Followers

Monday, April 23, 2012

Happy 2nd Anniversary!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!


Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah reni genap 2 tahun kami berkahwin. 
Bersyukur ditemukan, bercinta dan berkahwin dengan en somi.

2 tahun perkahwinan kira masih "hijau" banyak lagi perlu belajar, faham memahami.. Anniversary tahun ni merupakan anniversary yang cukup bermakna banding tahun lepas.. Kerana adanya "khalifah kecil" dipinjamkan didalam rahim ini.. "Khalifah kecil" yang ditunggu sekian lama.. InsyaAllah dalam 14 minggu lagi akan lahirlah dia :)

Doakan rumahtangga kami sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat yer ^^

Thursday, April 19, 2012

Pemakanan & Supplement Untuk Naikkan HB

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

Sebenarnya banyak sangat cite pasal peknen nak share tapi dek penyakit M semua entry terperuk kat draft jek ;p sampailah dalam entry TERBARU.. ada yang bertanyakan apa tips untuk naikkan HB (kepekatan darah). Sebelum nih Fara pun ada masalah HB makin menurun compare masa mula-mula buat buku merah.

Kronologi HB Fara..

10 weeks: 13.1
14 weeks: 11.8
18 weeks: 11.5
20 weeks: 11.0
24 weeks: 11.8


Masa 20weeks peknen check up kat private, doktor beri Obimin Pluz. Ia adalah kombinasi Obimin dan Fish Oil. Obimin Pluz nih ada semua supplement yang diperlukan oleh ibu ngandung. Bagus untuk ibu dan pertumbuhan serta perkembangan baby. Harga RM 62.00. Mungkin ada yang kat farmasi luar boleh dapat lagi murah. Obimin Pluz ni pun bagus untuk yang plan to conceive jugak. Dan alhamdulillah lepas makan Obimin Pluz ni, HB Fara naik balik.. 

credit: google
Ni Fara share menu makanan yang bagus untuk naikkan HB.. Sebelum ni tukar-tukar menu ni lah. Tapi HB tak naik-naik jugak huhuhu --'

credit: google
Ada lagi tak apa-apa tips untuk naikkan HB? 
Boleh share kat jugak yer.. ^^

*mood nak sambut 2nd anniversary minggu depan ;)

Tuesday, April 17, 2012

Antenatal Check Up @ 24weeks!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!


Okay, ni entry basi. Nak masuk 25weeks baru nak cerita pasal last week check-up @ 24weeks! Penyakit M memang makin melampau-lampau hihihiks ;p


Ni hasil check up @ KKIA..


Tekanan Darah: 110/70 (Normal)
Urine Test: Nil (Normal)
HB: 11.8 (naik hb! sebelum ni 11.0)
Berat 61.1 (naik 6.1kg untuk 6 bulan peknen)
Tinggi Rahim: 24cm (Normal)
Denyutan Jantung Baby: 147 (normal)


Lepas tu kena inject suntikan tetanus (elakkan kancing gigi). Ni first time inject. Ada satu lagi suntikan yang sama dalam 8bulan peknen. Sengal takyah cakap ah. Lenguh tangan 3hari huuu~~


Secara keseluruhannya baby dan ibu sihat dan normal. Scan tunjuk uri baby dah naik. Sebelum ni uri kat bawah. Punyalah risau.. hari-hari dok usap perut cakap dengan baby bagi uri naik *psiko sket hihi*

Dan ni scan terbaru anak ibu & ayah..




Nampak tu dia cam bersujud.. Lepas doktor print gambar baby baring balik.. Oh patutlah ibu selalu rasa berombak-ombak dalam perut hihihi.


Doakan khalifah kecil nih membesar dengan sihat dan sempurna yer?


**misi mencari barang baby bermula ^^