Followers

Monday, February 20, 2012

1st GA by Leeyanaradhi ^_^

Assalamualaikum wbt & Helo Peeps!


Yana ni pun salah seorang geng TTC dan first time buat GiveAway! 

Meh reramai join.. 
Mula-mula tempek banner purple atas tu. 
dan jawap 4 soklan kat bawah ni..

1) Birthday Yana: 
31 Mac
2) Birthday Radhi (en somi Yana ^^): 
22 Ogos
3) Anniversary Yana: 
5 Jun 2010

Tempat percutian best dgn family:

Penang!


Memandangkan Fara dok Penang so nak cadangkan Yana bawak family jejalan sini :)
          Hotel disini tiada masalah. Memang banyak dan semuanya bergantung pada budget.


Kalau yana melalui jalan darat boleh ikut jalan Jambatan Pulau Pinang atau naik feri.
 Fara cadangkan kalau datang bercuti, naik feri lagi syok.
 Dengan kereta sekali boleh diangkutnya hihi. 


Penang sinonim dengan Bukit Bendera. Boleh naik tren kecik ni sampai atas bukit nun. Bayaran untuk masuk untuk dewasa: RM4 dan kanak-kanak: RM2. Dah naik atas, boleh nampak view Penang.. memang cantikkk!


Pernah dengar Toy Musuem? Bayaran masuk sini untuk dewasa: RM10 dan kanak-kanak: RM6. Haaa.. tempat ni memang best kalau yana angkut anak-anak sedara pegi sini. Silap-silap berjam-jam depa tak mau kuaq hihi.


Bukan KL je ada taman rama-rama, penang pun ada jugak. Bayaran masuk sini dewasa: RM27 dan kanak-kanak RM15. Taman rama-rama sini merupakan perintis taman rama-rama yang ada diMalaysia nih dan turut menerima pengiktirafan dunia sebagai pusat penetasan rama-rama dirantau nih.


Apalah makna mai Penang kalu tak p Batu Feringghi. Haa sini bukan budak-budak je teruja. Orang dewasa pun sukaaa. Sini ada banana boat, horse riding. Mesti bestla berendam kat laut tu. Ops, jgn  lupa pakai sunblock kang balik KL, kulit berbelak pulak hikhiks ;)


Batu Feringhi Night Market ni memang ada sepanjang jalan persisiran pantai. Bermula seawal 8malam hingga ke larut malam. Ala, cam downtown tu. Kat sini macam2 ada. Cuba hati2 yer tak ditipu penjual maklumlah sini tempat tumpuan pelancong :)

Penang is heaven of foodsss. Serius makanan kat sini semua sedap-sedappp tau. Antaranya:



Nasi kandar. Tempat favourite nasi kandar Fara  kat sini Nasi kandar Line Clear dan Nasi Kandar Kayu. Kedai nasi kandar 24jam. Soo anytime leh datang pekena nasi kandaq. Terbaik dari ladang wooo.. hihi.



Pasembur Padang kota Lama antara yang tersedap Fara pernah makan. 



Charkuetiaw Sungai Burung, Balik Pulau. Udang besar-besar, banyak kerang dan kuah pekat.. 
Fuhh, orang kata kalau makan tu mesti nak datang balik hihihi.


Dah nama datang Penang, takkan tak mau pekena Laksa Penang kan? Meh rasa Laksa Janggus, Balik Pulau. Dekat je dengan umah Fara. Sedappp. Kuat pekat, rasa complete dengan daun kesum, bunga kantan, ikannya nyum3 hihi ;)


Sebelum Yana balik boleh beli ole-ole jeruk Penang. Boleh dapat kat pasar, kedai jeruk pun banyak kat sini. Nak campur boleh, kalau nak buah pala je pun boleh. Ole-ole yang dah jadi trademark Penang, senang nak jumpa dan yang pasti murah lo hihi ^^

Haaa.. teruja tak nak datang cuti-cuti dengan family kat sini? kalau nak fara jadi tourist guide pun boleh =)

U'oll leh check lebih lanjut tentang GA kat SINI =) Nak tau hadiahnya? Yana akan buat sendiri hadiah untuk diberi kepada pemenang. Spesel. Xdapat kat tempat lain lo hikhiks. Jadi jom reramai join GA ni ^^


***semua pix credit to google ^^

2 komen:

Anonymous said...

omboi sedapnya tengok nasi kandaq tu!
dulu masa study kat jitra hari-hari mkn nasi kandaq.sedapnya....lani lama dah xjumpa nasi kandaq...

rindu laksa penang..
rindu pasembur..
tak nak mkn lagi jeruk2...

Unknown said...

mmg best entry ni, lengkap smeua fara cerita ...hehehe

akak last pegi 2010, mmg best sana...