masuk 30 minggu.. 
Sekejap je waktu berjalan.. Baru terasa cam semalam check UPT..
InsyaAllah lagi 10minggu lahirlah khalifah kecik ni :)

Last check up kat kkia senin lepas @ 30weeks:

Gula: NIL
Tekanan Darah: 110/70
HB: 11.2
Berat Ibu: 63.6 (naik 8.6kg sepanjang peknen)
Tinggi rahim: 30cm
Kedudukan baby: Cephalic (kepala kat bawah)
Denyut jantung baby: Normal

Masuk 30weeks nih.. terpikir "eh, aku ni tak kena minum air gula ke?" Mulut gatai pi tanya nurse.. Nurse leh gelak-gelak. Katanya awak nih kira bertuahla tak kena minum air gula. Doktor kata semua sihat, tiada simptom diabetes-berat nek mendadak jadi buat masa sekarang tiada keperluan lagi. Ohh.. gitu yer.. Maklumlah tengok semua kengkawan peknen dok cite pasal air gula sampai muntah-muntah segala. Fara tak kisah sebenarnya minum air gula nih. Yelah kalu tak peknen tak kan dok gatai-gatai nak minum air gula pulak kan. Lagipun fikir untuk kesihatan baby dan badan sendiri.. Mau tak mau paksa telan jugaklah ;)

Oh yer.. sebenarnya dari mula mengandung lagi selalu terpikir.. Tempoh mengandung= 40 minggu. Tapi kita selalu diberitahu dari kecik lagi mak-mak mengandung 9 bulan 10 hari.. Kalu gitu dalam 37minggula kan? Ada sesapa tak yang tahu tak mana satu yang betul? Cer cita sikit? hihi.

Nota kaki: Setiap kali dengar azan berkumandang atau selawat kat Astro Oasis tu, mesti baby sakan menendang sampai berombak-ombak perut hihi. Semoga menjadi anak yang soleh/solehah.. Amin Ya Rabbalamin.

Wednesday, May 2, 2012

Wordless Wednesday: Ibu buyung 27minggu :)

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Tengok ibu buyung seberat 62.5kg ni dalam gambar.
Debab kemain! 

lakegarden @taiping

muzium perak @ taiping


ni gambar masa hujung minggu lepas. jejalan pergi taiping..

saper terer.. cer teka baby boy ke baby girl? ;)

Thursday, April 26, 2012

Survey Set Berpantang!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Dah beberapa bulan nih dok mencari-cari set berpantang yang akan digunakan masa berpantang nanti.. Taktau nak beli bila. Mungkin sebelum bersalin kot. Maklumlah nanti dah bersalin takkan baru nak order kat internet/berjalan-jalan kat mall mencarik. Ye dop?


Setakat ni ada dua set yang sangat menarik-narik mata aii untuk melihatnya hihi. Mula-mula set nih..

Tanamera Postnatal Set
Memang teruja betulla tengok set ni. Leh check pasal set ni kat SINI Antara retis yang pakai masa depa berpantang- Dynas dan Serina (Duta Tanamera). Selain tu femes amos blogger Redmummy. Lagi teruja tengok depa dapat kurang sekurang2nya 15kg masa 44hari berpantang dan semakin berkurang babat-babat diperut,pinggang dan paha lepas 100hari bersalin.  Leh tengok progress dia selim kat sini 44-hari-bersama-tanamera-postnatal Ingat rege nya mesti mahal kan? Dah survey total set: RM360 (+delivery). Kira rege nya reasonable sebab ada set berpantang lain lagi mahal dari ni.

satu lagi set yang menggoda perasaan ialah:
Leesa Formula Confinement Set 
ni set bersalin yang beria-ria mak Fara soh guna.. Leh check pasal set ni kat SINI Bestnya is tak guna serbuk2 semua. Ada dua tablet. Tablet haruan (mengubati luka-luka dalaman) dan tablet perawan (untuk rapatkan our private part). Ada pilis yang letak kat dahi tu pun ia ada dalam bentuk losen halia pastu sapu je kat dahi. Pastu ia siap dengan batu tungku. Takyah susah-susah nak cari batu, nak guna daun apa balut tungku. Senang guna. Total Set: RM350.

Ada sesiapa yang boleh suggest mana lagi bagus? Atau produk yang takde kat atas ni tapi berkesan untuk bf(breastfeeding).. Atau nak beli asing-asing?.. 


Adeii.. Idea please mommies-mommies sekalian...


**Mekasih follower baru & yg sudi drop komen kat entry sebelum2 nih. Nanti Fara akan membalas jejak u'olls hokeh :)