Minggu lepas, Fara ada terbaca entry dari Dr Zubaidi mengenai berurut semasa peknen. Terus terang katakan yang Fara tak berapa berkenan urut-urut ni semua. Bukanlah kengkonon perasan moden ke hape. Tapi kalau salah urut lagi banyak kesan buruk dari bagusnya.
Dulu masa Fara trying to conceive memang ramailah yang suggest pergi berurut. Tapi nasib baik mak Fara back up sungguh-sungguh. Fara takdelah kata urut ni totally tak bagus. Ya, ada yang berurut memang berhasil tapi kena tengok orang urut jugak. Sebab ramaiiii je yang claim mereka pandai berurutla apelah padahal....??
Okay, balik semula pada berurut masa peknen. Selalunya orang berurut kalau baby songsang atau uri kat bawah dan seboleh-bolehnya tak mahu c-zer. Mengurut tu untuk menolak kepala baby ke bawah dan memudahkan proses bersalin. Sound greatkan?
TAPI ada jugak kes yang selepas berurut baby dah xmau gerak dan lepas diperiksa telah meninggal didalam perut! Nauzubillahminzalik. Minta dijauhkanlah perkara sebegini terjadi :(
Ini semua berpunca dari kecuaian. Kecuaian si tukang urut dan jugak yang menyerah perut untuk diurut. Ni Fara share link FB untuk rujukan semua.. Berurut Abdomen Ketika Hamil
Happy Weekend Semua! ^^






