Followers

Sunday, June 12, 2011

.....


My sunday is EMPTY without u sayang! Cepatla balik outstation! 

Saturday, June 11, 2011

Ikut sedap mulut je cakap..

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi Sabtu peeps!

Kadang-kadang aku pelik dengan segelintir mulut orang nih.. Bercakap tak pandang keliling.. Tak tahular samada tahu atau saja-saja buat tak tahu dengan intention nak sakitkan hati orang seperti ;

Scene 1
Cik Kurus: Ya Allah! Aku dah gemuk!!! you'all tau tak berat aku dah 42kg hokeh?.. Sebelum nih paling gemuk pun 40kg! Nak kurussss.. gemuk tak cantik!!!!
*masa dia cakap tu keliling semua orang yang berbadan besar. paling kurus pun berat 50kg keatas*

Scene 2
Cik Putih: Omaigodddd! kulit aku dah hitam kena panas matahari! Dah tak nampak flawless muka aku nih dah! Jom teman beli produk putih kulit cepattt.. taknak lah kulit hitam sebab tak nampak berseriii!
*bercakap dengan cik berkulit hitam manis yang terkebil-kebil dengar ayat Cik Putih*

Scene 3
Cik Subur: Ala, i "melekat" lagi lah.. macamanalah boleh "accident".. agaknya i nih subur sangat kot tak macam u..
*bercakap dengan perempuan yang bertahun kawen tapi belum ada rezeki nak dapat baby**tak faham bila orang cakap pregnant tu "accident"?.. zuriat anugerah Allah dikatakan "accident"?.. alangkah sedihnya dengar mulut orang yang kufur nikmat nih*

Scene 4
Cik Breastfeeding: Aku tak faham betul lar ibu yang sanggup bagi anak fm (formula milk) ni! Malas lar tu nak melayan anak lepas tu cakap susu kurang lah.. anak taknak menyusu badan lah.. macam-macam alasan!
*bukan semua wanita dikurniakan keupayaan menyusu anak sampai anak berusia 2tahun. tak perlu nak banding kan kelebihan yang ada pada diri kamu dengan orang lain. semua ibu tentu nak bagi yang terbaik pada anak masing-masing kannnn)*

Ya, masing-masing berhak untuk bersuara. Tetapi tu semua bukan alasan untuk mengguris perasaan orang lain. Kalau memang nak berbangga dengan  kelebihan diri sendiri, tengok keliling sebelum bercakap.. jangan sampai dilabel manusia kurang budi bahasa. Setiap orang ada kelebihan masing-masing walaupun mungkin dia nampak "kurang" dimata kamu. 

Ini sekadar luahan aku.. Maaf kalu ada yang terasa =)

Friday, June 10, 2011

Yvonne yang jahat!

Assalamualaikum wbt & Selamat Pagi Jumaat Everyone!

Sejak kebelakangan nih mana-mana aku pergi semua bercerita pasal drama Nora Elena.. Tak kira lah samada kat office atau pun kat internet. Buka facebook ke blog, ramai yang link video drama nora elena, bercerita pasal ke"gentleman" Seth Tan dan ramai juga yang berangan nak husband macam tu.. bagi bunga penuh satu bonet kereta.. Buat surprise bunga kat office.. Sanggup ambil cuti sebab bini terseliuh kaki.. Cool je Seth Tan nih :)

credit: google
Aku tak nak sentuh ah pasal watak Seth Tan atau Nora Elena tapi pasal watak pembantu Yvonne yang dilakonkan oleh Wan Sharmila. Rasanya semua yang mengikuti drama nih akan membenci Yvonne kan?.. Yelar jahat ya rabbi. Bersusah payah nak rosakkan rumahtangga Seth Tan dan Nora Elena. Tapi aku respek betul lakonan dia. Berjaya wei buat orang benci dia. Rasa nak lempang dia cukup-cukup semalam. Hahahaha.. Emo tak hengat aku nih ;p

Dan watak Yvonne ni sememangnya ada dalam masyarakat kita. Penyakit Hasad Dengki. Sakit hati tengok kebahagiaan orang lain. Apatah lagi orang yang dia minati dalam diam berkahwin dengan orang lain dan hidup bahagia pulak tu. Ni lar akibat kalau tak "let it go".. Lepas tu berdendam kaw-kaw. Aduyai, buat apalah nak buat camtu. Hati sendiri tetap sakit.. Tengok watak Yvonne tu stress sampai tak tidur malam.. 

Aku tak dapat cari novel Kasih  Yang Suci tulisan Meen Zulaikha  *drama Nora Elena adaptasi dari novel ni* Sold out sudah huhu. Tak sabar nak tunggu next week sambungannya. Rasanya cukuplar aku membebel pagi ni. Nanti aku update lagi..

Happy weekend everyone! Cheers! =)