Followers

Saturday, July 30, 2011

Segmen 3 Jam Je

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Lama dah Fara tak join segmen oleh blogger lain.
 Kali nih nak support segmen salah seorang "pengomen tegar" blog nih CIK TIA  ;)

Caranya mula-mula..

* Buat satu entri dan masukkan header bawah ni..


2. Letak tajuk SEGMEN 3 JAM JE.

3. Dah siap tinggalkan link kat kotak komen di SINI

4. Tarikh tutup jam 11 MALAM ni (30 Julai 2011)

Mudah jer kan? Jom ramai-ramai join segmen ni ^^

Thursday, July 28, 2011

Doa Pembuka 12 Pintu

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Rasa lama dah penyakit "M" hinggap kat diri Fara nih. Lebih suka berblogwalking dari menaip entry dalam blog sendiri heheh. Sementelah Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba 3 hari lagi Insya-Allah, jom kita beramai-ramai mengamalkan doa kat bawah ini..

credit: SINI

Sebelum nih, Fara pernah mengamalkan doa ini tapi tak bersungguh-sungguh. Kejap ingat nak baca.. Kejap lupa nak baca.. Doa ini bagus untuk mereka yang ingin dipermudahkan segala urusan.. dapat keberkatan dalam hidup.. yang belum jumpa jodoh.. belum mendapat zuriat.. belum mendapat kerja tetap.. Sangat BAGUS untuk dijadikan amalan harian =)


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan!

Friday, July 22, 2011

Penyakit DENGKI..

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Lama tak menceceh kat sini. Korang apa khabar? Fara, alhamdulillah diberi kesihatan dan kebahagian disekeliling ni. Terima kasih pada yang sudi baca entry dan komen walaupun dah lama tak hapdet blog =)

Dari dulu sampai sekarang.. tak kira dimana-mana memang ada penyakit nih.. Penyakit DENGKI dengan kelebihan orang lain.. Sakit hati tengok orang lebih dari dia..

Contoh seperti..

*Tengok orang dapat naik pangkat.. mulalah mengata.."eleh, pakai kabel bolehlah..!" tetapi orang itu kerja siang malam.. buat partime biz.. korban cuti weekend.. sebenarnya yang mengata tu DENGKI tengok orang lain lebih berjaya..

*Tengok perempuan pakai kereta mewah.. paling koman pun kereta toyota vios.. mulalah mengata.. "ada sugardaddy ah tu!" padahal DENGKI sebenarnya sebab belom mampu nak pakai kereta cenggitu..

*Tengok orang buat wedding gah-gah.. mulalah mengata.. "ni mesti ada orang sponser..!" "eleh, buat loan riban-riban ah tu dengan bank".. padahal DENGKI sebenarnya sebab sendiri pun teringin nak wedding camtu..

*Tengok kawan kahwin lebih awal dari diri sendiri.. mulalah mengata.. "eleh, dah ready ke belom tu nak kawen.. takut jadi andartu ah tu".. padahal DENGKI sebenarnya sebab diri sendiri tak kawen-kawen lagi.. 

*Tengok perempuan cantik bergaya.. mulalah mengata.. "pakai makeup bolehla nampak cantik.. cuba tengok dia lepas cuci make up, makcik cleaner lagi cun" padahal DENGKI sebenarnya nak cantik camtu jugak..

Sebenarnya banyak lagi penyakit DENGKI keliling kite ni.. Kalau fara nak taip kena buat Part II, Part III kot heheh. 

Kita patut mensyukuri apa yang kita ada. Jangan asyik tengok orang yang lebih dari kita.. *sebagai motivasi baguslah* kekadang kena tengok jugak orang yang kurang bernasib baik dari kita. Kalau kita TAK CANTIK, TAK KAYA, TAK BERJAWATAN TINGGI, kita harus bersyukur masih diberi udara untuk bernafas, akal untuk berfikir waras dan masih sihat untuk terus hidup di atas bumi Allah swt. 

Nota kaki: Mari muhasabah diri.. Sentiasa berprasangka baik dengan orang lain Bulan ramadhan tinggal beberapa hari lagi je ni ^^