Followers

Tuesday, November 15, 2011

Saya Bangga Jadi Anak JOHOR!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!


Nak bercerita pasal negeri kelahiran Fara.. Tempat dilahirkan, disekolahkan, dikahwinkan erk? hakhak. Fara orang Johor Bahru. En Suami pun orang Johor Bahru. Cuma dah lepas kawen nih je lah dok jauh bekerja diperantauan-- Penang. Fara terbaca ada artikel best orang dok forward kat Facebook tentang ANAK JATI JOHOR..

1.They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). 

Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk ? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi.


*Memang ramai anak Johor cakap ekk kat last sekali ayat hihihi

2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, “Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


*Ni Fara tak pernah dengar.. Maybe sebab Fara memang dok kat Johor Bahru kot.

3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”.

Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR , Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.


*Keluarga abah Fara asal Muor.. Memang cakap camni.. =) 

4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar.

* Kebanyakkan memang kelakar.. Tapi ada jugak yang serius orangnya..

5. Diorang ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. 

Contoh ayat : Haa… kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.


* Endut= boyfriend/girlfriend. Sekarang dah kurang orang guna perkataan ENDUT nih. 

6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Candy… Dah lama tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke benda ni kat Johor ?


*Masih ada lagi tapi agak susah nak dicari..

7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock . Rasanye sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. 

*Rasanya tahun 80an-awal 90an je kot.. Sebab Mawi bukan mat rock hihihi..

8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang. Ia ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

* Teringat masa Fara kawen mak, abah & pakcik, makcik busy buat telur pindang sebanyak 1600biji selama 3 hari! Telur pindang nih tahan lama disimpan. Memang sedap makan cicah kicap.. 

9. Tidur atas LECA (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK. Tido pakai GEBOR.

* Selain tu, agar-agar= lengkong, seng-seng lengan baju=lipat lengan baju..

10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore! When I was growing up, prang cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!

* Dah kurang tengok channel singapore sebab rumah dah ada astro. Tapi mak Fara suka tengok Channel Suria.. sebab ada rancangan masak-masak. Dulu sebelum Aaron Aziz femes kat malaysia, selalu gak tengok dia lakon drama singapore kat channel suria ^^

Pada Johorians yang baca entry nih.. ada lagi tak nak tambah? hikhiks..

10 komen:

ibuhebat said...

ayah akak pun org muor.. heheh..

misskirokuza said...

wah...fara org, org segamat :))
hihihhii...org johor suke bahasa kan dr orang

nk tambh tilam = lece :))
(le = lekit ce = cerah)

bangga jd anak johor :))

::EIDA:: said...

Ida orang Melaka... *tetiba*

Farrah_Anuar said...

yes! orang johor kelakor..hehe.. si dia saya sangat kelakar..

~Fara~ said...

wah.. nice entry la.. saya pun orang JB gak.. skang duk Muo.. kikikih..

nak tambah la.. karipap = epok2.. =)

~ JD said...

betul nie..sokong..
part gobok ngn seng seng lengan adalah sangat betul..

eh da lama tul xguna berendut tuh.ahahhahah

byk kwn2 pon ckp kalau nk kenal org johor mmg ada ek ek ek kt belakang ayat. so true!
hehehehe

suke entry nie!

Mizz ErMa said...

sy pon ade kawan dak johor tapi xperasan pulak taem die cakap, ade ekk ke xde..hihi

Rashid said...

ermm .. sayapun bangga dapat kawan johor. Tapi betullah .. kawan saya tu selalu ada ekk kat belakang bila bercakap ..

Unknown said...

hahahah...

mmg best!

kajian terperinci ni!

kite byk untung dok johor ni, selain dkat singapore, dpt channel mereka dan juga pelbagai jenis makanan sbb ada byk jenis keturunan kan...

telur pindang tu negeri lain mmg pelik lah tegok ekk...hihi

Z.U.E said...

cinta pun orang johor.. eheheh! bile fara ckp pasal agar-agar tu tergelak cinta.. memang betul org johor panggil agar-agar tu lengkong! hihihih! anyway fara jb jat mane? mane tau berjiran..