Followers

Friday, July 22, 2011

Penyakit DENGKI..

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Lama tak menceceh kat sini. Korang apa khabar? Fara, alhamdulillah diberi kesihatan dan kebahagian disekeliling ni. Terima kasih pada yang sudi baca entry dan komen walaupun dah lama tak hapdet blog =)

Dari dulu sampai sekarang.. tak kira dimana-mana memang ada penyakit nih.. Penyakit DENGKI dengan kelebihan orang lain.. Sakit hati tengok orang lebih dari dia..

Contoh seperti..

*Tengok orang dapat naik pangkat.. mulalah mengata.."eleh, pakai kabel bolehlah..!" tetapi orang itu kerja siang malam.. buat partime biz.. korban cuti weekend.. sebenarnya yang mengata tu DENGKI tengok orang lain lebih berjaya..

*Tengok perempuan pakai kereta mewah.. paling koman pun kereta toyota vios.. mulalah mengata.. "ada sugardaddy ah tu!" padahal DENGKI sebenarnya sebab belom mampu nak pakai kereta cenggitu..

*Tengok orang buat wedding gah-gah.. mulalah mengata.. "ni mesti ada orang sponser..!" "eleh, buat loan riban-riban ah tu dengan bank".. padahal DENGKI sebenarnya sebab sendiri pun teringin nak wedding camtu..

*Tengok kawan kahwin lebih awal dari diri sendiri.. mulalah mengata.. "eleh, dah ready ke belom tu nak kawen.. takut jadi andartu ah tu".. padahal DENGKI sebenarnya sebab diri sendiri tak kawen-kawen lagi.. 

*Tengok perempuan cantik bergaya.. mulalah mengata.. "pakai makeup bolehla nampak cantik.. cuba tengok dia lepas cuci make up, makcik cleaner lagi cun" padahal DENGKI sebenarnya nak cantik camtu jugak..

Sebenarnya banyak lagi penyakit DENGKI keliling kite ni.. Kalau fara nak taip kena buat Part II, Part III kot heheh. 

Kita patut mensyukuri apa yang kita ada. Jangan asyik tengok orang yang lebih dari kita.. *sebagai motivasi baguslah* kekadang kena tengok jugak orang yang kurang bernasib baik dari kita. Kalau kita TAK CANTIK, TAK KAYA, TAK BERJAWATAN TINGGI, kita harus bersyukur masih diberi udara untuk bernafas, akal untuk berfikir waras dan masih sihat untuk terus hidup di atas bumi Allah swt. 

Nota kaki: Mari muhasabah diri.. Sentiasa berprasangka baik dengan orang lain Bulan ramadhan tinggal beberapa hari lagi je ni ^^

6 komen:

tia @ Ini Kisah Tia said...

short form nya PHD ! grrr ..

sha a.s said...

tu kes biase kn..org kite x lari dr sikap cmtu....


x sbr nk tggu ramadhan....

chinta... said...

betul kata sha...kita xkan dapat lari dari sikap manusia yang penuh ngan sikap dengki

Diana @ bilakukatacinta said...

pnfara: boleh je kshare..asal quote nama pak ungku tu...

CutieLiesa said...

lebih baik positif kan semuanya...xlah sakit hatikan...org yg suka degki ni hati dia ada kulat...kot

CikPuan Fara said...

all, mekasih semua yg sudi drop komen! PHD memang xleh hilang kalau tak mensyukuri apa yg ade kat diri sendiri -.-