Followers

Friday, March 23, 2012

Tak Puashati dengan hospital swasta!

Assalamualaikum wbt & hello Peeps!

credit: google
Minggu lepas Fara balik JB + en somi pun cuti sekolah sekali, so lamalah sket dapat balik. Fara memang plan nak buat detail check up baby dan scan 3D/4D sekali kat hospital swasta femes kat JB ni *nama hospital dirahsiakan*. Kalau kat JB, memang spital ni memang diwar-warkan terbaikla, service tip top jika dibandingkan dengan spital gomen. 

Okay meh baca experience Fara kat sana. Bila sampai je, terus register. Beritahu yang Fara nak buat 3D/4D scan etc. Nurse kata okay, tunggu doktor datang. Then amik berat, tekanan darah dan buat urine test. Lepas buat semua tu, duduk tunggu giliran. Sementara menunggu tu, ada nurse datang bagi info pasal breastfeeding baby. Masa tu memang sukalah sebab nurse tu kasi penerangan sangat jelas dan leh tanya macam-macam soklan.

Kemudian Fara dipanggil masuk. En somi pun eksited join sekali.. nak tengok baby. Doktor tanya ada masalah tak sepanjang kehamilan?.. dah rasa baby gerak tak?.. Dan dia soh Fara baring nak scan..

Sekali tengok mesin scan biasa- yang hitam putih (2d) tu. Dalam hati eh, tadi dah cakap nak scan 3d/4d. Berulang kali rasanya aku dok cakap.. Tapi Fara diam masa tu sebab khusyuk tengok imbasan baby gerak-gerak dalam mesin tu. Alhamdulillah baby sihat, jantung normal, heartbeat normal, air ketuban cukup, kedudukan plasenta normal cuma masih keadaan songsang (20weeks). Katanya banyak masa lagi untuk baby turun kebawah. Then doktor print gambar scan dan dia bagi next appointement untuk check up dan Obimin Pluz untuk makan.

En somi tak puas hati terus tanya pasal scan 3d/4d. Rupa-rupanya doktor yang Fara jumpa ni takde mesin 3d/4d tu. Yang ada lagi sorang doktor tapi tengah cuti. Boleh camtu pulak?? Kenapalah dari tadi tak beritahu xde? Dia punya pembantu (dr jugak) leh cadangkan kalau tak puas hati dengan scan tadi, mereka boleh referkan ke hospital lain yang boleh bagi lebih detail. Err tak paham soklan ke hape?

Lepas tu, sambung kena amik darah dan urine lagi sekali. Nurse yang amik darah tu sangat kasar. Sampai lebam okay.. Bukan apa, Fara dah pernah amik darah kat Klinik Kesihatan tapi nurse kat sana sangat lembut dan xde pun lebam-lebam semua. hangin lagi!

Total bayaran retu.. RM300 tapi hasilnya sangatlaaa tak memuaskan hati. Mungkin nasib Fara tak baik kut retu sebab dapat doktor xbest. Tapiiii... arghhh.. terus tawar hati nak bersalin kat situ =(

**tempat canggih, bayaran mahal tak semestinya service terbaik --'

14 komen:

Unknown said...

naseb bek opis ekin cover jumpe pakar....
dpt scan 3D/4D secara free skali...

Ros Anis Rusli said...

ha..bia betik..scan itam putih lak tu..kena byr smpai 300...pehhhh..sekeh pala dr n staff kt spital tu baru taw..huhu..

Aty Fared said...

rm300..!!! mahalnyer..!!! tuk setakat ubat n scan 2D macam tu...hurrmm..memang tak puas hati...tak complain ker kat derang..?? saye lak geram...

~ NANA ~ said...

OMG mahalnya! dah la service camtu....grrrr kalau i pon hangin

Liyana said...

huhu xpela.. pasni x pyh p situ lg kan..

Anonymous said...

haaaaa..hospital mana kak? yang kat larkin tu ke??..heheheeee.....

ke kat Regency Specialist Hospital, kat permas...

Unknown said...

utk buat 3d/4d ni better go for sonographer.. kalo jumpa doktor/gynae yg kita jarang jumpa mmg ginila jadinya huhu

biasa kalo scan je range rm90-110 lah tak silap siap dpt printable gambar scan and cd ...

adoii takde rejeki fara plak

eKa said...

kan fara...eka sokong ayat terakhir tu

ReYNa said...

eh..scan 2d tu pon smpai 300?huu.mmg mahaiii..dulu sy penah kena 275 tp dpt la 4d.tp still rasa amatt mahaii

Reen Tart Nenas said...

tu la kan. x semesti private pun layanan bagus kan? tp ye, bukan semua. hope fara and baby dlm keadaan yg sihat :)

puanungupunyecerita said...

sian farah...tp b4 byr leh tnye kot dlu npe 300?x kn jumpe doc test air kencing mcm tu..tp mesti da mrh kan...ergh..blurup!
g govmt je farah besalin johr.nak scan tu memg kne boking selalunye.dan dan doc yg leh wt tu cuti...kite hadiff d rase swasta kot,rase mcm leh norml..ergh.tp x pe la sudh suratan...

Unknown said...

harap mak n baby sihat hendaknyer

Unknown said...

RM300..huh mmg tak berbaloi...baik g hospital kerajaan jew..hehehe
Tahniah bakal jadi ibu tak lama lagi..moga segalanya dipermudahkan.

safurara said...

300 scan 2d je?huaaaa teruk nya.