Followers

Tuesday, May 31, 2011

Tempat Cari Pasangan Hidup?

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Korang tau tak sebenarnya dalam life kita seharian nih.. kita terdedah dengan tempat-tempat yang berpotensi untuk mencari pasangan hidup.. Ops! Ni hanya sesuai untuk mereka-mereka yang masih single. Yang dah kawen/berpunya sila jangan pasal heheh. Meh kita check satu persatu..

1) tempat belajar
tak kira samada di sekolah, kolej, universiti malah tempat tuisyen sekali pun, memang senang nak cari pasangan kat situ.. Tujuan utama mencari ilmu dan sambil menyelam air usha keliling mencuci mata tengok lelaki/pompuan kan? Kalau tak percaya, cuba tengok kat tempat-tempat nih.. mesti ada couple yang jumpe pasangan kat situ.. Dan ada yang berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.. Alhamdulillah. Bukan cinta monyet ;)

2) tempat kerja
Memandangkan dalam sehari kita habiskan masa almost 8-9 hours kat pejabat maka tak mustahil untuk bertemu jodoh kat sini.. Lebih-lebih kalau selalu lepak makan reramai, family day.. Memang merapatkan "silaturahim" la.. Mesti ada dikalangan korang yang jumpa pasangan bercouple atau suami isteri satu office kan.. *en suami dulu  my  exofficemate masa mula-mula kenal ;)*

3) kenduri kahwin
Dah pergi kenduri kahwin.. selalunya mesti nak datang berpasangan tak pun bergeng dengan member-member. Jarang kot orang otai datang sensorang.. Kalau yang belum ada couple/kawen tu mesti ada makcik-makcik, akak-akak saudara dok mematch sesapa yang masih single lagi tu kan heheheh.. Lagi satu, selalunya kenduri-kenduri nih memang ramai lar lelaki/pompuan pakai cantik-cantik. Seronok cuci mata. Haip! jangan kata tak ek? Aku pernah bujang dulu ekekeke ;)

4) alam cyber
Yang nih tak yah cerita ah.. Mesti ada dikalangan korang terjebak dengan cinta internet nih?.. My BFF dah bertunang dan akan naik pelamin hujung tahun nih hasil "tangkapan" cinta internet hokeh. Tak silap aku dorang kenal kat "Tagged".. Tapi TAK semua ah cinta internet nih boleh pakai. Ada yang suam-suam kuku je.. ada yang suka-suka je nak spent masa..Yang penting jangan cepat jatuh hati dengan orang yang belum pernah jumpa nih..

Korang rasa ada lagi tak tempat nak cari pasangan? Jom share.. Kot-kot nak share pengalaman sendiri pun takde hal ^-^

Monday, May 30, 2011

Review Buku: Travelog Haji

Assalamualaikum wbt dan Hello peeps!

Awal bulan hari tuh, aku balik bercuti rumah parents aku kat JB.. Bila jarang-jarang balik, memang berborak sakan dengan my mum sampai larut malam lar kan hehe.  Suddenly mak aku bagi aku buku Travelog Haji  Mengubah Sempadan Iman tulisan Prof Dr Muhd Kamil.. Buku nih merupakan National Best Seller.. Dia beli last year sebelum dia naik haji..

credit: google

Mak aku kata bagus buku nih. Banyak pengajaran dan buka mata hati kita tentang haji mabrur sebenar-benarnya. Yelar selalu kita di MOMOK kan dengan cerita jemaah haji mengalami pelbagai perkara pelik dan lebih dikira sebagai balasan akibat kesilapan masa-masa lalu. 

Aku pun ambil buku nih dan bawak balik Penang. Dalam hati bercakap, tak tahu bilalah nak habiskan buku nih.. *banyak beli buku sebelum nih tapi tak abes-abes baca* 

TAPI 

bila aku dah mula baca buku nih seriously TAK BOLEH NAK STOP. Pantang masa terluang mesti nak tahu dan nak tahu lagi apa ending. Bukan senang hokeh seorang motivator nak buat camtu heheh. Walaupun mungkin dalam masa terdekat nih aku belum mampu nak naik haji *kewangan dan masa* tapi Insya Allah, one day definately i'll go there. Aminnnnn..


Secara ringkasnya buku nih menceritakan penulis yang bergelar Profesor UiTM Shah Alam tetapi hidup masih mencari-cari apa itu makna Islam sebenar-benarnya. Bukan sekadar tertulis dalam IC sahaja. Dia terpanggil untuk menyahut seruan haji bersama isteri dan adik beliau. Disana banyak cerita menginsafkan disekeliling membuat beliau menulis buku ini. Dan ternyata AMAT BERBEZA dengan buku-buku pengalaman haji yang biasa kita baca..

p/s: cerita penulis bagaimana dia seorang yang tidak pandai membaca Al-Quran tetapi bila pulang Malaysia menjadi imam surau yang sekian lama terbiar. Subahanallah! Its really a good book to read as a muslim =)

Sunday, May 29, 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER


Assalamualaikum wbt & Happy Sunday Peeps!


Blogger famous amos BEN ASHAARI buat segmen.. Ni kira first time ah join segmen/contest nih.. Syarat utama untuk blogger yang FOLLOWER UNDER 500..

Senang jer nak join..

* Mula-mula kena tempek header BEN ASHAARI macam kat atas nih.

* Lepas tu sila vote BEN ASHAARI kat SINI .. Opps sebelum vote kena login   Facebook dulu hokeh.

* Kemudian, sila copy url entry join segmen nih dan link kan kat bahagian komen entry BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER..

* Sesapa nak join segmen BEN ASHAARI nih sila cucuk SINI ..

 simple kan? ^^