Assalamualaikum wbt & Hello Sunday peeps!
credit: google |
Sebenarnya aku dah tengok movie ni minggu lepas.. Tapi baru hari nih nak buat review ;) Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek (Aaron Aziz) dan seorang lagi Jai (Adi Putra). Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark (Shamsul Yusof)*pelik, kenapa nama dia jerung* anak tiri kepada King (Redzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru.
King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster. Kalau nak tahu apa penghujungnya.. kenalah tengok sendiri hokeh.

Sebagai penonton, aku bagi 4/5 bintang. Terus terang cerita ni jauh lagi bagus dari filem Kongsi yang ditayangkan bulan lepas. Ada jalan cerita yang kemas, teratur dan ada ending yang boleh dikira puas puas hati.. Takde langsung elemen cinta-cinta. Lari dari tipikal cerita melayu biasa. Watak Zizan (Abang Long Fadil) paling kelakar. Memang dia dilahirkan sebagai pelawak ah. Dan of course lar watak Malik (Aaron Aziz) paling sukaaa. Adoi tengok dia kerut kening pun comel. Cair makk nokkk ;p
Cuma satu je yang aku pelik watak King (Redzuan Hashim). Dia mati macam "senang" je ditangan Shark (Shamsul Yusof).. Padahal sebagai ketua kongsi gelap paling berpengaruh kat KL.. Hmm tu pendapat aku je lar..
Dengar kata cerita mendapat kutipan yang sangat baik. Mungkin jugak barisan pelakon yang mantap, lakonan yang power atau mungkin jugak penangan penonton Nora Elena yang nak tengok Aaron Aziz lakon Oppss!! Heheh ;p

5 komen:
ramai cakap bagus filem ni...
oouhh...best eh? sha x tgk pun fara....
bigdaddyz: betul tu. kira bagus utk filem anak melayu :)
sha, best! duit kuar rasa worthy. pergilar tgk ajak en somi :)
katanya citer nie...ganaz sgt...tkt plk nk tgk...
liza, agak ganas jugak la. part yg ganas tu aku bukak mata separuh je hahahah
Post a Comment