Followers

Thursday, April 28, 2011

Jemputan kahwin WAJIB ke bagi kad kahwin?


Salam & Hello peeps!

Tadi sedang aku dok mengelamun sensorang
 (husband maseh outstation lagi uhuks)
aku tertengok atas meja..
ada 4 kad jemputan perkahwinan ahad nih (1 May 2011)..
wahh , banyak je jemputan.. dekat-dekat pulak tu tempatnya
*punah harapan diet untuk ke 1000 kalinya hahaha*

Buka facebook.. oh ada lagi 2 jemputan secara cyber..
nampaknya kena adjust "jadual perjalanan" 
lepas tu tengok pulak komen-komen kat wall jemputan..

"wei, mana kad kahwin ko?.. kalau takde, aku tak nak pergi!"

" tak mainlar jemput dalam FB nih, aku nak real kad"

"oit nak save bajet ke jemput dalam FB jek?"

wahaha kemain lagi masing-masing nak "real" kad
teringat masa aku nak kahwin dulu
 aku jemput orang guna pelbagai method..
"real"kad kahwin, facebook, telefon, sms,
 jemput pakai mulut pon ada..

Pada aku, tak semestinya kahwin kena jemput 
HANYA dengan kad..
yes, nampak lebih proper bila jemput guna kad..
Tapi tak salah kalau guna kemudahan 
yang dah sedia ada kan?
Macam facebook.. most of people ada facebook.. 
hari-hari buka facebook
Jadi lebih senang sampai beritanya ye tak?
"Jemputan" tak kan hilang ditengah jalan *pakai pos*
Even dia jemput thru facebook sahaja doesn't mean 
"ajak-ajak ayam" kan
 *intention terpulang pada yang menjemput*

Rasanya tak perlular nak keluarkan perkataan.. 
"Kalau takde real kad, taknak pergi"
The funny part is yang keluarkan perkataan tu orang yang paling rajin melepak kat rumah bride to be.. 
Kenapa kalau takde kad tak nak pergi pulak?.. 
Unless tempat majlis tu haram ko tak pernah jejak 
& confirm sesat..


Dan
orang jarang nak simpan kad kahwin orang lain 
Selalunya setakat untuk tengok "kecantikan" kad,
untuk tengok map ke tempat majlis.
 Lepas tu Insya Allah, ia akan terperuk dalam dashboard kereta 
atau biar berabuk dalam laci bersama-sama kad terdahulu..

Ni sekadar pandangan aku, masing-masing ada pendapat sendiri kan =)

p/s: Sometimes bride to be akan EXTRA sensitif
 esp dekat-dekat nak kahwin.
So please mind your words toward them ;)

Tuesday, April 26, 2011

Rindu setengah mati..

Salam & Hello peeps!

Aku
Sudah mula rasa rindu..
Sangat rindu..
rindu lagi..
uhuks..

Sebenarnya my husband outstation for 5days!! Kena pergi kursus.. Sangat sedih setiap kali dia kena pergi kursus. Last month 4 days pegi kursus.. and on the 3rd day.. aku demam teruk. Tahap tak boleh bangun.. lembik je rasa badan :( But magically, bila dia balik demam beransur baik pulak.. 
*hahaha sila kata aku gedik* 
Cuba untuk mem"bz"kan diri tapi rasa empty je uhuhuhu..

Tak tau macamana dengan wifey lain.. ada rasa camni jugak tak??

dulu masa mula-mula kawen, we'all PJJ.. selalu nanges dgr suara husband kat phone esp bila sgt stress keja kat ofis, everytime lepas hantar dia kat airport, nanges lagi.. balik umah, tengok tempat dia selalu lepak, nanges lagi.. Org kata biasalar tu baru kawen. But after a year maseh macam ni.. Normal ke tak normal aku nih.. cam obses dengan husband sendiri pulak hahaha.. 

p/s: cepatlar hari jumaat...

*nota kaki: PJJ-perkahwinan jarak jauh*

Monday, April 25, 2011

Budaya angkat-mengangkat

Salam & Hello peeps!

Korang mesti pernah tau dengan budaya "angkat" kan?..
"Angkat" kat sini bukan bermakna amik anak orang lain dijadikan anak angkat sejak kecik.
"Angkat" kat sini bermakna sesuka hati offer anak orang lain untuk dijadikan adik beradik secara tak rasmi.

Rasanya perlu tak title adik, kakak dan abang angkat?..
 tak boleh eh jadi member?..
lama-lama kalu ngam leh jadi BFF..

maybe ada yang bagi reason
nak ada orang caring cam adik-beradik..
seronok bila orang bagi perhatian extra..

especially time sekolah/asrama..
dah jadik cam lumrah kalu orang tu ada adik angkat la,
kakak angkat la, abang angkat la
sesape yang ade lebih 2 orang "angkat" nih
ala-ala femes.. glamor ah gitu hehehe
apatah lagi time dedication sesama student..
dapat bunga ah, cekelat ah, lollypop ah
tu belom lagi dapat friendship band..
mesti nak matching dengan ke"angkat"an nya

budaya angkat-mengangkat ni
dah macam budaya turun-temurun
dari dulu sampai sekarang ade..
tapi
dari apa yang aku tengok
ke"angkat"an nih jarang kekal lama..
bila dah masuk U/kolej dah mula lost contact
maybe jugak dah makin dewasa
baru tu baru rasa pelik nak ber"angkat"an kot hehehe
korang pernah ada tak adik, kakak & abang angkat nih?
jom share cerita..
p/s: aku dulu takde angkat-angkat ni.
maklum ah tak berapa femes kat sekolah huhuhu -,-