Followers

Wednesday, August 24, 2011

Raya budak-budak vs raya "Remaja Matang"

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Apa khabar semua?.. Maaf lama tak hapdet. Kekeringan idea. Hmm antara sedar atau tak, kita dah masuk 24 Ramadhan 1432H. Rasa sekejap bulan ramadhan kali neh. Bila umur dah meningkat, rasa bulan ramdhan jauh lagi seronok dari Hari Raya.. *mode insaf* Lagipun Hari Raya rasa tak semeriah seperti masa budak-budak dulu..

Jom compare raya zaman "Remaja Matang"*remaja expired heheh* vs zaman "Budak-budak"

** Zaman budak-budak.. eksited dapat baju raya tak kisahlah baju kurung, t-shirt Kiki Lala atau seluar jeans Mickey Mouse. Pastu dapat kasut tumit tinggi merelip tak hinggat. Dah eksited abes dah. Try baju & kasut berkali-kali kat rumah. Tak sabar nak pakai..
Zaman remaja matang.. kurang eksited sebab tiap-tiap bulan hantar kain kat tailor untuk buat baju kurung kerja *cuma raya kain merelip lebih hehe*. Baju blouse, tshirt, kasut lagi kurang eksited. Sebab dah selalu beli. Tak tunggu raya. Maklum lah dah kerja. Shopping complex pulak memanjang sale..

**Zaman budak-budak.. tak sabar nak collect duit raya. Lagi-lagi kalau dah dijanjikan siapa puasa penuh dapat duit raya lebih.. Boleh bandingkan dengan sepupu-sepapat sapa dapat duit raya paling banyak= boleh eksyen lebih hahaha *walaupun cuma seratus dua sahaja duit rayanya,besar makna bagi budak-budak ^^*
Zaman remaja matang.. tak collect duit raya dah. kena bagi duit raya kat mak, abah, anak-anak saudara etc. walaupun ramai yang dah terkeluar list sebab dah kerja/kawen.. ahli-ahli baru ramai jugak.. *takpalah sedekah ^^*

**Zaman budak-budak.. tak sabar nak makan ketupat, rendang, ayam masak merah, serunding etc pagi raya.. Maklumlah sebulan tak breakfast waktu pagi hehe.
Zaman remaja matang.. tak sabar jugak nak makan cuma makanan tu semua dah selalu dimakan. tak tunggu raya pun boleh makan *except ketupat tapi boleh ganti dengan nasi impit*

**Zaman budak-budak.. tak payah fikir pasal budget hari raya. Semua mak & abah sediakan. Yang penting enjoy heheh ;)
Zaman Remaja Matang.. budget raya kena fikirkan dulu. Lagi-lagi dah kerja/kawen.. Normal budget mesti riban-riban jugak. Huu~~

Korang rasa ada lagi tak perbezaan raya zaman budak-budak & zaman "Remaja Matang"? Boleh share kat sini ye =)

p/s: Fara akan pulang beraya di Johor Bahru hari Jumaat/26Aug. Tahun nih turn raya rumah keluarga Fara yay! Driving gilir-gilir dengan encik somi 9-10jam dari Penang. Doakan perjalanan kami selamat sampai ye ^^ - mode: Balik Kampung!

6 komen:

puanungupunyecerita said...

zaman kekanak..x kisah ape nak gk semangt nak maen munge api..mintk mak pasg lampu kelip2 mcm uma ling2 da..hahaha..semgt raya lebih..
zamn remaja..oho x kose da nak maen tu sume..tgk org jual pon..alahai..

zaman kanak2 sibuk bls kad raya..dpt kad raya siap gantg kt hall..jakun sape byk kad raya ramai kawan..wkakaka
zaman remaja da kertu nie..x le tampal kad2 bagai da..email FB sudah...huhuhu

slmt beraya farah..kalo smpt raya jumpe jap kt JB k..slmt drive..mau brg dr peneng mcm2..penuh kete kan..ngeh2

diya said...

bab baju jee saye dah masuk tahap remaja matang , yang lain sumeeee tahap budak2 lagi. hehehehehe :DD

mamaNoriz said...

memang tepat sgt fakta tu Fara...

sgt beza suasana dia kan..

tpi Fara ada anak nanti, insyallah akan rasa kemeriahan semula sebab kite parents akan tenggelam dlm dunia mereka sekali...hihi

akan sibuk beraya sbb dpt jumpa sedara sambil kolek duit,
tapi bujet kuar pun besar...huhu...

Fara Jb kat ne?

kedai perabot yg akak nmpak murah, 1) skudai, seberanag jalan dari Giant U-Mall
2) Taman teratai, tepi simpang 4 dkat puali perdana
3) Di Larkin dekat dgn kilang Apollo tu..

try la usha yea...

drive safely ok...
ready minyak angin takut ngantuk :)

mynameismy said...

teringat ry zaman dulu2... lg meriah....T_T

Reensyarinie said...

zmn kanak2 plg best..xpk ape pun..pk nk raya pakai bj cantik n collect duit je...bila dh beso ni excited nk raya mcm xade sgt...rs syg ada lah nk tinggalkan ramadan ni..huhu..SELAMAT HARI RAYA kak fara!! drive carefully!

CutieLiesa said...

zaman kanak2 mmg best,....tpi nanti fara dah ada baby ...fara lagi xcited kot..ahhahaha...sbb bole collect duit raya, belikan diaorg baju raya mcm kita dolu2..hahahahah best tau faraaa....