Followers

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Fara mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan blogger, stalker yang rajin singgah blog Fara. Maaf zahir batin kalau ada kiranya mana-mana post atau komen yang antara sedar atau tidak telah menyinggung perasaan kalian.

Hati-hati dijalan raya yer =)

Wednesday, August 24, 2011

Raya budak-budak vs raya "Remaja Matang"

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Apa khabar semua?.. Maaf lama tak hapdet. Kekeringan idea. Hmm antara sedar atau tak, kita dah masuk 24 Ramadhan 1432H. Rasa sekejap bulan ramadhan kali neh. Bila umur dah meningkat, rasa bulan ramdhan jauh lagi seronok dari Hari Raya.. *mode insaf* Lagipun Hari Raya rasa tak semeriah seperti masa budak-budak dulu..

Jom compare raya zaman "Remaja Matang"*remaja expired heheh* vs zaman "Budak-budak"

** Zaman budak-budak.. eksited dapat baju raya tak kisahlah baju kurung, t-shirt Kiki Lala atau seluar jeans Mickey Mouse. Pastu dapat kasut tumit tinggi merelip tak hinggat. Dah eksited abes dah. Try baju & kasut berkali-kali kat rumah. Tak sabar nak pakai..
Zaman remaja matang.. kurang eksited sebab tiap-tiap bulan hantar kain kat tailor untuk buat baju kurung kerja *cuma raya kain merelip lebih hehe*. Baju blouse, tshirt, kasut lagi kurang eksited. Sebab dah selalu beli. Tak tunggu raya. Maklum lah dah kerja. Shopping complex pulak memanjang sale..

**Zaman budak-budak.. tak sabar nak collect duit raya. Lagi-lagi kalau dah dijanjikan siapa puasa penuh dapat duit raya lebih.. Boleh bandingkan dengan sepupu-sepapat sapa dapat duit raya paling banyak= boleh eksyen lebih hahaha *walaupun cuma seratus dua sahaja duit rayanya,besar makna bagi budak-budak ^^*
Zaman remaja matang.. tak collect duit raya dah. kena bagi duit raya kat mak, abah, anak-anak saudara etc. walaupun ramai yang dah terkeluar list sebab dah kerja/kawen.. ahli-ahli baru ramai jugak.. *takpalah sedekah ^^*

**Zaman budak-budak.. tak sabar nak makan ketupat, rendang, ayam masak merah, serunding etc pagi raya.. Maklumlah sebulan tak breakfast waktu pagi hehe.
Zaman remaja matang.. tak sabar jugak nak makan cuma makanan tu semua dah selalu dimakan. tak tunggu raya pun boleh makan *except ketupat tapi boleh ganti dengan nasi impit*

**Zaman budak-budak.. tak payah fikir pasal budget hari raya. Semua mak & abah sediakan. Yang penting enjoy heheh ;)
Zaman Remaja Matang.. budget raya kena fikirkan dulu. Lagi-lagi dah kerja/kawen.. Normal budget mesti riban-riban jugak. Huu~~

Korang rasa ada lagi tak perbezaan raya zaman budak-budak & zaman "Remaja Matang"? Boleh share kat sini ye =)

p/s: Fara akan pulang beraya di Johor Bahru hari Jumaat/26Aug. Tahun nih turn raya rumah keluarga Fara yay! Driving gilir-gilir dengan encik somi 9-10jam dari Penang. Doakan perjalanan kami selamat sampai ye ^^ - mode: Balik Kampung!

Thursday, August 18, 2011

Ini Kisahku- Wardina Saffiyah

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Maaf Fara belum ada kesempatan nak blogwalking blogger yang sudi singgah drop komen, shout out & follower baru. Bukan sombong tau.. tapi masa dibulan ramadhan nih begitu padat.. cam tak cukup 24jam huu~~

Nak share video Wardina Saffiyah kat bawah.. Transformasi dia dulu dan sekarang. Teringat masa sekolah dulu, zaman kumpul majalah Remaja. Memang banyak gambar wardina since dia dapat top 5 Dewi Remaja. Rasanya tak perlulah komen tentang zaman dulu dia.. sebab semua orang akan buat kesilapan samada dah sedar atau belum. Meh tengok video bawah ni..

Ini kisahku-Wardina Saffiyah


Ya Allah, pls forgive me for the sins i committed in the past & make me a better Muslimah Amin..