p/s: Sekarang ni memang mood sungguh malas nak update blog.. Nanti bila mood rajin datang balik, Fara baru update yaa.. Selamat Hari Wilayah pada yang bercuti hari ni ^^
Wednesday, February 1, 2012
Friday, January 20, 2012
1st Antenatal Check Up- 1st Trimester
Assalamualaikum wbt & hello peeps!
Syukur alhamdulillah, Fara sudah masuk 2nd trimester ^^ Secara ringkasnya Fara nak share pengalaman 1st trimester..
5weeks- +ve urine pregnancy test..
6weeks-8weeks- hilang selera makan (sampai sekarang!), muntah purata 4hari sekali.. tak boleh bau masakan lauk dan nasi, muntah setiap kali minum susu (sedih)..
9weeks- 12weeks- keadaan dah makin okay.. tapi loya-loya masih ada.. masih tak boleh bau masakan lauk.. xde mengidam pelik-pelik. Apapun Fara tetap bersyukur.. Ni bahagian Fara dan terima ia dengan hati terbuka :)
Masa 10weeks pergi KKIA (Klinik Kesihatan Ibu Anak) buat buku merah.. Kena bawak surat nikah/kad kawen dan jugak kad pengenalan husben wife. Nasib baik nurse tak marah lambat buat buku merah. Dia kata seelok-eloknya sebelum 12weeks kena buat. Nurse soh amik urine untuk uji kehamilan dan kandungan gula dalam urine.. Lepas tu terus nurse bukak buku merah sambil-sambil check tekanan darah, pastu kena cucuk ujung jari amik darah HB. Alhamdulillah semua normal ^^
Pastu kena tunggu lagi untuk amik ujian darah test HIV(ingat masa nak kawen je kena), thalasemia, Hepatitis B, Sifilis, darah jenis apa etc. Ujian HIV tu dibuat depan kita.. so tengok sendiri berapa garis muncul hihi. Ujian2 lain tu kena hantar ke makmal dulu dan kalau ada masalah baru mereka akan cal.. kalau xde cal tu maknanya semua okay dan tunggu je next check up..
Nurse panggil suh baring dan bukak bra.. Dia kata untuk check samada ada kanser payudara atau tak.. Maluuuu okay, nurse tengok n tekan-tekan. Tapi Fara tengok muka nurse tu relek je.. da biasa tengok breast macam-macam org kan hahahah.. Lepas tu nurse bagi penerangan pasal penyusuan bayi. Ni memang bab Fara suka sangat. memang plan nak breastfeeding baby dari belom preggy lagi (dasat betul planning ehehe). InsyaAllah harap semuanya dipermudahkan ^^.
Lepas tu barulah jumpa doktor.. Doktor yang sangat friendly.. Dia cam biasa tanya bila 1st day last period, pernah bleeding atau kuar spotting tak, muntah-muntah lagi tak.. dan pesan makan sikit tapi kerap untuk elakkan muntah-muntah.. dan doktor soh baring nak scan.. Yeay, paling seronok tak sabar nak tengok baby eheheh ^^
![]() |
| masa ni 10weeks 2days.. |
Anak ibu membesar dah.. sudah ada sepasang tangan, sepasang kaki.. heartbeat normal.. paling comel dah ada lutut! alololo.. dan dia gerak-gerakkan tangan dan kaki. tak dok diam! masa tu Fara tak sedar meleleh airmata.. Dah lama ibu tunggu kehadiran kamu kat situ.. setinggi-tinggi syukur aku panjatkan kepadaMu Ya Allah..
Doktor kata semua sihat dan normal dan next scan pada 24weeks pregnant.. lamanya nak tunggu huhu.. Doktor kata kalau nak scan 3D/4D boleh buat kat swasta.. Kat KKIA, mereka buat 3kali sahaja..
Nurse bagi Asid folik, Vitamin B Complex, Ferrous Fumarate (untuk tambah iron +zat besi) dan Ascorbic Asid (Vitamin C).. Next check up on 14weeks..
Kat buku merah, nurse tulis EDD 2 Aug.. bila scan, doktor kata 31 July. Tapi doktor kata, nothing to worried, sebab tak jauh beza EDDnya.. Semoga Fara dan baby akan sihat sepanjang tempoh kehamilan ni hinggalah selepas bersalin.. Amin ya Rabbal Alamin..
Selamat Bercuti Panjang semua! ^^
Saturday, January 14, 2012
Sudoku Addicted!
Assalamualaikum wbt & Hello Saturday Peeps!
![]() |
| credit:google |
Korang pernah main SUDOKU tak?.. Dulu Fara tak tau apa menatang Sudoku nih sampailah beli henpon ada game Sudoku dalamnya.. hihihi. Punyalah kemaruk main sampai bila dah abes level restart balik guna nama baru eheheh.. Lepas tu dah bertahun tak main sampailah... beli majalah Pa&Ma bulan Januari ni..
![]() |
| credit:google |
dalam tu ada cerita seorang ibu ni melahirkan anak-anak genius.. Anak sulungnya umur setahun dah pandai membaca dan anak keduanya umur 5bulan dah mula "membaca".. Dasat seh.. Segalanya bermula dengan membuat latihan matihan matematik dan bermain Sudoku semasa mengandung.. selain berdoa kepadaNya. Apalagi ibu buyung yang belum berapa nak buyung ni eksited pegi Popular Bookstore mencari buku game Sudoku.. Balik je umah, terus mula.. dalam sehari berjaya abeskan 8 puzzle!.. Seee.. addicted sungguhkan hihihi..
**Terima kasih atas segala doa dan ucapan dari entry-entry sebelum ni.. Alhamdulillah, sudah 11minggu 4hari.. Nanti Fara post entry gambar scan baby dan cerita pengalaman sepanjang 1st trimester.. kepada Puan Anon yang bertanya link BBT.. boleh ke link ni http://www.fertilityfriend.com/ dan boleh rujuk ke link ni untuk beginner BBT http://ratuhati.com/forum/index.php/topic,3513.0.html
Selamat berhujung minggu semua! =)






