Followers

Tuesday, February 14, 2012

Mari Beristiqamah Sama-Sama!

Assalamualaikum wbt & Helo peeps!

Terjumpa quote ni di Facebook dan mau share sesama geng-geng blogger disini..


Next entry, nanti Fara cerita perubahan diri masuk minggu-16 @ 4bulan kehamilan =)
 Mood blogging asik kelaut je ni huuuu~~ ;)

Thursday, February 9, 2012

2nd Antanetal Check Up & Kejadian Mencemaskan!

Assalamualaikum wbt & Hello peeps!

Minggu lepas Fara pergi untuk 2nd antanetal checkup kat KKIA.. Alhamdulillah semua normal.. Takut jugak BP naik sebab dah masuk 2nd trimester nih, selera nak makan dah ada.. Selang beberapa hari bantai cheezy wedges KFC.. sampai budak kaunter KFC Balik Pulau tu kenal en suami hahahah. 

Berat ibu: Naik 1.2kg
HB:11.3
B.P: 120/70

Nak cerita peristiwa menakutkan masa Fara 13weeks.. Fara dan en suami dalam perjalanan balik dengan kereta ke JB dari Penang sebab majlis sambut menantu untuk adik lelaki Fara.. Sampai je R&R Tapah, cam biasa terus pergi toilet dulu sebab sekarang nih sejak mengandung memang asyik terkucil je. 

Terkejut bila tengok pantiliner ada setitik darah coklat!! Perasaan masa tu takyah cakaplah.. RISAU, NAK NANGIS, TAKUT.. semua ada.. cepat-cepat keluar bitau en suami. Ntah macamana lepas je cakap dengan dia terus rasa pitam.. gelap mata.. Nasib baik masa nak rebah tu en suami sempat paut! Fara pengsan kat situ! En suami dah panik-panik. Dok panggil-panggil nama Fara. Dalam 5minit jugakla baru Fara boleh buka mata.. baru en suami lega.. Fuhhh.. Lepas tu Fara baring dalam kereta sementara en suami beli roti dan buah.. Dalam hati masa tu dok risau lagi pasal spotting coklat tu.. Mulut dok baca ayat kursi banyak-banyak minta tenangkanlah hati ni dan berdoa takde apa-apa jadi kat baby.. 

Takut bila mengenangkan jauh lagi nak sampai JB huhuhu.. Sepanjang perjalanan en suami ajak berzikir banyak-banyak dan lepas tu setiap kali berhenti kat R&R untuk solat dan pergi toilet rasa berdebar-debar.. ALhamdulillah.. da takde spotting keluar.. Tapi Fara takkan puas hati selagi tak jumpa doktor.. 

Sampai je JB.. mandi, solat dan terus pergi klinik.. Doktor scan tengok alhamdulillah baby sihat.. Heartbeat normal.. baby tengah sibuk golek-golek dalam tu.. Aduyai anak ibu.. buat ibu rasa cemas je. Doktor kata spotting dalam perjalanan jauh normal.. Mungkin banyak hentakan sepanjang jalan. Yang penting bukan fresh blood dan berterusan. Doktor suruh rest banyak-banyak dan beri Primilet (multivitamin). Pengalaman yang sangat menakutkan dan lepas ni tak berani dah nak jalan jauh-jauh sampai sekurang-kurangnya 20weeks.. 

Semalam anak ibu dah 15 weeks.. dah sebesar buah navel orange..

anak ibu dah sbesar ni lo hihi
Nanti Fara akan update lagi masa ke semasa yer.. Doakan Fara dan baby akan sihat dan selamat sampai bersalin yer =)

Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesdays: 14 Weeks Pregnancy ^^

p/s: Sekarang ni memang mood sungguh malas nak update blog.. Nanti bila mood rajin datang balik, Fara baru update yaa.. Selamat Hari Wilayah pada yang bercuti hari ni ^^