Followers

Thursday, May 26, 2011

Review Drama: Nora Elena slot akasia TV3..


Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

credit: google
Korang pernah tengok drama slot akasia kat tv3 tak?.. Dulu mula pukul 630 petang tetapi sekarang dah tukar pukul 7 petang.. Dua hari lepas, sementara tunggu waktu magrib masuk aku saja-saja buka tv.. tengok ada drama "Nora Elena".. 

Mula-mula tak berapa nak faham since tertinggal few episode kot.. tapi jalan cerita dia simple.. mudah nak faham.. sudahnya aku tengok sampai pukul 8 malam. Lepas kelam kabut nak solat magrib *nasib baik penang masuk waktu lambat -.-*

Sipnosis: Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan (Aaron Aziz) yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat. Lepas mereka berkahwin timbul pelbagai konflik.. 

Nak tau apa kesudahan, kenalah tengok.. En suami yang jarang nak tengok drama melayu pun melekat kat depan tv tengok okay hehehe *jiwang jugak en suami saya nih hihihi*

p/s: Watak seth tu sangat comel dan kelakar. Tambahan pulak Aaron Aziz yang lakon.. Sukaaaaa mak nokkk ekekekek ;)

9 komen:

Blog User said...

Baca novel pun dah touching, tgk drama lagi la -.-''

eZmALiZa said...

lepas blk keje, mmg terpacak depan tv tgk cerita nie.haha :D

CikPuan Fara said...

rafidah: hi! kita nak cari novel tu.. "kasih yang suci"..

ezmaliza: heheh tau xpe, kelam kabut blk umah nk tgk ekekeke ;p

thx leave a comment here =)

tia @ Ini Kisah Tia said...

macam best ! nak tengok ..

Scha406 said...

x penah tgk pun...

CikPuan Fara said...

tia: harus tengok ;)

sha: oh u tak tengok yer?.. msti bz dgn kursus keje kan hee..

mekchu said...

sama la.. baru 2x tgk sbb kat twitter dah heboh sgt pasal #noraelena ni.. sekali dah tgk, mesti nak tgk lagi..

buruk siku la.. bukan buruk dagu :)

themalin said...

alahai aaron aziz!
huaaa nak tgk!!! tp sibuk dgn kolej..
da nak induksi.. takpe2 tunggu cuti berbulan2 nt.. weheee ^_^

CikPuan Fara said...

mekchu: tu ah. bila da start tengok, mesti nak sambung tgk episode seterusnya kan.. heheh "buruk dagu.. comel!" ;)

ciknamr: yay, peminta aaron aziz jgk eh? heheh.. wajib tgk. dia sgt charming dlm nora elena hokeh ;)