Followers

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesdays: 20 Weeks!


credit: babycenter.com
* Syukur alhamdulillah sudah separuh perjalanan kehamilan.
* Dah mula rasa tendangan baby :)
* Esok nak pegi check-up & scan, harap baby tunjuk jantina :)
* Semoga anak ibu ni membesar dengan sihat dan sempurna. 
   Amin Ya Rabbal Alamin.


p/s: tak berapa wordless wednesday sangat. nak jugak cerita pasal baby sket-sket hihi ;p

Monday, March 12, 2012

Kalau bini cepat mengandung, makna laki terer?

Assalamulaikum wbt & Hello Peeps!


credit: google

Sebenarnya dah selalu Fara dengar bila tau berita pasangan pengantin baru tu bunting pelamin mulalah ada yang kata..

" Terer laki ko!"
" Power betul somi dia!"
" Baru anak lelaki, bini cepat mengandung!"

Camne pulak kalau bini tu tak mengandung lagi setelah bertahun-tahun kawen? Tak terer la eh? Tak cukup power? Habaq mai, siapa yang lepas kawen taknak anak? Mereka yang belum kawen yang buat "projek" sana sini je beria taknak anak.

Ni lah mentaliti masyarakat kita. Cakap men sedap mulut. Tak pikir kalu hal tu akan berbalik semula kat diri sendiri takpun family? Rezeki zuriat tu bukan sebab laki pandai main ke, terer sangat ke tapi semuanya berbalik padaNya. Ada yang dapat cepat dan ada yang lambat. Siapa kita nak buat andaian dari apa yang kita nampak? Silap-silap yang dapat anak lambat lagi ramai anak dari yang mengandung cepat. 

p/s: mungkin ada yang kata, "ala gurau je". Pada Fara ni bukan gurauan. Kadang-kadang apa yang kita cakap tanpa sedar ada yang terasa. Jadi sebelum nak "bergurau" sila tengok dulu keliling kot2 ada yang tersinggung. Pernah menjadi ttc'ian.. aii memahami "rasa" bila orang kata begitu  --' 

Saturday, March 10, 2012

Happy Birthday Sayang!

Assalamualaikum wbt & Hello Peeps!

sorry pix kabur, aii pakai kamera murah je hihi

Happy 30th Birthday my dear Husband!
Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa menjadi somi yang penyayang dan bakal ayah yang terbaik. Amin Ya Rabbal Alamin.

I Love You!

p/s: malam tadi dah makan kek sikeret resepi. arini tunggu en somi nak makan apa pulak.  tengah pikir lagi katanya hihi. layankanlah birthday setahun sekali hikhiks ;)