Followers

Friday, November 11, 2011

Our Mini Vacay: Cameron Highlands Part II

Assalamualaikum wbt & hello peeps!

Seperti yang diberitahu dalam entry lepas Fara sambung pasal percutian kat Cameron Highlands.. Waktu malam kami habiskan dengan berjalan-jalan kat Night Market, Brinchang. Petangnya hujan jadi waktu malam memang sejuk..


En Suami busy shopping ;)


belakang tu, kedai souvenir..


haaa berlambak fridge magnet..


ni pulak sarang lebah yang dipotong-potong untuk dijual..
Penuh orang kat gerai nih.. dok jakun tengok dia potong sarang lebah termasukla tuan blog hikhiks


sepotong, rm2.00.. madu dia sedappp tapi kulit putih tu liat cam chewing gum. 


ramai orang kat night market..


10 bungkus sayur= rm10.00! masa nih dorang dah nak kemas balik, baru terhegeh-hegeh nak amik gambar hehehe

Kedai makan kat sekitar Brinchang, rata-rata kedai makan Cina dan Mamak. Ada KFC, Food Court yang menjual makanan melayu dan sebuah kedai tomyam kat belakang Masjid Brichang.. Memang kaw-kaw makan tomyam time sejuk-sejuk nyum3. 

Cuma kat sini makanan agak mahal sikit maklumlah tempat percutian. Fara beli mee goreng n ayam goreng, nasi lemak n ayam goreng= rm14.00 kat night market. Fuhh memang terasa mahallah sebab beli kat night market bukan kat restoran. Tapi tak kisahlah nak isi perut punya pasal.. sejuk-sejuk memang asek lapar je hikhiks.

Keesokkan hari, we'oll breakfast kat kedai mamak Tanah Rata sebelum sambung aktiviti jalan-jalan.. 


Tanah rata pukul 9.00 pagi. Berkabus..



Lepas breakfast, we'oll terus ke ladang teh barrat. ladang teh nih memang penuh dengan orang. Maklumlah kedudukannya strategik kat tepi jalan. Sini ada kedai souvenir dan jugak kedai minum teh.


Ladang Teh Barrat


Bersama ranting-ranting pokok teh hikhiks


En Suami pun nak posing jugak

Kalau nak turun sampai ke tengah ladang teh pun boleh cuma larat tak larat je lah nak panjat bukit balik keatas hehehe.

Nanti Fara sambung jalan-jalan ke Ladang Teh Boh Habu, Kilang Teh, Bee Farm dalam next entry..

Thursday, November 10, 2011

Our Mini Vacay: Cameron Highlands!

Assalamualaikum wbt & hello Peeps!

Memandangkan cuti Hari raya Korban dua hari je dan hari sabtu pun kena datang kerja dek mengejar dateline jadi we'oll plan untuk beraya kat Penang je. Tapi lepas solat raya rasa bosan pulak dok umah sebab Isnin masih cuti.. En suami kata "Yang, jom kita pegi Cameron nak tak?" We'oll packing barang n terus gerak ke Cameron Highlands! 

Sepanjang jalan Fara try call beberapa hotel kat Brinchang yang ada kosong.. Kebanyakkan hotel memang 2 kali ganda rate berbanding hari biasa. Tapi mengikut pengalaman kawan-kawan, dapat lagi murah kalau terus walk in ke hotel terus instead booking dari telefon. Untuk jalan selamat, we'oll booking bilik De Couleur Inn kat Brinchang..



Dari arah utara keluar Exit 137- Simpang Pulai Highway PLUS Utara-Selatan





Sambil-sambil menceceh dengan en suami, cik isteri camwhore la apalagi hihiks


Dah sampai terus ke Big Red Strawberry Farm, Brinchang



bunga daisy yang sangat cantikk..

\

kaktus yang besar. buat muka konon-konon teruja hihiks


salad yang gemok-gemoks


En suami pun posing jugak


Strawberry gantung-gantung..


posing cam kanak-kanak riang ^^



Cik Isteri dan Encik Suami =)

Kat sini, boleh plucking sendiri strawberry dengan minimum ambil 1/2kilo= rm20.00 atau 1 kilo= rm40.00. Red farm strawberry farm ni satu tempat dengan cactus valley. Ada kedai souvenir dan jugak kedai makan bertema strawberry. Teringat kat kekda Pnstoberi  bila datang sini hihiks ^^

Nanti Fara sambung lagi cerita jalan-jalan kat Cameron dalam next entry..

Thursday, November 3, 2011

Spontaneous Thursday: Bersyukur seadanya..

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!


credit: google

Just count your blessings, and look at things positively ;-)


Happy Thursday everyone!