Followers

Monday, March 5, 2012

3rd antanetal check up @ 18weeks & Nurse datang umah

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

18weeks pregnancy
Lama tak hapdet blog. Penyakit MALAS semakin melampau-lampau ;) Minggu lepas Fara pegi 3rd antanetal check up @ 18weeks. Cam biasa check urine, berat ibu, tekanan darah, HB, ukur tinggi rahim (tumbesaran janin). Alhamdulillah semua normal. Cuma berat Fara naik 1.6kg! Tak sangka dalam tak lalu makan nasi berat naik jugak hihi. nasib baik nurse kata normal sebab tak lebih 2kg sebulan ;p

Nurse beritahu ahad pagi nak datang umah. Fara ingat dia saja-saja nak datang melawat rumah. En somi semangat menyapu, mengemop lantai, mengemas segala.. *Fara tak dibenarkan buat keja umah oleh en somi ;p ngada2 kan aii hikhiks* Sekali bila nurse datang.. buat check up cam kat klinik rupa-rupanya. Tak check pun umah hehehe. Nasib baik semua normal walaupun malam sebelumnya melantak mekdi tak hingat dunia hihi.

Fara tak sangka pulak nurse memang kena datang umah wat check up. Kat klinik tetap kena pegi jugak. Maybe sebab pekan kecik kot *dok Balik Pulau*.. kalu bandar besar tak taula kalu dia terlarat nak pegi umah mak buyung yang ramai kan? *eh, memandai je buat assumption hihi* Nurse kata kalau takde masalah sepanjang kehamilan, dia akan datang 4kali dan kalau ada masalah dia akan datang 8kali.

Minggu depan nak balik JB naik flight.. @ 20weeks. First time naik flight masa pregnant ni.. harap-harap baby sihat n selamat. Amin Ya Rabbal Alamin.

p/s: jiran Fara yang preggy tu katanya pergi buat rawatan kat Darul Syifa. Takdan nak borak lama-lama. Dia tengah alahan mengandung.. Nanti Fara tanyakan lagi tips TTC dia yer.

Jaga diri semua! ^^

6 komen:

::EIDA:: said...

Take care fara! =)

eKa said...

nanti kalu da pape tips bagi tau ok..jg diri

aTy _faRed~ said...

kire awal jugak nurse datang 18 minggu..selalu dengar kalau dah masuk 25 minggu keatas baru nak datang..tapi kire ok ar-nak gak datang..saye nyer tempat tak de ponnnnn...[tetibe jeles] heheh..;p

mamaNoriz said...

berat tetap naik maybe sbb air kot...

mungkin kandungan fara ni kembar air...bagus gak, dari kembar darah...klu air ni kurang sket sakit...org tua kata lah,,,

lepas ke naik flight tu?

baik2 yea..

CikPuan Fara said...

eida & eka, tenkiu laling ^^

aty: hihi rsnya kalu check up kat klinik pun da cukup rsnya :)

kak noriz, harap2 gitulah.. InsyaAllah kalu ikot AA, b4 27weeks xyah surat doktor. harap semua okay n selamat..

Fazlina Zainudin said...

alaa..sweetnye hubby akak manjakan akak..take care sis... :)