Followers

Friday, April 13, 2012

Jangan berurut sebarangan!

Assalamulaikum wbt & hello Peeps!


credit: KlinikDrZubaidi
Minggu lepas, Fara ada terbaca entry dari Dr Zubaidi mengenai berurut semasa peknen. Terus terang katakan yang Fara tak berapa berkenan urut-urut ni semua. Bukanlah kengkonon perasan moden ke hape. Tapi kalau salah urut lagi banyak kesan buruk dari bagusnya.

Dulu masa Fara trying to conceive memang ramailah yang suggest pergi berurut. Tapi nasib baik mak Fara back up sungguh-sungguh. Fara takdelah kata urut ni totally tak bagus. Ya, ada yang berurut memang berhasil tapi kena tengok orang urut jugak. Sebab ramaiiii je yang claim mereka pandai berurutla apelah padahal....??

Okay, balik semula pada berurut masa peknen. Selalunya orang berurut kalau baby songsang atau uri kat bawah dan seboleh-bolehnya tak mahu c-zer. Mengurut tu untuk menolak kepala baby ke bawah dan memudahkan proses bersalin. Sound greatkan?

TAPI ada jugak kes yang selepas berurut baby dah xmau gerak dan lepas diperiksa telah meninggal didalam perut! Nauzubillahminzalik. Minta dijauhkanlah perkara sebegini terjadi :(

Ini semua berpunca dari kecuaian. Kecuaian si tukang urut dan jugak yang menyerah perut untuk diurut. Ni Fara share link FB untuk rujukan semua.. Berurut Abdomen Ketika Hamil

Happy Weekend Semua! ^^

Wednesday, April 4, 2012

Wordless Wednesdays: Draw Something Addicted!


sape sini suka men game ni jugak? 

p/s: Fara men siang malam sampai husben ugut nak rampas henfon eheheh ;p

Monday, April 2, 2012

Baby Shower Vs Lenggang Perut

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

credit: google
Tau ape tu Baby Shower? 
Atau dalam bahasa melayu Mandi Bayi? 
erk pelik pulak bila direct translate hihihi.

Baby shower ni dah jadi cam trend sekarang.. Lagi-lagi pada ibu-ibu yang dah ber"bacheloratte party" sebelum kawen dulu. Bila da preggy, plan ber"baby shower" pulak. Bukan semualah tapi mostly dari apa yang Fara tengok memang cenggini. 


Okay, baby shower nih ialah celebrate baby dalam perut dengan hadiah baby dan ada game-game bertemakan baby semasa baby shower tu dibuat. Selalunya dibuat dikalangan kawan-kawan rapat siibu.


Kebanyakkan orang-orang tua memang tak berkenan benarlah dengan baby shower ni. Stail omputih katanya. Yelah, baby tak kuar lagi nak celebrate beria-ria.

credit: google
Lenggang perut pulak dahulunya banyak diamalkan dikampung-kampung. Selalunya dibuat oleh bidan untuk memastikan baby dalam kedudukan yang betul untuk bersalin. Yelah dulu bukan ada scan-scan bagai cam sekarang. Ada sesetengahnya dikatakan syirik sebab ada guna kemenyan, beras, kelapa, kain 7 warna, etc. kononnya ada bidan percaya boleh check jantina bayi dari cara percikan air kelapa tu.. Huu.. --' tapi, ada juga lenggang perut yang masih berpegang kepada adat, iaitu panggil mak bidan, check posisi baby, then buat doa selamat, bacaan yasin, kemudian kenduri kecil-kecilan.

Fara memang tak plan nak buat baby shower atau leggang perut nih. Mungkin sekadar doa selamat agar semuanya dipermudahkan. Apapun semuanya terpulang pada diri masing-masing. Selebihnya kita serah padaNya. wallahualam.


p/s: gender baby da tau tapi dirahsiakan dahulu yer hihihi ;p