Followers

Thursday, April 26, 2012

Survey Set Berpantang!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Dah beberapa bulan nih dok mencari-cari set berpantang yang akan digunakan masa berpantang nanti.. Taktau nak beli bila. Mungkin sebelum bersalin kot. Maklumlah nanti dah bersalin takkan baru nak order kat internet/berjalan-jalan kat mall mencarik. Ye dop?


Setakat ni ada dua set yang sangat menarik-narik mata aii untuk melihatnya hihi. Mula-mula set nih..

Tanamera Postnatal Set
Memang teruja betulla tengok set ni. Leh check pasal set ni kat SINI Antara retis yang pakai masa depa berpantang- Dynas dan Serina (Duta Tanamera). Selain tu femes amos blogger Redmummy. Lagi teruja tengok depa dapat kurang sekurang2nya 15kg masa 44hari berpantang dan semakin berkurang babat-babat diperut,pinggang dan paha lepas 100hari bersalin.  Leh tengok progress dia selim kat sini 44-hari-bersama-tanamera-postnatal Ingat rege nya mesti mahal kan? Dah survey total set: RM360 (+delivery). Kira rege nya reasonable sebab ada set berpantang lain lagi mahal dari ni.

satu lagi set yang menggoda perasaan ialah:
Leesa Formula Confinement Set 
ni set bersalin yang beria-ria mak Fara soh guna.. Leh check pasal set ni kat SINI Bestnya is tak guna serbuk2 semua. Ada dua tablet. Tablet haruan (mengubati luka-luka dalaman) dan tablet perawan (untuk rapatkan our private part). Ada pilis yang letak kat dahi tu pun ia ada dalam bentuk losen halia pastu sapu je kat dahi. Pastu ia siap dengan batu tungku. Takyah susah-susah nak cari batu, nak guna daun apa balut tungku. Senang guna. Total Set: RM350.

Ada sesiapa yang boleh suggest mana lagi bagus? Atau produk yang takde kat atas ni tapi berkesan untuk bf(breastfeeding).. Atau nak beli asing-asing?.. 


Adeii.. Idea please mommies-mommies sekalian...


**Mekasih follower baru & yg sudi drop komen kat entry sebelum2 nih. Nanti Fara akan membalas jejak u'olls hokeh :)

10 komen:

Hayati A.G said...

tulah sy pun tgh survey juga..
ada yg kata nona roguy pun ok juga..

ada kawan tu, mak dia yang buatkan set untuk berpantang-special punya..

tapi setakat ni ramai yang suggest tanamera kan?

OUTBOUND TRAINING DI MALANG said...

selamat pagi sahabat
berbagi sedikit inspirasi pagi..^_^
"Kesuksesan itu tidak memandang siapa kita, dari mana kita, dan bagaimana kita.
Tapi kesuksesan itu hanya melihat doa dan kesungguhan kita saja.."
semoga hari ini lebih baik dari kemarin..^^
ditunggu kunjungnnya sob http://www.nolimitadventure.com/

~ NANA ~ said...

i vote set tanamera sbb bau dia sedappp! hehe

eira eixora said...

saya dulu pakai set bersalin amway. feel okay. tapi kalau compare ngan yang lain tak tahu lah set amway ni better ke tak.

Sakura said...

i pakai shaklee confinement set

Ini Kisah Tia said...

alamak , takleh nak kasi cadangan .. takde pengalaman lagik .. hehe ..

mamaNoriz said...

akak anak 1st pakai set AQfiat je, wrna hijau jaul kat Mydin... murah tpi bagus gak.. dan tamabhan lain ubat periuk dr mak bidan...

dan anak ke-2 pakai Nona roguy...

byk pilihan skang kan...

MiSS iZZati said...

vote for tanamera..sebenarnya tak da pengalaman pakai set tanamera lagi..tapi bila baca komen orang rasa macam teringin nak try set tu...

hazairin.budiman said...

hehe..

selamat petang, arr.. pilih aja set TANAMERA,

jika ada blogger yang nak beli boleh ke www.postnatalcareset.blogspot.com


terima kasih ya Puan.

| SUE | said...

tengah menyervey gak ni..